"Adam."
Adam angkat wajahnya daripada lantai. Tangannya masih lagi memegang mop. Bibir merahnya tersenyum sebaik sahaja pandangannya jatuh pada wajah aku. Ah, handsomenya lelaki di hadapan dia.
"Saya balik dulu."
Adam angguk faham. Dia angkat tangan kanannya sebelum melambai pada aku.
Aku senyum kecil sebelum aku hulurkan sehelai sapu tangan aku pada Adam. Kening Adam berkerut melihat perbuatan aku namun dia angguk faham bila aku beri isyarat untuk lap peluh di muka dia.
"Terima kasih." Adam balas huluran aku sebelum sapu tangan tadi dia lap peluh di dahinya. "Jumpa esok Sha."
Aku diam.
"What if I didn't come tomorrow?"
Tubuh Adam beku. Dia pandang aku tajam. Seakan terluka. "Why?" Dan suaranya sedikit tidak sabar.
Aku ketawa kecil. Nevermind.
Aku geleng kepala aku perlahan namun Adam masih lagi dengan wajah seriusnya.
"Aku okay kalau kau tak datang esok."
Zap. Ayat Adam buatkan aku sedikit terluka. Aku lupa bahawa aku dan dia hanyalah kawan. Mata Adam tepat merenung wajah aku.
"Tapi aku akan rindukan kau nanti."
Mata aku buntang. Ayat yang baru sahaja dituturkan oleh Adam buatkan jantung aku berdegup laju. What.. sejak bila lelaki depan dia pandai rangka ayat macam ni. Aku rasa pipi aku mula panas. Segera aku larikan anak mata aku daripada memandang wajah Adam. Risau sekiranya Adam dapat menebak perasaan aku.
"Jangan bergurau Adam."
"Aku tak bergurau." Suara Adam tegas. "Well, kau kan kawan aku. Tentu aku akan rindu kau kalau aku tak nampak kau seharian."
Ah.. ayat Adam buatkan aku tersedar dari mimpi aku. Adam anggap aku kawan dia. Tapi aku sering harapkan lebih lagi daripada Adam. Lembapnya aku.
Kalau Adam gembira dengan persahabatan kami, mungkin aku patut mengalah. Aku senyum kecil pada Adam namun aku tak mampu sorokkan betapa kecewanya aku. Haih.. mungkin aku patut berhenti berharap.
"Saya gembira dengan ayat awak tapi saya minta maaf Adam. Mungkin saya akan jarang datang ke sini."
Kedua kening lebat Adam berkerut. Jelas dia keliru dengan ayat aku. "Kenapa?"
"Hmm.. awak boleh anggap saya cuba mengelak daripada bertembung dengan Luth. Tapi.." aku senyum senget. "Kita boleh je jumpa dekat luar. Saya pergi dulu."
Dan belum sempat Adam halang Sha daripada melangkah pergi, si perempuan sudah lari daripada dia. Ah, damn it. Adam menyumpah geram. Adam ketap bibirnya perlahan.
Ah, mungkin dia akan betul-betul rindukan Sha lepas ni.
Shit. Dia lupa minta nombor telefon Sha. Macam mana dia boleh jadi lembap sangat hari ni?!
-------------
"Abang tahu kau rapat dengan Sha kan."
Adam yang baru sahaja keluar daripada biliknya tersentak. Langkahnya mati sebelum badan ditoleh menghadap Luth yang berpeluk tubuh di hadapan dia. "Yes, I am. So what."
Luth hela nafasnya lama sebelum dia raup kedua wajah. "Boleh abang berjumpa dengan Sha?"
Adam sedikit tersentak. Kedua penumbuknya dikepal sebelum dia berpeluk tubuh di hadapan Luth.
"Tell me few reasons why should I let you meet her." Dan gigi diketap. Walaupun Sha pesan agar dia tak masuk campur, Adam masih lagi curious. Macam mana mereka boleh kenal. Apa hubungan mereka. Dan apa yang berlaku waktu dulu untuk buatkan hubungan mereka menjadi seperti sekarang.
YOU ARE READING
Ada Dia Di Sisiku (On Hold)
Short StoryMenyelematkan seorang lelaki yang cuba membunuh diri bukanlah niat utama Sha, namun segalanya berubah sebaik sahaja dia sedar lelaki tersebut adalah lelaki yang disukainya. Kisah ini mengenai seorang wanita bernama Sha yang tertukar telefon bimbitny...