Cuti sekolah telah berakhir. Setiap pelajar menginjak ke satu tingkatan yang lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya. Tidak ketinggalan juga barisan kepimpinan sekolah yang telah berganti. Segalanya berlaku seiring peredaran masa menuntut perubahan.
Petang itu, tamat saja waktu persekolahan semua anggota Badan Kepimpinan Pengawas (BKP) diminta berkumpul di dewan utama. Menjadi tradisi setiap tahun baru, rehearsal untuk majlis penerimaan watikah lantikan akan dilakukan. Qowiy hadir bersendirian dahulu kerana Badrul mempunyai urusan dengan Cikgu Halimah.
"Qowiy!" Tiba-tiba suara itu kedengaran tatkala Qowiy sedang bersandar di pintu tepi dewan. Dia menoleh ke sekeliling mencari gerangan pemanggil.
Tidak semena-mena Aisy muncul dari tepi. Sebuah kotak hitam berikat reben putih dihulurkan kepada lelaki itu.
"Nah, hadiah birthday kau." Aisy tersenyum manis. Tak sabar menantikan reaksi Qowiy selepas membuka hadiah pemberiannya.
Mata Qowiy tertancap lama pada bungkusan tersebut. Kemudian pandangannya beralih memandang Aisy yang masih tersenyum.
"Kalau niat kau nak perli aku bagi benda macam ni, lupakan ajelah. Aku tak nak." Senada dia bersuara. Kotak itu ditutup semula lalu dihulur kepada si pemberi.
Aisy berkerut hairan.
"Perli apa pulak ni? Dalam itu ada kopiah. Lelaki memang pakai kopiah kan? Lainlah kalau aku bagi kau tudung. Hah itu baru namanya perli!" bidas Aisy tak puas hati dituduh begitu.
Kali ini lelaki itu terdiam. Ada benarnya juga kata Aisy.
"Takpelah, aku tak nak. Ambil la balik." Kotak itu ditolak sekali lagi.
"Kau nak aku jadi buruk siku ke? Bila orang bagi hadiah sepatutnya kena terima dengan tangan terbuka tau. Bukan main tolak-tolak macam ni. Ish!"
Qowiy mendengus geram. Lebih-lebih lagi apabila sudah ramai pelajar memasuki dewan. Kini mereka berdua menjadi perhatian.
"Ei bisinglah perempuan ni! Bagi hadiah macam nak gaduh! Dahlah kau, semak betul. Tak habis-habis menyusahkan hidup aku. Dahlah tak cantik, garang macam singa, ganas, gengster..."
Ayat-ayat seterusnya sudah tak didengari lagi oleh Aisy apabila kelibat Qowiy semakin hilang meninggalkannya. Gadis itu tersenyum lebar. Kutuk-kutuk pun hadiahnya dibawa juga bersama. Propa lebih Si Qowiy ni!
𖣔𖣔𖣔
Cikgu Halimah tersenyum memerhatikan BKP lantikan baru dari bawah pentas. Satu persatu wajah ditilik sambil cuba mengingati nama dan jawatan setiap satu supaya mudah urusannya nanti.
"Iffat, nanti awak ketuai bacaan ikrar kan?" Cikgu Halimah meminta kepastian.
"Ya saya," balas Iffat bangga.
"Pastikan awak laungkan ikrar dengan suara lantang. Kepimpinan pengawas yang lain ikut Iffat dan sebut dengan jelas. Saya tak nak dengar bunyi langau ye esok." Sempat guru disiplin itu menitip pesan.
Masing-mengangguk patuh. "Baik cikgu!"
Cikgu Halimah kembali menatap tentatif program di tangan. Beberapa saat kemudian, dia kembali mengangkat muka.
"Saya nak ada seorang wakil bagi mengetuai bacaan doa."
"Badrul Qowiy boleh?" Pandangannya jatuh pada Qowiy.
"Cikgu! Saya cadangkan better ambil Badrul Amin daripada Badrul Qowiy. Suara Badrul sedap didengar, barulah bertambah khusyuk kami nak baca doa." Kata-kata daripada seorang pengawas lelaki itu disambut dengan persetujuan pengawas lain.
Qowiy terkedu. Iffat tak jauh darinya tersenyum sinis.
Badrul yang tak senang duduk apabila namanya menjadi sebutan bertindak membuka mulut. "Maaf kawan-kawan, tapi saya rasa ada baiknya tugas baca doa diserahkan kepada Ketua Badar."
Cikgu Halimah memandang Iffat.
Sedar akan maksud renungan itu, Iffat cepat-cepat menyampuk.
"Ehem. Saya pun rasa Badrul lebih layak. Kita kan nak berdoa meminta kepada Allah jadi lebih afdal untuk pilih doa daripada orang yang baik. Dan... saya yakin Badrul orang yang baik."
"Tak gitu, Qowiy?" Sengaja Iffat meraih perhatian Qowiy yang sedari tadi diam tanpa kata.
Kini setiap pasang mata tertumpu padanya. Qowiy sekadar tersenyum nipis.
"Aku tak kisah. Mana-mana pun boleh," balas Qowiy.
Senyum Iffat tak dapat disorok lagi. Dia akhirnya mengukir senyum puas. Dendamnya seolah-olah terbalas apabila mendapat peluang memalukan musuhnya di hadapan khalayak ramai.
"Tapi aku rasa Badrul tak cukup baiklah nak ketuai bacaan doa."
Para pengawas lain mulai bising membantah. Badrul pun sudah memandang sahabatnya semacam. Apa lagi pula ni?
Qowiy berpusing menghadap wajah Iffat. Kedua belah tangan setia di dalam poket seluar.
"Cuba tengok sekeliling. Sebenarnya dalam kalangan kita kaulah yang paling baik. Jadi apa kata kau yang baca doa? Lebih afdal, lebih baik, lebih makbul..."
"Tak gitu, Iffat?" Qowiy memberikan renungan penuh makna.
Sekelip mata suasana riuh tadi bertukar hening. Masing-masing terlopong dengan balasan daripada Qowiy. Aisy memerhati Qowiy lama. Sedikit teragak-agak dengan dialog yang ditutur oleh lelaki itu.
Iffat paling baik? Tak lain tak bukan...
Qowiy sedang memerli Iffat!
Kedua-dua musuh itu masih tak lepas berbalas pandang. Riak muka ketua pengawas itu mula kelihatan keruh. Dadanya juga berombak marah. Iffat menggenggam penumbuk di sisi. Jika tak memikirkan keberadaan Cikgu Halimah yang memerhati dari bawah pentas, sudah lama pipi Qowiy merasa penangannya.
Melihatkan keadaan Iffat yang sedang berusaha menahan rasa, Qowiy tahu untuk kali ini situasi telah berpihak kepadanya. Qowiy masih manusia, punya maruah untuk dijaga. Selagi bernyawa, takkan dibiarkan sesiapapun memijak sewenangnya.
"Banyak betul percanggahan pendapat ya. Jadi siapa yang akan baca doa nanti? Cepat cepat, alang-alang tu kita sekalikan dengan rehearsel doa terus untuk petang ini." Cikgu Halimah tiba-tiba bersuara.
Badrul menarik nafas dalam. "Saya volunteer nak baca doa cikgu." Anggaplah ini usaha Badrul untuk menjernihkan semula keadaan.
"Tak payahlah, Bad. Bila fikir balik, betul juga cakap Si Qowiy. Iffat ketua kita, sepatutnya dialah yang bacakan doa. Ikrar tu pula boleh bagi kau baca." Sekali lagi seseorang laju memintas. Bila ditoleh, rupa-rupanya pengawas sama yang memberikan cadangan awal tadi.
"Lagipun kitorang semua memang nak kau jadi ketua pengawas Bad. Bukan Iffat tu ha. Bolehlah Bad, buat ghaso-ghaso. Hilangkan teringin kitorang nak tengok kau kat depan. Hehehehe," bisik lelaki itu ke telinga Badrul.
Pelajar lain yang dapat menangkap butir bicara itu cepat-cepat mengangguk kepala tanda setuju. Bukan selalu dapat peluang macam ini!
"Okey, Iffat baca doa cikgu! Badrul baca ikrar!"
"Haah, Badrul ikrar!"
"Yes, Badrul lagi gempak!"
Semua itu berlanjutan sehinggalah semua pengawas di atas pentas sebulat suara menzahirkan persetujuan. Kali ini Badrul tak menolak lagi. Akur akan permintaan rakan-rakan. Tanpa sedar Badrul berpeluang memenuhi keinginannya tanpa perlu mengalah dengan Iffat. Sekurang-kurangnya untuk hari ini.
Tak janji, tapi saya cuba okie ? Thank you pembaca setia BAD[AR] ! 🥺❤
YOU ARE READING
BAD[AR]
Teen FictionBAD[AR]: friendship | hatred | revenge | tarbiyah | BADRUL QOWIY, seorang pelajar bermasalah. Tiada istilah peraturan dalam kamus hidupnya. Disiplin? Pergi mampus. Baginya peraturan dicipta untuk dilanggar bukan untuk dipatuhi. BADRUL AMIN, pengawa...