BAB 10

58 10 30
                                    

Luth lap perlahan rambutnya yang masih lagi basah. Setelah selesai, tuala miliknya dia sidai sebelum kaki dilangkah ke arah rak buku yang berada di penjuru biliknya. Bingkai gambar yang berada di atas rak buku dia capai sebelum diteliti lama. Ah.. betapa dia rindukan kawan baiknya.

Arfwan.. kawan baiknya meninggal sewaktu tiga tahun lepas. Tanpa khabar berita, kawannya pergi.

Dan dia masih lagi ingat perbualan terakhir mereka.

Arfwan, abang kepada Sha dan juga.. lelaki yang serang dia tadi. Betullah, dia sedar wajah Sha dan Rykarl langsung tidak seiras. Namun dia juga sedar mereka berdua langsung tidak seiras dengan Arfwan. Langsung tidak namun hubungan mereka bertiga amatlah baik.

Damn it, Arfwan. Kenapa kau kena pergi dengan cara ini? Banyak lagi cara yang mampu kau pilih.

Dan air mata Luth menitis. Dia kesal dengan tindakan Arfwan. Dan dia juga kesal dengan tindakan dia terhadap Sha. Kenapa dia bertindak membuta tuli sewaktu hari tersebut. Apa yang dah merasuk fikiran dia sebenarnya?



------------




"Luth, do I have a sister complex?"

Soalan tiba-tiba daripada Arfwan buatkan Luth hampir tersembur minuman yang baru sahaja dia sedut. Laju kepalanya terangkat memandang wajah si lelaki. "What?"

Arfwan hela nafasnya lemah. Tangan ralit mengacau air yang berada di hadapannya menggunakan straw. Lama si lelaki berfikir sebelum badan disandar pada kerusi miliknya. "Aku tak tahulah, tapi hampir semua girlfriend aku kata aku ada sister complex. It just, since when aku ada? Aku rasa aku taklah terlalu rapat dengan dia."

Kening Luth terangkat mendengar ayat Arfwan. Wau.. nampaknya tuan punya badan langsung tak sedar akan perbuatan sendiri. Arfwan sebenarnya tersangat protective terhadap adiknya sendiri. Dia ingat lagi sewaktu dia bagitahu Arfwan bahawa dia minat akan adik perempuannya, hampir sahaja melayang penumbuk si Arfwan pada wajahnya.

" You mean Sha right? "

Arfwan angguk perlahan sebelum mata diangkat memandang langit. Langit yang hitam pekat tanpa bintang. Yang ada hanyalah bulan separa.

" You know, almost every girlfriend yang aku ada, diorang suruh aku pilih di antar adik aku dan mereka. Hell no, adik ialah adik. Girlfriend ialah girlfriend. " Arfwan hela nafasnya lemah.

Luth topang dagunya sambil memandang Arfwan. Wajah kawannya dia teliti lama. Baru dia sedar, wajah Sha dan Arfwan langsung tidak seiras. Kalaulah mereka menipu bahawa mereka ialah pasangan kekasih, semua orang akan percaya dengan penipuan mereka.

" I guess, it's brotherly instict. Kau macam terlebih protective terhadap da memandangkan dia satu-satunya adik perempuan kau. Macam mana dengan sibling kau yang lain? Kau layan macam tu jugak ke? "

Ayat Luth buatkan Arfwan terdiam lama. Dia mula teringat akan sesuatu. Rykarl? Dia layan Rykarl seperti Raysha ke? No, Rykarl terlalu dingin dengan dia dan hubungan mereka sedikit renggang. Perlahan ketawa Arfwan pecah.

" Nope. "

" Dah kalau macam tu, itu maknanya kau  cuma terlebih sayang pada adik kau. "

" I guess so. "

" How about your current girlfriend? "

Arfwan terdiam sebelum senyum kecil terukir di bibir merahnya. " I like her. A lot. "

Luth buat muka nak muntah. Dia lupa Arfwan ni kalau dia sayang orang, sayang dia agak terlebih sikit. Yes, inilah perangai kawannya. Terlalu baik smapaikan kadang-kadang dia dipermainkan oleh perempuan. Mujurlah kali ini, kekasih Arfwan nampak macam perempuan baik sikit.

Ada Dia Di Sisiku (On Hold)Where stories live. Discover now