Sir Ridzwan senyum senget sebaik sahaja dia melihat reaksi aku. Dia peluk tubuhnya sendiri sebelum mengangguk faham. Tangan kanan dia diarahkan ke arah kerusi di hadapannya. "Have a sit. Saya faham awak mesti pening dengan keadaan sekarang."
Aku ketap bibir aku. Siapa yang tak pening kalau tiba-tiba je ada orang mengaku dia pak cik kau. Lagi satu, beza aku dengan sir Ridzwan tak jauh sangat. I bet he still in his early 30.
" First, I'm sorry. "
Aku sedikit terdiam.
" Kenapa sir nak minta maaf? " Suara aku sedikit kedu.
Dan dia senyum pahit kepada aku. " My sister was not a perfect mom. Saya akuinya dan dia juga bukan kakak yang baik however, can you forgive her? She has her own reason why she left both of you. "
Aku kaku. Kaki seakan terpasak di tanah. Tajam aku jeling wajah sir Ridzwan sebelum aku geleng perlahan. "Maaf tapi dia bukan ibu kami."
Diam. Ridzwan geleng kepalanya perlahan." It's funny to see you lying when you actually already know the truth." Sinis suara sir buatkan tubuh aku menggeletar menahan marah. "Look, she looks just like you. Hell, muka awak serupa dengan saya." Kepala sir sengetkan seakan menghina aku.
"You have to admit that she's your biological mother."
Ha.. dia nak main macam ni dengan aku rupanya. Aku tarik nafas dalam sebelum senyum aku cuba tarik. Wajah sir aku pandang lama. "Sir kata sir pak cik saya kan?" Aku tanya perlahan.
Dan sir Ridzwan anggukkan kepalanya. Aku melangkah ke arah sir sebelum kaki aku tepat berhenti di hadapannya. Wajah itu aku pandang lama. Aku akui wajah Sir Ridzwan seiras dengan aku namun perangai sir langsung tidak seperti aku.
"Can I ask why my mother left me and my brother?"
Sir Ridzwan sedikit terkedu. "I guess it best if you ask her directly, Raysha."
"What do you mean by that?"
Sir Ridzwan senyum. Senyum yang tak dapat aku tafsirkan langsung.
"She's right behind you."
Oh, shit. Tubuh aku beku.
" Raysha."
Suara yang memanggil aku buatkan tubuh aku menggeletar. Damn it! Tak guna punya Sir Ridzwan.
"Boleh Raysha pusing ke belakang?" Suara lembut itu bertanya.
Aku genggam kuat kedua tangan aku sebelum badan dipusing ke belakang. Dan mata aku bertembung dengan mata dia. Si dia yang mengaku dia ialah ibu aku dan juga Rykarl. Bullshit.
"Sha."
Wajah aku berubah kelat sebaik sahaja dia menyebut nama panggilan aku. Aku pandang tajam wajahnya dan itu buatkan kedua kening perempuan di hadapan aku terangkat. Seakan faham akan pandangan tajam aku. Dia angguk faham sebelum kedua tangan diangkat seperti menandakan dia menyerah.
"Rileks. Mama tak nak cari gaduh dengan anak mama sendiri."
Mama? Aku hampir muntah mendengar ayat si dia. Ya, akui dia ibu aku dan juga Rykarl. Wajah kami terlalu seiras namun dia bukanlah ibu yang baik.
"What do you want?"
Jeda.
Soalan aku buatkan perempuan di hadapan aku tersenyum lebat sebelum, Zap.
Tubuh aku kaku. Dia tarik aku kuat ke dalam pelukannya. Bau wangian yang dipakai oleh dia hampir buatkan aku sesak nafas. Badan aku menggeletar menahan amarah.
"Let me go!" Aku memberontak marah namun kuat dia memeluk leher aku.
"Jom tinggal dengan mama. Kita kembali ke England ya."
YOU ARE READING
Ada Dia Di Sisiku (On Hold)
Short StoryMenyelematkan seorang lelaki yang cuba membunuh diri bukanlah niat utama Sha, namun segalanya berubah sebaik sahaja dia sedar lelaki tersebut adalah lelaki yang disukainya. Kisah ini mengenai seorang wanita bernama Sha yang tertukar telefon bimbitny...