28

483 60 3
                                    

di ruang tamu

"Nanti pindah rumah Aqeedah atau rumah kamu Zharif?"

Aiman sudah bersuara selepas mereka sekeluarga menjamu sarapan pagi. Semua dibeli sahaja tak sempat nak memasak sebab semua orang kepenatan.

Baru majlis nikah sudah penat ni belum lagi majlis bersanding!

Tapi nasib baik majlis sanding dibuat di dewan yang telah sedia ditempah.

Macam biasa kalau tanya si kepala angin tu mesti jawapannya 'entah, ibu yang uruskan...' jadi kalau nak tahu lokasi dewan boleh tanya Maryam!

Kalau tanya Anna Aqeedah sampai majlis tamat pun belum tentu dia tahu!

Padanlah kepala angin...

...

"Rumah Zharif. Tapi we have agreed untuk bermalam rumah Aqeedah setiap weekend."

Zharif yang menjadi wakil bagi menjawab soalan Aiman.

Anna Aqeedah masih lagi diam.

Tak rasa nak berbual dengan sesiapa saat ini.

Yelah, mana nak ada nafsu untuk berbual kalau kepala duk ingat benda yang jadi semalam!

...

Imbas kembali

"Abang tak tipu Aqeedah. Abang memang ingat yang Aqeedah kenal abang as Rizqi."

Panas je cuping telinga bila dengar jawapan milik Zharif Rizqi itu. Kalau hempuk kepala suami itu tidak jatuh derhaka, sudah lama dihempuknya si lelaki itu dengan kelajuan 190km/hr

"Ooo woww, it sounds like you are shifting the blame on me?"

"Awak ingat saya ada khaskan satu folder untuk simpan memori pasal awak?"

Diam.

Jeda.

"Abang minta maaf. Boleh kita berbaik?"

...

Takkan sesenang itu Anna Aqeedah nak berbaik? Air liurnya masih banyak untuk dijadikan modal bergaduh!

Tekaknya juga masih belum kering!

...

Waktu sekarang

Anna Aqeedah sudah siap-siap mengemas beberapa helai pakaiannya untuk dibawa ke rumah Orkid.

Hari ini giliran dia bermalam di rumah mertuanya. Beginilah nasib kalau dah berkahwin. Tibehhh.

...

Zharif yang baru masuk ke dalam bilik tidur itu terus menuju ke arah isterinya yang sedang 'pura-pura' busy.

"Sebelum balik rumah mama, kita singgah rumah abang boleh?"

Zharif Rizqi masih lagi mencuba untuk mengajak isterinya berbual.

'Salah aku atau macam mana ni?'

Kadang-kadang Zharif sendiri buntu bila fikirlan benda ni. Nasib badanlah labu....

...

"Okay boleh je."

Selesai melipat bajunya, Anna Aqeedah mula melipat baju suaminya. Bedal jelah.

...

"Baju abang nanti abang lipat. Aqeedah tak payah lipat."

Zharif sudah mula memgambil baki baju yang masih belum berlipat itu.

GERENTI, TAKKAN SUKA!! [COMPLETED]Where stories live. Discover now