30

525 67 4
                                    

Cakap pasal hampir ada Sale and Purchase between two parties, namely, Zharif Rizqi and Anna Aqeedah ni memang tak cukup jari nak type!

So, bab 30 ni aku akan buat imbas kembali pada occasions yang Zharif hampir terjual jiwanya pada Anna Aqeedah.

Jadi sila fasten your seatbelt lads and gens ⚔️

...

Dari hari pertama mereka bergelar suami dan isteri, Zharif sudah menggunakan panggilan 'abang' senagai kata ganti diri.

Tapi adalag satu manusia berperangai jebon ni ikut kepala sendiri. Bukan tak dengar Zharif bahasakan abang tapi manusia tu buat-buat budek (pekak).

Anna Aqeedah lah manusia pura-pura OKU tu. Masih setia menggunakan 'saya-awak'. Tapi kalau ikut sedap anak tekak dan kepala anginnya, mahu sahaja dia bedal sama rata guna 'aku-kau' kalau nak lagi extreme boleh guna 'lu-gua'.

Awas bukan Gua Musang atau mana-mana gua yang selalu menjadi tumpuan pelancong okeh!

...

"Aqeedah, kamu ni kalau ibu cakap ada masalah pendengaran tahu pula nak marah tapi ibu rasa nanti birthday kamu biar ibu sponsor terus hearing-aid!"

Anna Aqeedah faham sangat atas dasar apa Maryam naik menrenyam dengan dirinya.

...

Dah tadi dekat meja makan selamba sahaja Anna Aqeedah buat tak endah dengan suaminya. Lepastu main sedap dia je guna 'saya-awak'

...

"Awak nak nasi lemak ke roti canai?"

"Awak nak air kopi ke nescafe tarik?"

Semuanya dimulakan dengan awak.

Memang berawaklah telinga Maryam. Matanya juga sudah dibesarkan tapi dah kalau anak perempuannya sejenis ikut kepala sendiri jangan haraplah Anna Aqeedah nak faham.

Hahahaha memang patutlah Anna Aqeedah selalu jadi kawan gaduh Maryam.

...

Bila Anna Aqeedah bergerak ke dapur basah, Maryam juga turut sama-sama bergerak.

Adalah misi nak mengetil (cubit) anaknya seorang itu!

...

"Eii ibuuuuu sakitlahh!!"

Mashaallah sis, perit ye cubitan mak aku kali ni! Mahu terkoyak kulit aku!

Okay, over je kalau sampai terkoyak. Kalau merah-merah dan hampir nak lebam itu ada kemungkinan!

...

"Kamu ni eii mana ibu tak nak ketil perut tu! Panggilan untuk suami tu jangan ikut kepala sendiri. Panggillah abang. Zharif pun elok je bahasakan diri dia abang, kamu ber-awak saya pula dah kenapa?"

Berang juga kalau sebabkan isu cenonet macam ni perutnya jadi mangsa ketam Maryam!

...

"Yelah nanti Aqeedah panggil si Zharif tu dengan panggilan yang ibu boleh berdarah dengar..."

Nampak tak ada aje yang nak digaduhkan.

Bila nampak tangan Maryam sudah hampir mendarat ke perutnya, Anna Aqeedah sudah mengelak jauh.

'Kalau dibiarkan ni mahu ada tersiat betul-betul kulit aku!'

...

Semasa di meja makan, muka sudah dimaniskan. Itu semua atas arahan Maryam.

...

"Sayang nak apa-apa lagi? Kalau nak Aqeedah boleh prepare kan..."

...

Tersedak Zharif Rizqi dibuatnya! Iman dan Aiman sama-sama berpandangan.

Maryam sudah buat muka Diva sahaja!

WOWW HAHAHAHA

360 darjah berubah ye lepas kena cubit dengan Maryam. Hahahaha

...

Siap aksi lap-lap mulut suami sekali Anna Aqeedah bagi tatapan mata Maryam.

Sengaja betul budak bertuah ni. Maryam pun layankan aja perangai anaknya yang memang suka protes secara halus tu. Tapi dia tahu anaknya itu masih lagi tahu adab.

...

Jantung Zharif Rizqi sudah buat kerja lebih masa!

Bila Anna Aqeedah memanggilnya sayang tu satu hal tambah lagi bila isterinya itu mengelap bibirnya.

Rakan ku sekalian, inilah occasion pertama di mana Zharif hampir terjual jiwanya!

...

P/s: Cukuplah eh aku bagi 2-3 lagi occasions imbas kembali perangai sengal si Anna Aqeedah dengan Zharif Rizqi ni. So aku plan each occasion tu aku buat asing. So taklah bercampur sangat. Macam biasa TOLONGLAH VOTE PART YANG AKU BUAT! Kalau aku terlebih rajin lepas siapkan 1 assignment aku akan update lagi new chapter 💁🏼‍♀️ doalah aku rajin hari ni sebab harini macam ada idea nak merepek dkt wattpad 😅

Doakan saudara kita dekat Palestine untuk terus kuat berjuang menentang Zi0n1st laknatullah! Semoga kemenangan buat Umat Islam di sana, amiinn 🤍

Palestine, tomorrow will be free 🇵🇸

GERENTI, TAKKAN SUKA!! [COMPLETED]Where stories live. Discover now