Siapa tak sangka ada update angkat tangan! 🤭😂
Btw tadi baru dapat tahu exam aye tangguh minggu depan lagi satu. So, here we go. Chap 17 ✨ Enjoy reading guys! 😁
𖣔𖣔𖣔
Qowiy memicingkan mata mencari kelibat Aisy di dalam perpustakaan yang lengkap berhawa dingin. Pada waktu rehat, ramai juga datang menyinggah. Tambahan pula hari Isnin, pelajar yang berpuasa sunat turut hadir mengisi waktu rehat.
"Bang Qowiy! Cari apa tu?" Bahu kirinya ditepuk seseorang.
Tidak menunggu lama, Qowiy lantas menoleh. Sebaik terlihat seraut wajah itu, dia mendengus perlahan. Wujud lagi budak nerd ini rupanya.
"Pembetulan. Bukan apa, tapi siapa," ujar Qowiy kepada Pian yang masih tersengih-sengih. Malas hendak melayan, bebola mata kembali melilau mencari bayang Si Aisy.
"Siapa? Abang Qowiy cari siapa?"
"Alah, kalau aku bagitahu pun bukannya kau kenal."
"Orang yang abang cari tu tak ada nama ke?"
Qowiy menjeling geram. Banyak tanyalah budak pakai spek tebal ini! Kepoh betul!
Pian dah telan air liur. Seram sejuk. "Rilekslah bang. Jangan marah. Abang bagi tahu nama, barulah saya boleh tolong. Lagipun saya ni dari tadi duduk dekat kaunter, rekod orang keluar masuk perpustakaan."
Mendengarkannya, lelaki itu berfikir sejenak. Hmm... betul juga. Macam manalah dia boleh terlupa yang Pian merupakan pengawas media?
"Kau tolong cekkan sekejap ada tak nama Aisyatul Rihanna. Kelas empat... empat... empat apa entah. Aku pun tak ingat."
"4 Tirani." Sampukan itu tiba-tiba muncul tak jauh daripada kedudukan mereka berdua.
"Itulah, dulu sombong sangat tak nak tahu nama kelas aku. Sekarang baru terpinga-pinga nak mencari." Sindiran pedas itu cukup membuatkan cuping telinga Qowiy berubah warna. Panas.
Gelagat Aisy yang kini berpeluk tubuh dijeling tajam dengan ekor mata. Seperti biasa, si gadis hanya beriak biasa seperti tiada apa yang berlaku. Lama juga mereka berkeadaan begitu. Sehinggalah suara Pian mematikan semuanya.
"Err... rasanya Abang Qowiy dengan kakak ini boleh duduk dekat sana kot." Pian menunjukkan sebuah meja bersama dua buah kerusi di bahagian sudut bacaan. Beberapa langkah saja daripada kaunter utama.
Qowiy tak bercakap banyak, terus mengisi tempat di kerusi tersebut. Dia ingatkan Aisy mengikut dari belakang, rupa-rupanya tidak. Gadis itu masih setia di tempat sama bersama Pian. Siap bergelak ketawa lagi. Tak lama selepas itu, barulah Aisy turut serta.
"Apa benda yang penting sangat tu?" soal Aisy sambil menarik kerusi menghadap Qowiy.
"Pasal BADAR ke?" tanya Aisy lagi.
Qowiy menggeleng laju. BADAR? Entahlah, dia pun tak ambil tahu sangat pasal biro di bawah kendaliannya. Nantilah, sebaik penyerahan watikah lantikan baru dia fikirkan.
"Oh ya, aku nak tanya. Apa kau buat dekat hujung bangunan tadi? Skodeng anak dara siapa?"
Kening Qowiy terjongket sedikit. Rasanya dia skodeng Iffat tadi. Sejak bila pula Iffat bertukar jadi anak dara ini?
"Apa kau...." Teringatkan sesuatu, barulah Qowiy faham.
"Iffat. Aku skodeng Iffat."
"What?" Aisy pandang seolah-olah tak percaya. Buku di atas meja perlahan-lahan dibawa rapat ke dada. Meremang bulu roma tiba-tiba.
YOU ARE READING
BAD[AR]
Teen FictionBAD[AR]: friendship | hatred | revenge | tarbiyah | BADRUL QOWIY, seorang pelajar bermasalah. Tiada istilah peraturan dalam kamus hidupnya. Disiplin? Pergi mampus. Baginya peraturan dicipta untuk dilanggar bukan untuk dipatuhi. BADRUL AMIN, pengawa...