BAB 5

55 10 25
                                    

Kaki aku melangkah perlahan ke arah kafe tersebut. Namun, sebaik sahaja aku lihat sekujur tubuh yang melangkah keluar daripada kafe tersebut, langkah aku mati. Rambut lurusnya beralun ditiup angin buatkan dia kelihatan lebih cantik. Ahh..dengkinya aku dengan dia.

Tap. Langkah Hazel mati sebelum dia angkat wajah memandang aku. Aku lihat matanya sedikit merah. Dan wajah putih itu sedikit pucat. Perlahan aku mendekat sebelum lengan dia aku sauk.

"Awak okay tak?"

Hazel angguk perlahan. Dia cuba senyum nipis namun gagal. Aku ketap kuat bibir aku. Sudah. Hari ni aku datang bukan naik kereta. Macam mana aku nak tolong dia.

"Kejap, saya minta bantuan dengan orang dalam kafe."

Zap!

Aku terkejut apabila Hazel tarik kuat lengan aku, menghalang aku daripada pergi. Wajahnya berkerut. Dan aku lihat mata tersebut sedikit takut. "No."

Suara Hazel menggeletar. Dia tarik nafas dalam sebelum dia tolak tangan aku. "Maaf."

Aku sedikit kedu.

" No. It's okay "

Hazel betulkan kedudukan tali begnya di atas bahu sebelum dia tunduk perlahan. Seakan meminta maaf. Baru sahaja aku nak buka mulut, perbualan kami dipotong oleh satu suara garau. Kepala aku automatik ditoleh ke arah suara tersebut.

Aku kedu. Nafas aku sesak. Dan aku rasa seperti kaki aku terpasak di atas tanah.

Mata aku tak lepas memandang wajah si lelaki yang selamba melangkah ke arah aku dan Hazel. Mata si lelaki tak lepas daripada memandang Hazel. Jelas kelihatan dia risau akan Hazel.

"Hazel?"

Suara garau itu bergema. Dan sebaik sahaja mata kami bertembung, dia pandang wajah aku lama. Aku teguk liur. Wajah dia terlalu sama dengan Adam. Seakan si lelaki di hadapan dia ialah Adam Luthfi namun bezanya lelaki di hadapannya ada satu tanda yang membezakan mereka. Tahi lalat si lelaki yang berada betul-betul di bawah mata kanannya. Buatkan pandangan si lelaki kelihatan tajam.

"Do I know you?"

Gulp. Aku telan liur yang terasa kesat. Lelaki di hadapannya terlalu dingin. Sama seperti Adam sewaktu pertama kali mereka berjumpa. Namun, ini bukan kali pertama mereka berjumpa.

"No." Aku geleng laju kepala aku sebelum berpaling. Kaki aku laju melangkah pergi daripada kelibat si lelaki dan Hazel. Sebaik sahaja aku sampai di bus stop, aku sandar kepala aku pada dinding.

Damn it!

Patutlah aku boleh jatuh suka pada Adam! Semuanya sebab wajah Adam serupa dengan wajah 'dia'. Lembap! Lembap! Kenapa aku tak perasan?!

Macam mana kalau si 'dia' kenal akan wajah aku?

"Awak okay?"

Zap! Tubuh aku tegak sebaik sahaja aku mendengar suara garau yang menegur. Liur yang terasa kesat aku cuba telan. Wajah aku mula berpeluh dingin. Ya Allah, jangan kata 'dia' ada dekat belakang aku.

"Awak?"

Aku toleh. Wajah aku sengaja aku elakkan daripada memandang wajah 'dia'. Si lelaki berdiri tegak lima tapak daripada belakang aku. Mata coklat pekatnya tajam merenung wajah aku, seakan cuba mengimbau memori lama.

Tolong jangan ingat pasal aku.

"Ya. Boleh saya bantu?" Aku cuba untuk senyum namun aku yakin senyuman aku terlihat senget. Perasaan gugup aku tak mampu sorokkan daripada lelaki di hadapan aku.

"Maaf, tapi saya nak tanya sekali lagi. Kita pernah jumpa ke sebelum ni? Wajah awak nampak familiar."

Dup. Aku rasa jantung aku hampir gugur. Tubuh aku menggeletar.

Ada Dia Di Sisiku (On Hold)Where stories live. Discover now