"Kau dah sedia ke?"
Qowiy di sebelah dipandang sekilas mengharapkan jawapan.
"Nampak macam aku tak sedia ke? Well... dah lama kot aku tunggu saat ini." Jari-jemarinya diletupkan. Yakin suara Qowiy menutur kata.
Aisy tersenyum lebar. Bagus! Jawapan yang dimahukan telah diterima. Kini tiba masanya untuk bertindak.
Bebola mata si gadis lantas meliar ke luar koridor. Melalui dedaun tingkap kelas Qowiy, jelas kelihatan beberapa pelajar yang lalu lalang hendak pulang. Bangunan blok menengah atas kini hampir kosong. Setakat ini keadaan semua terkawal.
"Mana budak Iffat tu? Kau dah panggil dia ke?" soal Aisy.
Qowiy berkerut hairan. "Aik? Sejak bila pula itu kerja aku? Kaulah yang kena panggil. Kau orang berduakan satu kelas."
Aisy mendengus geram. Mati-mati dia fikir Qowiy dah selesaikan urusan itu. Rupa-rupanya belum lagi. Haih!
"Iyalah, iyalah. Sekejap, biar aku panggil dia." Gadis itu akur. Dia membuka langkah untuk pergi.
Namun tak sampai beberapa saat, tali beg sandangnya ditarik kasar oleh Qowiy. Hampir-hampir saja bahunya melanggar lelaki itu. Nasib baik dia sempat berpaut pada tingkap.
"Aisy, aku nak kau hati-hati sikit. Jangan sampai terserempak dengan Badrul. Kalau dia tahu apa yang kita nak buat ini, habislah. Silap hari bulan, muka kita pun dia tak nak tengok," bisik Qowiy dengan nada perlahan.
Aisy menjulingkan mata ke atas. Macam tak percaya pun ada dengan kata-kata Qowiy, si gengster sekolah.
"Weh, seriuslah kau gelarkan diri sendiri sebagai gengster? Apahal kecut semacam ni? Rilekslah, kita cuma nak ajar dia. Bukannya membunuh," ujar Aisy.
Pelajar lelaki itu meraup mukanya. Dia sendiri keliru dengan perasaan sendiri. Tiba-tiba rasa ragu pula hendak meneruskan rancangan yang diutarakan oleh Aisy ini.
"Memanglah tapi..."
Aisy pantas memotong. Tangannya diangkat mematikan bibir Qowiy daripada meneruskan bicara.
"Owen, kau dengar sini baik-baik. Percayakan aku. Benda ini biasa-biasa je. Tak teruk sangat pun. Cukup dia ambil pengajaran sudahlah," kata gadis itu lagi. Riak wajahnya begitu serius saat ini.
Qowiy terdiam. Aisy direnung resah. Berbelah bagi jadinya di antara kemahuan dan kewarasan akal fikiran.
Nafas dihela dalam. Lambat-lambat dia mengangguk. Pegangan tangannya pada tali beg Aisy juga turut terlerai.
"Pergilah. Good luck!"
Aisy tersenyum nipis.
"You too."
𖣔𖣔𖣔
Penuh hati-hati Aisy mengatur langkah menuju ke kelas sendiri, kelas 4 Tirani. Kelas yang juga menempatkan dirinya bersama Iffat. Sebelum itu, sempat dia menjenguk isi kelas Badrul yang terletak di tengah-tengah koridor.Kosong.
Fuh, nasib baik Badrul tiada dalam kelas. Jadi dia mengagak si abang dah balik dulu. Kedua beradik itu sememangnya tidak sehaluan sehinggakan waktu pulang mereka pun berbeza.
Akhirnya, kakinya tiba di hadapan pintu kelas. Seperti yang dijangka, Iffat berada di dalam, sedang tunduk menulis sesuatu di buku notanya. Aisy lantas mengetuk pintu dengan kekura tangan.
"Erm Iffat, aku nak cakap dengan kau sekejap. Boleh?"
Ketua pengawas itu mengangkat muka. Terpalit senyuman sinis di bibirnya. Belakang badannya disandar pada kerusi kayu yang sedang diduduki.
YOU ARE READING
BAD[AR]
Teen FictionBAD[AR]: friendship | hatred | revenge | tarbiyah | BADRUL QOWIY, seorang pelajar bermasalah. Tiada istilah peraturan dalam kamus hidupnya. Disiplin? Pergi mampus. Baginya peraturan dicipta untuk dilanggar bukan untuk dipatuhi. BADRUL AMIN, pengawa...