"Lembap."
"Diam."
"Lembap. Lembap, lembap."
"Aku kata diam, Sha." Suara serak milik Rykarl naik dan itu buatkan Rykarl terbatuk kuat. Aku geleng perlahan kepala aku. Itulahh, siapa suruh dia tidur sekali dengan aku. Inilah yang orang kata cari masalah.
"Aku nak turun pergi beli air sekejap. Kau nak join?" Aku bertanya setelah selesai parking kereta. Rykarl angguk perlahan sebelum betulkan mask yang dipakai di mulutnya. Hmmm..kembar aku ni nampak handsomelah pulak kalau pakai mask ni.
Baru sahaja aku nak turun daripada kereta, Rykarl tarik lengan aku sebelum sekeping mask berwarna hitam dia letakkan di atas tapak tangan kanan aku. Dia pandang wajah aku serius. "Precaution untuk orang lain."
Aku hampir ketawa namun wajah serius Rykarl buatkan aku terdiam. Perlahan aku pakai mask sebelum berjalan beriringan dengan Rykarl ke arah kafe Sunflower. Sebaik sahaja aku nak tolak pintu kafe, Rykarl tolong aku. Dia tayang wajah annoyed.
"Terima kasih."
Rykarl angguk faham. Sengaja aku pilih waktu pagi kerana aku tahu ini bukan shift Adam sekarang. Tak ke naya kalau Rykarl terserempak dengan Adam sekarang. Setelah selesai order, Rykarl tawarkan diri untuk bawa minuman. Aku hanya membenarkan sebelum kitorang melangkah ke arah pintu kafe. Tak sempat aku tolak pintu, langkah aku mati.
Wajah aku berubah pucat.
Hazel. Dan juga abang Adam. Shit! Macam mana boleh terserempak dengan mereka sekarang. Rykarl yang baru sahaja ingin menolak pintu kafe aku tahan. Laju aku tarik tubuh Rykarl ke arah meja yang berada di penjuru kafe.
"Hei, kenapa dengan kau ni Sha?" Nada suara Rykarl naik. Dia sedikit keliru.
"Diam. Kau ikut dulu aku."
Aku laju arahkan Rykarl agar duduk menghadap dinding sebelum aku duduk bersebelahan dengan Rykarl. Ya Allah, tolonglah biar diorang tak perasan akan kehadiran aku.
"Sha?"
Rykarl bertanya keliru apabila aku mula menempel di sebelah dia. Dia pandang aku dengan dua kening lebatnya naik. Ya aku tahu kau pelik Rykarl. Apabila Rykarl cuba berpaling, laju aku halang dia. Wajah Rykarl aku tekup kuat buatkan mata miliknya buntang.
Terkejut.
Ya, aku pun terkejut dengan tindakan aku Rykarl.
"Jangan pandang belakang Rykarl."
Aku tak nak kau buka gelanggang bertinju dekat sini Rykarl. Kuat aku gigit bibir, berdoa agar Rykarl mengalah dengan permintaan aku. Aku lihat pandangan Rykarl berubah lembut sebelum dia angguk perlahan kepalanya.
"Fine."
"Thanks."
"Tapi, kau kena cerita dekat aku nanti."
Aku angguk laju. Cuba memberitahu bahawa aku berjanji. Kedua kening lebat Rykarl sedikit naik, buatkan aku mengagak Rykarl senyum kecil di sebalik mask miliknya.
Setelah setengah jam berlalu, aku segera menyauk tangan kiri Rykarl ke dalam genggaman aku. Kami melangkah beriringan ke arah pintu kafe sebelum aku disapa dari belakang. Aku kenal suara tersebut.
Rykarl toleh. Dan aku juga toleh.
"Is that you Raysha?"
Alif. Dan dengan muka tersenyum milik dia. Laju aku hela nafas lega. Aku angguk kepala aku laju sebelum tunduk hormat.
"Maaf Alif tapi saya sibuk sekarang. Lain kali kita berborak."
Dan aku kuatkan genggaman tangan aku dan Rykarl sebelum kaki dilangkah keluar daripada kafe tersebut. Selamat.
YOU ARE READING
Ada Dia Di Sisiku (On Hold)
Short StoryMenyelematkan seorang lelaki yang cuba membunuh diri bukanlah niat utama Sha, namun segalanya berubah sebaik sahaja dia sedar lelaki tersebut adalah lelaki yang disukainya. Kisah ini mengenai seorang wanita bernama Sha yang tertukar telefon bimbitny...