31

476 63 5
                                    

Readers ku sekalian, aku saja nak cakap yang assignment aku tak habis pun lagi 😂 biasalah kita kena nampak macam bagus bab nak siapkan assignment ni walaupun the ending is predictable - takkan siap 💁🏼‍♀️

Aku kena siapkan slides on Burden Of Proof for Sexual Harassment

Okay, back to the track ✨

...

Occassion ke-2

Bila tengah santai-santai hujung minggu ni, kebanyakkan masa akan dihabiskan dengan perkara tak berfaedah.

Queen of Lagha goes to Anna Aqeedah.

Of course...

Anna Aqeedah akan marathon segala jenis movies dan kdrama dekat Netflix. Tapi dia akan bersantai macam ratu bila semua kerja rumah dan kerja office-nya diselesaikan. Selagi tak siap, jaranglah nak nampak batang tubuhnya tercongok depan tv.

Bila Anna Aqeedah melagha, sudah pasti Zharif Rizqi akan sama-sama melagha. Tak dia yang sukarela join pakatan lagha Anna Aqeedah sudah pasti Anna Aqeedah akan mengajaknya duduk sambil menonton Netflix.

Tapi minggu itu, Zharif memang busy dengan kerja-kerja yang harus diselesaikan. Jadinya Anna Aqeedah sendirianlah menonton Netflix di ruang tamu mereka.

...

Sedang relek-relek cari movie seterusnya, Anna Aqeedah tidak betah sendirian dan dia mula bergerak ke bilik office suaminya.

"Abang tak nak tengok movie ke?"

"Abang busy sangat ke tu sampai tak sempat tengok dunia luar selain dinding office abang?"

Ehh kalau tengok riak muka Anna Aqeedah mesti ramai pakat-pakat nak campak dia dalam tasik!

Ada je akal nak kacau suaminya. Yelah bila member sudah bosan, inilah kerjanya!

...

Zharif yang tengah fokus itu terus terganggu.

"Give me few minutes untuk settlekan kerja. Nanti once dah siap, kita tengok movie sama-sama."

Dia saja buat tak dengar panggilan yang Anna Aqeedah gunakan sudah berubah.

Abang.

'Kalau dah meleret semacam tu memang sengajalah tu nak suruh aku tinggalkan kerja lepastu join pakatan lagha hujung minggu dia...'

"Alaa abang punya few minutes tu silap-silap sempat khatam 2 movies tahu."

Anna Aqeedah duduk di kerusi panjang di dalam bilik office suaminya.

Sumpah dia bosan.

'Takkan tak jalan kut panggilan abang yang aku guna tu?'

'Haritu bukan main minta aku guna abang, ni ehhh...'

...

"Abang ohhh abang sayang..."

Zharif masih lagi diam.

Fokus sangatlah tu.

Kononya.

...

Give up.

Anna Aqeedah bingkas bangun dan menapak keluar dari bilik kerja suaminya.

'Baik tengok tv lagi bagus.'

Yelah, siapa ajak kau kacau suami kau buat kerja sengal?

...

Zharif cepat-cepat memaut bahu kiri isterinya.

"Kan abang cakap few minutes. Tunggu lah kejap, ni dah nak siap dah pun..."

Anna Aqeedah sudah buat muka bosan.

Bukan dia tak tahu few minutes orang yang tengah fokus buat kerja akan makan masa jadi few hours.

Dia masak sangat sebab dia pun memang macam tu.

Cakap lagi 3 minit tapi tahu-tahu hampir 2 jam punggungnya kematu duduk lama sangat atas kerusi. Mata pun boleh jadi kering sebab lama sangat hadap skrin komputer atau laptopnya.

...

"Tak apalah, abang buatlah kerja dulu. Dah siap dipersilakan untuk join tengok Netflix. Okay?"

Anna Aqeedah tak selesa sebenarnya dengan posisi mereka saat ini.

Rapat semacam.

Meremang bulu romanya.

Kalau bukan Zharif Rizqi ni suaminya memang lama dah rusuk lelaki itu lebam kena siku dengannya.

Lemah betullah!

Tak sekarang ni siapa yang terjual jiwa dekat siapa ni?

...

Bila dengar lagi perkataan Abang tu Memang Zharif tak boleh tahan telinganya.

"Abang suka kalau Aqeedah guna panggilan abang tu and one question, are you trying to seduce me Aqeedah?"

...

'Eii tak sioo teman nak seduce si gerangan Abang Zharif...'

Sila baca dengan loghat Perak (walaupun aku bukan orang Perak uhukk)

...

"Eii apa ni main fitnah-fitnah? Okay lepastu no more 'abang' for you. Saya panggil Abang Zharif je terus..."

...

"Mana boleh."

"Apa yang tak bolehnya?"

...

"Abang tu macam lebih mesra dan sedap nak didengar. Ni kalau Aqeedah panggil abang dengan Abang Zharif rasa macam Iman tengah panggil abang ipar dia..."

Tak ke banyak songeh si mengada ni?

...

"Jadinya abang nak teman tengok movie atau sambung kerja abang?"

Kau tak tahu betapa azabnya kotak suara Anna Aqeedah nak keluarkan ayat macam tu.

Ni kalau Zehra dengar ni mahu kena gelak!

...

P/s: Weh, aku bukan nak cakap apa aku paling lemas dan lemah bila trap diri sendiri buat jalan cerita yang scene hidup as husband and wife lagi banyak dari scene belia gonjeng sedunia (belum kahwin). Jadinya, jln cerita tu mungkin tak berapa nak kelakar or menjadi sgt sbb aku tak ada idea sgt nk geli-geli ketiak ni 😂💁🏼‍♀️ Dear readers, i'm sorry .

Tapi apa pun, tolonglah Vote 😪 tanda sokongan moral korang tak pernah berbelah bahagi walaupun tak berapa umphhh perginya ✨ sila comment korang oki ke tak oki dgn chapter ni, if nakkan improvement boleh rogerin, nanti aku tambah apa yg patut. Dan aku tak tahu pesal font berubah.

GERENTI, TAKKAN SUKA!! [COMPLETED]Where stories live. Discover now