*di butik pengantin*
"Tahniah Anna! Masa Puan Maryam tempah baju tunang Anna, Zu happy sangat!"
Suara Zuzu sudah memenuhi ruang menunggu.
Zharif diam sahaja.
Anna Aqeedah mula bersalaman dengan Zuzu. Zuzu ni boleh cakap dah jadi bff Maryam.
"Zu, kau dah ada ukuran badan aku kan? Kau ikut je semua tu..."
"Laju betul kau ni Anna. Tak nak kenalkan ke siapa nama tunang kau?"
Zuzu berbisik perlahan. Biasalah bila hidup dalam komuniti bawang ni, ada juga terkena tempias makcik bawang!
"Kau tanyalah dia sendiri. Tu, kau nampak dia ada mulut kan? Biar dia jawab sendiri."
Aikk ada pula macam tu!
"Ish kau ni takkan aku nak tanya dia? Karang mendapat title Bedah Kepoh pula karang!"
Ish Zuzu ni macam-macam hallah.
"Kenalkan Zu, ni Zharif. Zharif ni Bedah Kepoh..."
Zuzu cepat-cepat mencucuk pinggang Anna Aqeedah.
"Gelilah Zuuuuu!"
...
"Layan kau kan Anna, memang tak siap kerja aku! Ni, kenapa dah hujung tanduk baru kau datang ukur baju? Majlis dah nak dekat. Kau ingat aku dayang di raja kau?"
Kan betul aku cakap yang Zuzu ni bff Maryam korang tak nak caya!
Tu genetic membebel Maryam dah terserap dalam salur darah Zuzu.
...
"Busy."
"Banyaklah kau punya busy Anna!"
"Dah cepat. Aku amik ukuran badan kau balik. Tengok macam makin gemuk je badan kau!"
Gemuk?
Seriuslah??
Anna Aqeedah ikutkan sahaja arahan Zuzu.
Berdiri tegak di depan Zuzu. Laju tangannya mengukur badan Anna Aqeedah.
"Nasib baik tak gemuk! Pandai je kau cakap aku gemuk!"
"Kalau gemuk pun saya still sudi kahwin dengan awak..."
...
Zharif tiba-tiba mencelah.
"Nak kena ketuk ke?"
Zharif tersenyum sebelum dia mula bangun untuk diukur badannya oleh pekerja lelaki di butik Zuzu ini.
Syariah compliance!
...
"Tema korang warna apa?"
"Hitam!"
...
Dua pasang mata tertumpu kepada Anna Aqeedah.
"Anything that suits you."
Zharif buat kata putus.
Malas nak panjangkan perkara remeh seperti ini.
Tapi kenapa Anna Aqeedah rasa tak seronok bila dengar ayat yang keluar daripada kotak suara lelaki itu?
Macam kena starlight beb rasa dia!
...
Zharif pun tak banyak cakap dah lepas tu.
Sebelum-sebelum ni mulut dia boleh tahan murai. Ada je benda nak dibualkan.
'Takkan sebab warna tema pun terasa?'
Perjalanan nak pergi kedai makan pun rasa macam jauh semacam.
Suasana sepi pun dah sama macam suasana dalam van jenazah!
...
*di kedai makan*
"Hi, can i have your order?"
Pelayan sudah mula mengambil order mereka berdua.
"One crab lasagna, make it a bit spicy and creamy and ice lemon tea."
Zharif masih diam.
"Awak nak makan apa?"
Kalau tak padan dengan adik pelayan ni dah tercongok tepi mereka, memang Anna Aqeedah biarkan sahaja lelaki itu.
Pandai-pandailah nak hidup. Tak kuasa nak pujuk!
Tapi betul ke kau tak kuasa nak pujuk?
'PASTI!'
'Aku tak buat salah apa-apa pun sekarang ni, kenapa nak kena pujuk pula?'
"Fish and chip and tomato juice, please."
TAK SEKARANG NI KENAPA DIA NAK MERADANG?
Patutnya aku yang kena meradang!
Eii ciskeknyaa perangai!
...
P/s: Korang rasa Aqeedah pujuk ke Zharif? Haaa tunggu bab 22! Jangan lupa VOTE and COMMENT ✨ xoxo kalau ada penambahan, aku amend balik bab ni oki
YOU ARE READING
GERENTI, TAKKAN SUKA!! [COMPLETED]
Short Story"Aku tak tahulah kalau-kalau masyarakat dekat Malaysia ni ada ikut mana-mana kitab yang cakap perempuan kena kahwin sebelum 26 tahun! Siapa langgar, dikira derhaka pada sanak-saudara dan jiran tetangga..." - Anna Aqeedah Selain daripada tak puas hat...