BAD[AR]: 11

436 96 156
                                    

Dada kertas ditenung kemudian wajah di hadapannya pula dipandang macam nak telan hidup-hidup. Kenapalah mereka harus berurusan dalam satu organisasi? Kesannya, sampai sekarang tak ada satu kerja pun yang jalan.

"Weh perempuan, aku tak buat jenayah jadi jangan pandang aku macam tu," ujar Qowiy dengan selamba badaknya. Sebelah kaki diangkat tinggi lalu disilangkan.

Aisy menjulingkan mata hitamnya ke atas. Macam dia tak tahu, Qowiy guna semula ayatnya semalam!

"Ya... memanglah kau tak buat jenayah tapi kau dah buat aku menyampah, tahu tak? Tolonglah bagi pendapat kau. Ini tidak, tak habis-habis hisap lollipop tu dah kenapa?" sembur Aisy tanpa berlapik lagi. Puas ditahan rasa hati sedari tadi.

Masakan tidak, dah sejam jugalah mereka berdua duduk di gazebo ini tanpa berbincang. Setiap kali Aisy bertanya, sepatah saja dijawab oleh lelaki itu. Ternyata Qowiy lebih berminat menikmati lollipop berbanding menjawab soalan. Sebal Aisy jadinya. Dahlah makan seorang, langsung tak pelawa pula itu!

Qowiy buat pekak. Hipotesis hidupnya senang, semakin perkara itu dilarang, semakin giat perkara itu dilakukan. Tangan kiri lantas menyeluk poket seluar, mengambil satu lagi batang lollipop. Kemudian, bungkusan tersebut dibuka lalu dimasukkan ke dalam mulut. Dua batang lollipop dihisap sekali gus.

Kesabaran yang membalut diri Aisy saat ini hampir terkoyak. Roman selamba di seraut wajah Qowiy cukup buat dia rasa nak balik rumah sekarang juga. Tetapi apabila teringatkan tugasan BADAR yang masih belum siap, niatnya terpaksa ditangguh.

Oksigen dihirup sedalam-dalamnya. Cuba untuk menyejukkan lahar amarah yang bila-bila saja boleh meletus.

Rahang mulut Aisy baru saja ingin terbuka, Qowiy terlebih dahulu mencelah.

"Kau nak rushing sangat siapkan benda ni buat apa? Lama lagi nak bentang kot." Dua batang lollipop itu dikeluarkan sejenak kemudian disumbat semula.

Aisy tukar posisi berpeluk tubuh. Renungannya tunak beradu pandang dengan anak mata hitam milik Qowiy.

"Kau tak dengar ke apa cikgu cakap tadi? Lusa, Badrul Qowiy! Lusa kita dah nak kena bentang! Tapi sekarang tengoklah, satu benda pun kita tak fikir lagi ni," keluh Aisy seraya menghempas pensel di atas meja batu. Jujur, dia dah penat melayan kerenah Qowiy. Langsung tak matang!

Qowiy lantas menunduk ke bawah, merenung kasut hitamnya. Lama jugalah dia berkeadaan begitu. Kemudian kepala diangkat semula, menghadap wajah Aisy yang jelas serabut.

"Visi BADAR tahun depan ialah mewujudkan komuniti pelajar yang bersungguh-sungguh mengejar kebahagiaan akhirat."

Aisy tercengang sendiri. Lelaki itu dipandang tak berkelip. Masih keliru dengan apa yang berlaku.

"Baik kau salin cepat, Aisy. Aku tak adalah baik mana nak ulang buat kali kedua," ujar Qowiy lagi. Saat itu juga menggagau tangan Aisy mencari pensel mahupun pen untuk menyalin kata-kata tersebut.

"Untuk misi BADAR pula..." Qowiy berkira-kira meneruskan bicara.

"Ish, sabarlah kejap! Aku tak habis salin lagi ni," dengus Aisy. Pergerakan tangan di dada kertas berubah pantas sehingga berkerut-kerut dahi jadinya.

Bicara Qowiy jeda seketika. Memberi laluan kepada gadis itu untuk menyalin visi terlebih dahulu. Selang lima saat, lelaki itu menyambung.

"Misi BADAR..."

"Eh, sekejap!" sampuk Aisy.

Qowiy hilang sabar. Aisy direnung tajam. "Apa lagi kau ni?"

"Aku rasa macam pelik je visi BADAR kau. Rasa macam... ada benda tertinggal." Jujur Aisy berterus terang meluah pendapat.

BAD[AR]Where stories live. Discover now