"Aku penatlah nak memalukan diri sendiri ni Zah..."
Bila dah buntu, memang Zehra lah tempat yang Anna Aqeedah tuju. Kalau Zehra nak kaya cepat, bolehlah dia charge segala bentuk pembayaran untuk masa dan air liur yang bakal diguna pakai selepas sesi meluahkan rasa.
"Kau buat apa?"
...
Sebolehnya memang Anna Aqeedah tak nak bukak mulut cerita rancangan terpaling dewa yang dia sudah rangka, tapi dah kalau result yang dia bakal terima nanti memang menuju kegagalan hakiki, haruslah dia mencari sumber-sumber kekuatan!
Hmm...
"Aku jadi perempuan paling beradab sekali depan Zharif..."
Kalau dah kawan dengan Anna Aqeedah, Zehra memang faham sangat maksud tersirat!
Konsep innuendo Anna Aqeedah memang satu level tinggi!
"Maksud kau, perempuan paling tak ada adab dalam Malaysia kan?"
"Kau buat apa?"
...
Menyeringailah Anna Aqeedah bila kawan wayar putusnya faham maksud ayatnya...
"Aku gobble up semua makanan dia dengan toast aku! Siap dengan pakej sendawa lembu version sopan sikit..."
Zehra sudah tibai gelak.
"Hahaha, banyaklah kau punya sopan! Dah namanya sendawa lembu memang taklah nak sopan!"
Ada yang kena hempuk karang!
...
"Aku rasa google tu macam tipulah! Dia sengaja nak malukan aku weh tapi kan aku rasa masih ada peluang untuk perkahwinan ni putus..."
Tiba-tiba teringat tajuk lagu Pelamin Anganku Musnah, tapi kalau untuk Anna Aqeedah lain pula tajuknya ; Pelamin Anganku Musnah Tapi Aku Happy! Yabedabedu...
...
Zehra terfikir juga bila masanya sahabat baiknya akan terbuka hati untuk menerima lelaki pilihan Maryam.
"Umur kau bukan makin remeja tapi makin tua. Sampai bila nak sandang title Loner Sejati?"
Bukkk.
Jarang sangat untuk Zehra guna nada serius bila berbual dengan Anna Aqeedah. Selalunya memang tak boleh beza waktu bila mereka berdua tengah berborak matang.
"Entahlah. Aku nak cari sendiri life partner aku Zah. I just want to experience everything - sama macam kau hadap masa tengah nak kenal tunang kau..."
"Aqeedah, kadang-kadang hidup dengan pilihan keluarga ni ada je bahagia. Kau ingat best ke nak hadap perangai manusia? Tu kau tak masuk lagi fasa kau jaga jodoh orang. Buang masa!"
Tapi...
Ada je yang nak dibidasnya!
"Daripada pengalamanlah kita akan jadi matang dan faham permainan dunia."
Zehra sudah roll matanya ke atas!
Kalau member sudah masuk mode Hidup dan Puitis, memang susahlah dia nak cantas ayat Anna Aqeedah!
"Kadang-kadang bahagia tak perlukan peneman kedua."
"You and yourself - it is enough to be happy."
...
"Aku menyampah betullah bila kau guna ayat macam tu! Sebab kau tahu aku tak boleh nak balas dengan ayat macam tu! Main kotor!"
Hahahaha...
"Kau bukaklah hati kau sikit. Sikit je untuk terima Zharif dalam hidup kau..."
Senanglah kau cakap Zehra! Yang menghadap lelaki itu nanti bukan orang lain. Anna Aqeedah sendiri yang menghadap semuanya sendiri.
...
"Tapi Zah, boleh je kan kalau aku cuba dulu untuk cari cara nak batalkan perkahwinan ni?"
"Kau tak nak support aku?"
"Kau rela tengok aku berendam air mata?"
"Tak happy sepanjang hayat?"
...
"Banyaklah kau punya sepanjang hayat! Entah-entah, kau yang terlebih gedik. Kau ni bukan boleh pakai sangat Aqeedah!"
"Yang pegang hati kau bukan diri kau tau tapi Tuhan yang pegang hati manusia. Kalau Dia nak rebounce balik hati kau tu, sekelip mata je woi!"
Kali ini memang Zehra lain. Macam tak percaya kawannya sorang ni berubah.
"Zah..."
"Hmm, apa? Kau nak ajak aku masuk pertandingan debat peringkat negeri mana?"
"Aku harap kau jadi normal macam ni untuk sekarang je..."
Bengong!
"Aku jadi macam ni sebab aku nak kau fikir baik-baik. Ingat free ke air liur aku? Semua kena berbayar! Belanja aku toast yang kau makan dengan Zharif tu!"
"Eii, aku tak minta kau bazir air liur untuk benda yang tak menyebelahi aku! Eii, nasib baik kau kawan tahu, jadinya bila kau nak makan salmon toast?"
Jawapan untuk persoalan Anna Aqeedah dibalas dengan bahasa badan sahaja.
"Fine! Jom karang meleleh pula air liur kau yang tinggal sikit tu sebab tak dapat makan..."
...
Nampak gaya macam misi mencari sumber kekuatan tidak berjaya! Kenalah Anna Aqeedah mencari sumbernya sendiri.
Entahlah macam mana pakatan pengkhianatnya boleh berpaling tadah!
Sejak bila Zehra pangkah pakatan Maryam pun Anna Aqeedah tidak pasti!
'Susah juga kalau member dah berpaling tadah ni ye...'
P/s: Korang ada ke kawan yang masuk air sama-sama? Kalau ada, eheee bolehlah sedekah VOTE dekat part ni... Nampak tak effort aku yang terlebih satu skala ni? Aku update part 15 masa tengah berpeluh dan di musim Malaysia tengah panas kaw-kaw ni...
Hargailah aku semua orang! Ciao
![](https://img.wattpad.com/cover/257769972-288-k667667.jpg)
YOU ARE READING
GERENTI, TAKKAN SUKA!! [COMPLETED]
Short Story"Aku tak tahulah kalau-kalau masyarakat dekat Malaysia ni ada ikut mana-mana kitab yang cakap perempuan kena kahwin sebelum 26 tahun! Siapa langgar, dikira derhaka pada sanak-saudara dan jiran tetangga..." - Anna Aqeedah Selain daripada tak puas hat...