27

532 60 3
                                    

Semua tetamu sudah mula bergerak ke meja masing-masing bagi mengisi perut yang lapar.

Nasib baik Anna Aqeedah tak buat drama swasta, kalau tak bukan setakat level lapar tapi tahap kebuluran!

...

Ingatkan lepas majlis akad ni selesai, bolehlah Anna Aqeedah larikan diri daripada terus melekat dengan suami 'tersayang' tapi silap!

Cameraman yang ditempahnya itu memang banyak songeh!

"Banyak betul gaya hengko nak aku pose!"

Terkumat-kamit mulut memarahi lelaki yang berpakaian serba hitam itu!

'Patutnya aku yang pakai warna tu bang! Hitam dari atas sampai bawah...'

"Pengantin baru senyum sikit. Ni masam betul, cik abang ada buat salah ke?"

Suara cameraman bernama Zat itu menambahkan rasa tidak puas hatinya!

'Dasar tak cukup zat besi punya orang!!'

...

Zharif Rizqi terus menoleh kearah isterinya. Kepalanya ditundukkan untuk tengok betul ke masam orang sebelah ni.

Mata Anna Aqeedah sudah terbeliak tanda tidak suka! Tapi sekejap sahaja muka masamnya bertahan.

Cuba teka sebab apa boleh berubah riak?

Tett! Lambat lahh korang ni teka.

Sebab bayang-bayang Maryam sudah menghampiri mereka berdua.

...

Anna Aqeedah terus memaut lengan suaminya. Kepala juga dilentok baik punya di atas bahu suaminya.

Pantas sahaja jari Zat mengetik butang kameranya. Sampaikan boleh rabun Anna Aqeedah dibuatnya sebab flash yang tak henti-henti memancarkan cahaya.

...

"Good pose!"

"Sweetnya!!"

...

'Sweet hawaw dia! Urghhhh'

...

Selesai bergambar dan bertemu dengan tetamu, Anna Aqeedah sudah melarikan dirinya ke tingkat atas. Dia mahu berehat!

Badan sudah berlengas. Baju nikah mash tersarung ditubuhnya. Malas nak mandi dan salin dengan tshirt dan seluar tidur dari Uniqlo.

Iman, adiknya selalu membebel bila setiap kali masuk Uniqlo pasti akan membeli 2 hingga 3 helai seluar tidur!

"Kak, baiklah akak beli dekat shopee kak! Sehelai baru rm10. Ni akak beli sehelai dah rm39.90 untuk pakai tidur!!"

Kalau iman Iman dah tipis memang kena setepek Anna Aqeedah.

"Hengko ni Aqeedah kerja membazir je!"

Iman, adik lelaki Anna Aqeedah.

...

"Zharif, mananya Aqeedah? Macam chipsmore pula dia hari ni!"

Maryam sudah bersuara. Zharif pun tak tahu nak cakap apa sebab dia memang tak nampak bayang isterinya sejak 15 minit yang lepas.

"Solat dengan berehat rasanya tu ibu. Takpelah, ni kejap lagi ni Zharif pun nak solat lepastu rehat kejap..."

Nak naik rehat tu satu hal tapi mana dia tahu bilik Anna Aqeedah yang mana satu. Kang salah jengah bilik, ada kena pertuduhan outraging modesty pula.

...

"Bilik Aqeedah dekat atas dekat dengan balcony. Yang ada sign DILARANG TERJAH tu hah bilik si budak biskut tulah..."

GERENTI, TAKKAN SUKA!! [COMPLETED]Where stories live. Discover now