Dulu...
"Sha."
Aku sedikit tersentak. Tangan aku yang sedang mengangkat bagasi terhenti. Kepala aku toleh ke belakang sebelum mata aku bertembung dengan mata si pemanggil. Mata coklat itu bersinar sebaik sahaja dia lihat wajah aku dan itu hampir buatkan aku mengeluh.
"Shaaa!"
Zap. Tubuh aku ditarik ke dalam pelukan sebelum dia peluk kuat leher aku. Hampir aku hilang nafas.
"A.. abang.."
"Allah adik abang dah nak masuk asrama. Cepatnya masa berlalu." Suara Arfwan tersedu-sedan. Raysha yang mengadu untuk dilepaskan dia abaikan.
"Abang."
Arfwan toleh ke tepi. Wajah bosan Rykarl menyapa matanya. Rykarl pandang Arfwan atas bawah sebelum mata coklat cairnya jatuh pada wajah Raysha yang merah. Jelas Raysha sedang meminta tolong pada dia.
Selamba Rykarl tarik Raysha dari pelukan Arfwan sebelum dia tolak Raysha ke belakang badannya. Nafas dihela lemah sebelum bahu abangnya dia tepuk lembut. "Jangan kasar sangat dengan Sha. Kesian dia hampir takleh bernafas."
Arfwan angkat kedua kening sebelum dia intai aku yang di belakang badan Rykarl. Riak wajahnya berubah pucat apabila dia sedar akan wajah aku yang merah.
"Abang minta maaf."
Aku angguk faham sebelum lengan Rykarl aku tarik. " Sha boleh pergi dengan Rykarl dekat sekolah nanti."
Dan wajah Arfwan tersebik. Segera dia melangkah ke arah kami sebelum kali ini aku dan Rykarl dibawa ke dalam pelukan. " Mana boleh! Abang dengan Sha satu sekolah asrama, kita kena pergi bersama. Lagipun Rykarl kan sekolah lain."
Aku cebikkan bibir aku. " Fine. Abang naiklah dulu atas kereta. Sha nak berbual dengan Karl."
Arfwan patuh dan laju kelibatnya hilang di sebalik kereta. Aku toleh ke arah Rykarl sebelum wajah selamba Rykarl aku pandang lama. Kembar yang aku tak pernah faham akan perasaan dia. Rykarl usap kuat kepala aku bila dia sedar akan renungan aku.
" Maaf sebab tak satu sekolah dengan kau."
Aku diam.
Rykarl hela nafas lama sebelum dia sengetkan kepala dia. " Kau marah lagi?"
Mana aku tak marah bila Rykarl sengaja tak nak satu sekolah dengan aku. Selamba dia mintak sekolah lain bila dia tahu aku nak masuk sekolah lain.
"Nevermind."
Dam belum sempat aku melangkah, Rykarl tarik aku ke dalam pelukan sebelum belakang aku dia tepuk perlahan, seakan memujuk. "Sha, kau janganlah risau. Dekat sekolah sana kan ada abang. Aku yakin abang akan jaga kau baik-baik. Sebab dia kan abang kita, Sha"
Dan ayat Rykarl buat mata aku hampir bergenang. Shit. Ini hari terakhir aku di rumah bersama Rykarl kerana aku dan Rykarl akan jarang bertemu selepas ini. Rykarl memilih untuk menyambung pelajaram dia di MRSM manakala aku di SBP. Macam mana aku tak kecewa.
Aku balas pelukan Rykarl sebelum bau doa aku hidu buat kali terakhir. "Kau pun jaga diri. Kau tahu kan aku sayang kau."
Rykarl ketawa kecil.
"Aku pun sayang kakak aku yang manja ni."
Dan kami berpisah. Sempat aku tangkap mata Rykarl yang sedikit merah. Ah, Rykarl pun pasti akan rindukan aku.
--------------
Empat tahun berlalu dan kini abang sudah lama keluar daripada sekolah aku. Aku tak tahu kenapa, tapi kebelakangan ini abang seakan menjauh daripada aku dan Rykarl. Mungkin Rykarl tidak perasan kerana abang dan Rykarl tidak berapa rapat namun aku perasan.
YOU ARE READING
Ada Dia Di Sisiku (On Hold)
Short StoryMenyelematkan seorang lelaki yang cuba membunuh diri bukanlah niat utama Sha, namun segalanya berubah sebaik sahaja dia sedar lelaki tersebut adalah lelaki yang disukainya. Kisah ini mengenai seorang wanita bernama Sha yang tertukar telefon bimbitny...