BAB 2

77 13 17
                                    

"Kenapa kau nak jumpa aku?"

Shahril pandang aku tepat. Aku lihat wajahnya sedikit teragak-agak buatkan aku mengeluh lemah. Lelaki memang suka buang masa aku.

"Shahril."

Shahril berdehem perlahan sebelum dia raup wajahnya kuat. Dia pusing tubuhnya menghadap aku sebelum tangan kanan direhatkan di stereng kereta miliknya. " Aku nak kau tahu sesuatu Sha."

Kedua kening aku berkerut. Aku peluk tubuh erat depan dia. " Tahu apa lagi?"

" Kau tak pernah terfikir ke macam mana Aniq boleh tahu kau suka dia."

Dan tubuh aku kejung sebaik sahaja mendengar nama lelaki tak guna tersebut. Damn. Aku benci dengar nama lelaki tu. Aku kepal kedua penumbuk aku sebelum gigi aku ketap. Sabar Sha. Perkara dah pun berlalu.

"Aku yakin Aniq tahu dari orang lain. Dia kan ada banyak kawan." Beku suara aku. Mata aku jatuh pada riba aku.

" Yes, we know that. Tapi siapa kawan dia tu."

Dan aku kaku. Ada betulnya soalan Shahril. Aku dongakkan wajah aku memandang Shahril.

"Kau tahu siapa dia?"

Soalan aku buatkan Shahril sedikit tersentak. Dia berdehem sebelum tangan kanan naik mengusap belakang leher. Janggal. Tak, lebih tepat dia seperti takut.

"Well, aku tahu tapi."

"Tapi?"

"Aku tak sure sama ada dia atau tak."

Dan jawapan Shahril buatkan aku lepaskan keluhan berat. Kecewa. Wajah aku raup lemah. Takde guna aku datang jumpa mamat ni kalau macam ni.

"Tapi apa yang aku mampu bagitahu sekarang, kau kena hati-hati dengan orang sekeliling kau."

Zap. Aku pandang Shahril tajam. Wajah aku tegas. "Apa maksud kau?"  Nada suara aku sedikit menggeletar.

Apa maksud dia dengan orang sekeliling aku? Takkan dia nak tuduh kawan aku pula.

No. Aku percaya akan kawan aku.

"Sha." Shahril pandang aku lama. Dia teguk liur sebelum aku lihat pandangannya mula berubah lembut. Seakan cuba untuk memujuk aku. "Aku yakin kau faham apa maksud aku Sha."

"Shahril!" Tinggi suara aku buatkan Shahril sedikit tersentak. Aku lihat dia sedikit mengundur sebelum badannya disandar pada sofa kereta." Woah, Sha. Rileks. Aku cuba bagitahu benda betul pada kau."

Dan aku ketap bibir erat. Tak mampu bersuara kerana aku takut aku kalah dengan Shahril. Kepal aku tunduk memandang lantai. "Betul ke.. apa yang kau cuba cakap ni?"

"I guess so. Tapi Sha, aku harap kau lebih hati-hati lain kali. Aku bercakap dengan kau sekarang sebagai seorang rakan. Aku rasa bersalah atas sikap Aniq. Believe in me, aku akan buat dia sedar apa yang dia buat sebelum ni salah."

Lembut Shahril cuba memujuk namun apa yang berlegar di fikiran aku sekarang ialah siapa dia yang cuba untuk jatuhkan aku. Siapa? Aku ketap gigi aku kuat. Aku percaya apa yang Shahril cuba luahkan kerana mana mungkin senang-senang Aniq dapat tahu aku pernah suka pada dia. He's too dumb to realise about my feelings.

Akhirnya aku lepaskan keluhan berat. Apa salahnya kalau aku percaya akan cakap Shahril. Lagipun dia yang cuba untuk lindungi aku sebelum ni.

"Shahril." Aku dongakkan kepala aku agar memandang dia. Senyum tipis aku ukir. Ikhlas.

"Terima kasih."

Wajah Shahril berubah. Namun hanya untuk sesaat sebelum laju dia palingkan kepalanya daripada memandang aku, buatkan senyuman aku pudar. Kenapa pulak dia mengelak daripada pandang aku? Hodoh sangat ke wajah aku? Aku lihat dia tekup bibirnya.

Ada Dia Di Sisiku (On Hold)Where stories live. Discover now