Aku tahan mata aku daripada terkatup. Jujur aku hampir tertidur namun aku takut groupmate aku terasa. Aina di sebelah aku khusyuk mendengar ceramah daripada ketua kumpulan kami. Aku ketap bibir.
Kenapalah Rykarl ajak aku tengok movie semalam. Kalau tak, takdelah aku mengantuk sampai macam ni. Hish.
Perlahan aku keluarkan telefon bimbit aku sebelum aplikasi WhatsApp aku buka, cuba untuk hilangkan perasaan mengantuk. Sebaik sahaja aku baca mesej yang dihantar dari Rykarl, terus tegak tubuh aku.
"Guys, sorry. Aku kena balik dulu." Kalut aku meminta diri. Afiq, ketua kumpulan aku mengangguk faham sebelum dia berpesan agar bertanya pada ahli lain selepas ini. Kaki aku kalut melangkah keluar daripada dewan kuliah sebelum menghala ke arah kafe.
Rykarl pun satu, nak datang universiti aku tak pesan awal-awal. Aku takut ada perempuan lain datang kejar dia dalam kampus ini. Sebaik sahaja kaki aku menapak ke dalam kafe, mata aku jatuh pada satu figura yang selamba bersandar di dinding sambil bermain telefon. Cap hitam setia di atas kepalanya.
Aku hela nafa lega. Mujur tak banyak course yang ada waktu rehat sekarang.
" Karl."
Rykarl toleh sebelum bibir merah miliknya tersenyum. Tangan kanan diangkat menyapa aku. Aku berdecit geram. Selamba betul adik dia ni.
"Kenapa datang tak bagitahu awal-awal?" Suara aku sedikit naik. Rykarl yang kini berdiri tegak di hadapan aku senyum senget. Aku lihat dia tak bawa beg laptop dia. Mungkin dia tiada kelas hari ini.
"Saja. Aku nak ajak kau keluar makan hari ni." Dan Rykarl capai beg laptop aku sebelum disangkut pada bahunya. Tangan kanan aku dia capai sebelum digenggam erat buatkam kedua kening aku berkerut.
Pelik. Perangai Rykarl terlalu mencurigakan sekarang.
"Are you okay? Demam ke apa." Aku bertanya perlahan dan itu buatkan ketawa Rykarl pecah. Kami melangkah beriringan ke arah tempat parking kereta.
Rykarl toleh ke arah aku sebelum senyum sehingga matanya sedikit menyepet. "Salah ke aku datang nak jumpa kakak sendiri?"
Ayat Rykarl buatkan aku malas nak membalas. Fine. Aku cuma pelik bila Rykarl tiba-tiba datang ke kampus aku tanpa kabar berita. Ralit aku berbual dengan Rykarl sebelum Rykarl halang aku daripada melangkah. Aku pandang dia dengan pandangan bertanya.
Rykarl lirik kasut aku dan aku menurut.
Ah.. tali kasut aku terbuka.
"Wait a minute."
Rykarl angguk faham. Dia berpeluk tubuh di sebelah aku sebelum tiba-tiba sahaja ada satu figura yang melanggar aku dari belakang. Aku sedikit tergamam. Rykarl pula kalut membongkok untuk menyambut aku daripada terjatuh. Dan akhirnya aku terjatuh di atas paha Rykarl.
"Sha okay?"
Aku angguk perlahan.
Dan kami mendongak memandang figura yang selamba melanggar aku. Kedu. Aku hilang kata. Wajah aku berubah pucat. Dan begitu juga dengan Rykarl. Dapat aku rasakan Rykarl genggam kuat kedua lengan aku.
Perempuan yang berdiri tegak di hadapan aku pekup mulutnya dengan mata yang bergenang. Dia pandang wajah aku dan Rykarl bersilih ganti sebelum dia menangis. Ya, dia menangis sambil pandang aku dan Rykarl.
Apa yang paling mengerikan ialah betapa miripnya muka aku dan dia. Dan aku harap dia bukan apa yang aku fikirkan.
"Sha." Rykarl berbisik perlahan di belakang telinga aku. Dan aku tahu Rykarl juga berdebar. Aku balas genggaman Rykarl di lengan aku, memberitahu dia bahawa dia ada aku.
YOU ARE READING
Ada Dia Di Sisiku (On Hold)
Short StoryMenyelematkan seorang lelaki yang cuba membunuh diri bukanlah niat utama Sha, namun segalanya berubah sebaik sahaja dia sedar lelaki tersebut adalah lelaki yang disukainya. Kisah ini mengenai seorang wanita bernama Sha yang tertukar telefon bimbitny...