*di cafe pejabat Zehra*
Seminggu baru boleh jumpa Zehra. Iyelah sibuk pergi kursus di Pahang, mana dannya nak jumpa untuk bergossip!
Anna Aqeedah pun tak kurang sibuknya!
Ini pun kena curi-curi masa untuk berjumpa. Dah masuk akhir bulan, maksudnya banyaklah akaun yang harus Aqeedah audit.
"Sakit otak aku tengok nombor weh Zah!"
"Ahh, sakit tak sakitlah! Apa yang penting sekarang ni, apa cerita?"
...
"Kau rasa macam mana?"
Aqeedah main tarik-tali pula!
"Aku luku kepala kau karang Aqeedah satu faedah pun tak dapat!"
"Baru nak bergurau senda bercanda ria dengan kawan pun tak boleh! Makin nak kahwin, makin kedut muka kau Zah!"
Tuk!
Kena sebiji.
"Sakit mangkuk! Kau guna sudu yang kau dah seronok lick!!"
"Tu je cara nak bagi kau serius!"
...
"Ngamsui!"
"KAU JADI KAHWIN?"
Tuk!
Kali ini giliran Zehra pula kena ketuk. Bezanya dia kena ketuk di dahi!
"Bukanlah woi! Kalau endingnya aku kahwin – itu inalillah gamaknya!"
"HABIS TU APA?"
"Lelaki tu pun tak suka aku. So, dia pun tak nak teruskan benda ni!"
...
"Bertambahlah geng derhaka pada sanak saudara dan jiran tetangga kau?"
"YES!"
"Aku tak bersendirian gituuu..."
Masing-masing gelak sahaja.
"Apa nama dia?"
"Zharif."
Sengih yang tercalit di bibir Zehra membuatkan Aqeedah rasa nak hempuk kepala kawannya itu.
"Kau tak payah nak merepeklah perempuan! Aku sekeh kepala kau bagi normal otak kau karang!"
Zehra sudah ketawa.
Handal betul Aqeedah!
"Tak payah jadi auditor. Kau boleh tukar profession jadi psychic!"
...
*di ruang makan rumah Aqeedah*
Pelik sedikit bila setiap hujung minggu, Maryam selalu sibuk. Macam tak menang tangan aja nampak daripada gaya!
Macam biasalah, Anna Aqeedah tak nak soal banyak-banyak. Takut tak pasal-pasal namanya kena seru untuk join jadi sibuk!
...
"Abang, kejap lagi abang teman Mar pergi jumpa Zuzu eh?"
Zuzu?
Nak tempah baju raya cina ke?
Zuzu ni tukang jahit yang selalu menjahit baju keluarga Maryam.
"Ibu jumpa Zuzu buat apa? Nak cakap tempah baju raya, macam very the tak masuk akal. Takkan nak tempah cheongsam pula?"
"Ish sibuk aja budak ni. Ke Aqeedah nak gantikan tempat abi?"
Aiman tahu sangat Aqeedah paling 'rajin' nak keluar rumah hujung-hujung minggu macam sekarang.
YOU ARE READING
GERENTI, TAKKAN SUKA!! [COMPLETED]
Cerita Pendek"Aku tak tahulah kalau-kalau masyarakat dekat Malaysia ni ada ikut mana-mana kitab yang cakap perempuan kena kahwin sebelum 26 tahun! Siapa langgar, dikira derhaka pada sanak-saudara dan jiran tetangga..." - Anna Aqeedah Selain daripada tak puas hat...