BAD[AR]: 13

373 94 122
                                    

Qowiy menanggalkan kasut kanvas hitamnya di hadapan pintu bilik disiplin. 10 minit lagi sebelum perjumpaan pengawas pada petang itu bermula. Sengaja dia hadir awal kerana malas hendak bertembung dengan pandangan sinis pengawas lain nanti.

Sudah tiba hari mereka membentangkan perancangan biro masing-masing. Namun kelibat Aisy masih belum terlihat. Sementara menunggu, Qowiy bergerak mengisi kerusi kosong di sebelah Badrul.

"Yo, sahabat sejatiku!" Bahu lelaki itu ditepuk kuat.

"Lambat kau balik semalam, Qowiy. Buat apa?" Badrul berpusing menoleh ke arah rakannya. Sinar mata Badrul kini tajam menikam pada seraut wajah yang menghiasi pandangan.

Soalan yang ditujah secara tiba-tiba itu berjaya membuatkan Qowiy terkedu. Dalam fikiran pelbagai andaian mulai muncul. Paling ditakuti sekiranya Badrul menyaksikan perbuatan nakal mereka terhadap Iffat petang semalam. Air liur yang sedia bertakung ditelan. Kesat.

"Hah? Semalam? Oh... semalam aku ada hal nak kena bincang dengan Aisy. Pasal BADAR." Penuh hati-hati dia memberikan jawapan. Bimbang andai tembelang pecah.

Badrul masih belum berpuas hati. Firasatnya kuat mengatakan bahawa Qowiy seperti menyembunyikan sesuatu.

"Iya ke? Iya ke? Iya ke?"

"Ke... kau tengah tipu aku ni?"

Ketua biro disiplin itu lantas berpeluk tubuh seraya mengecilkan kelopak matanya yang sedia sepet.

Lidah Qowiy bertukar kelu. Tidak tahu apa yang patut dikatakan untuk mempertahankan diri. Lima saat jugalah dia berkeadaan begitu.

"Eh, Iffat mana Iffat? Tak lama lagi dah nak mula perjumpaan ni." Keberadaan saudara kembar Badrul sengaja diungkit. Terpaksa sebenarnya, lagi-lagi dalam situasi darurat begini.

Badrul terdiam sejenak sebelum bibirnya melepaskan keluhan berat.

"Cakap pasal Iffat, malam tadi budak itu asyik meracau aje sampai pagi. Yang peliknya, mulut dia tak berhenti sebut lipas. Tak lama selepas itu, menangis. Sebut lipas lagi, kemudian menangis lagi. Haih, aku risaulah."

"Disebabkan itu jugalah dia tak datang hari ni. Ayah aku suruh rehat dekat rumah." Tanpa dipinta, Badrul sendiri membuka cerita.

"Oh..."

Qowiy pula kehilangan kata. Dua matanya menjadi saksi betapa dalamnya lautan kasih si abang. Tapi sayang, langsung tak dipandang oleh si adik yang buta erti kasih sayang. Kesian, muda-muda lagi dah 'cacat' yang dibuat-buat.

Pasti Iffat jadi begitu disebabkan terlalu trauma dengan dua ekor lipas semalam. Saat ini bukan rasa simpati yang hadir sebaliknya rasa geli hati.

'Iffat. Heh, dasar lembik! Lembik dia tu lebih kurang aje dengan agar-agar kantin,' ejek Qowiy bersama senyuman sinis yang disorok daripada tatapan Badrul.

"Owen, Owen, Owen, Owen!"

Suara cemas Aisy mematikan lamunan. Qowiy lantas mengeluh seraya meraup muka. Minah seorang ini level bengap peringkat antarabangsa agaknya. Berapa kali perlu diulang, dia tak suka dipanggil Owen!

Badrul yang mendengar panggilan tersebut turut mengulum senyum. Tak sangka gengster-gengster Qowiy pun ada nama manja. Tiba-tiba riak cemberut Qowiy bersama Cool Fever di dahi terbayang di minda. Comel! Rasa nak pijak-pijak saja.

"Kenapa kau ni?" Malas-malas Qowiy membuka mulut bertanya.

"Macam mana ni weh? Apa kita nak buat? Aku tak bawa fail BADAR! Tertinggal dekat rumah pula tu. Aduh..." Tangan Aisy naik mengurut pelipis kepala. Masalah!

BAD[AR]Where stories live. Discover now