29

479 61 9
                                    

Hari-hari berjalan seperti biasa.

Yang beza cuma status yang kini disandang dan panggilannya juga berubah.

Daripada Cik ke Puan.

Tapi ada juga yang berubah iaitu rutin harian Anna Aqeedah.

...

di bilik persalinan

"Rizqi, esok awak nak pakai baju apa? Decide cepat sebab saya tengah 'bersemangat' nak gosokkan baju kerja awak."

Fuhhh ni kalau Maryam dengar dialogue sebutir-sebutir Anna Aqeedah ni mahu ada yang kena mandi sebaldi air penawar syifa'

Hahaha yelah dah macam cakap dengan member dia punya relek tu!

...

Zharif Rizqi yang baru selesai membersihkan diri itu terus menuju ke arah suara Anna Aqeedah.

"Come again? Abang tak dengar Aqeedah cakap apa tadi sebab dalam shower."

"Saya cakap awak..."

Ayat tersekat diskala enam sebab nampak keadaan suaminya yang ehh tak tahu nak cakap ni!

Hanya bertuala sahaja!

"Eii Zharif kan saya cakap pakai baju dulu dalam toilet!"

Zharif Rizqi memang dah banyak kali dengar 'peraturan' isterinya itu tapi mana mahunya dia nak layan!

"Aii takkan tergoda kot member, kata hati kental!"

Tengoklah impak duduk dengan Anna Aqeedah sebulan lebih ni membuatkan Zharif terikut-ikut ayat isterinya!

"Ehh sedap je cakap tergoda! Saya ni tak nak rosakan minda suci saya dengan imej-imej tak bertamdun!"

Zharif bantai gelak. Tapi dia masih teguh berdiri disanping isterinya dengan hanya bertuala.

...

Bila Anna Aqeedah mengemas rumah, Zharif Rizqi akan menyediakan makan malam.

Itulah. Bergilir-gilir.

Kalau Anna Aqeedah memasak, Zharif akan menguruskan hal rumah mereka.

'Hikmah pertama bila ibu suruh kahwin juga dengan Zharif - dia lelaki yang memahami dan bertolak ansur.'

Tak putus-putus Anna Aqeedah bersyukur kepada Allah bila dijodohkan dengan lelaki itu.

...

di meja makan sewaktu makan malam

Anna Aqeedah macam biasa cuba membiasakan diri dengan tugas isteri mithali.

Cedokkan nasi dan lauk ke pinggan suaminya.

"Nah, selamat menjamu selera housemate dan roommate..."

Zharif Rizqi macam biasa akan tersenyum manis bila bersama Anna Aqeedah. Tak pernah dia rasa bosan bila bersama wanita itu. Ada sahaja benda yang berjaya mencuit hatinya.

"Terima kasih soulmate."

Zharif Rizqi memang terkenal dengan ayat-ayat pencair hati beku Anna Aqeedah!

Saban hari hati Anna Aqeedah akan terusik dengan layanan suaminya.

...

"Soulmate till jannah ke macam mana?"

Nampak!

Anna Aqeedah sudah boleh 'in' dengan Zharif Rizqi kot!!

"Aqeedah akan jadi soulmate abang sampai syurga."

GERENTI, TAKKAN SUKA!! [COMPLETED]Where stories live. Discover now