"Does she came today? "
Jari jemari Ridzwan yang sedang menaip di atas laptop terhenti. Perlahan kepala diangkat sebelum pandangannya jatuh pada wajah kakaknya. Wajah yang kini kelihatan berumur itu berkerut. Seakan resah.
"Nope. " sepatah Ridzwan membalas sebelum jarinya kembali menyambung menaip. Thesis ini perlu dia siapkan hari ini. "By the way, kenapa akak kerap datang office Ridz. " Ridzwan bertanya perlahan.
Dia tahu akan jawapan Riana namun sengaja dia bertanya.
"Ridz, you know right. " nada suara Riana sedikit naik. Perlahan kerusi di hadapan meja Ridzwan dia capai sebelum diduduki.
"I guess so. " malas-malas Ridzwan membalas. Bukan apa. Dia faham kenapa Sha boleh marah. Dan dia sendiri tahu apa yang kakaknya lakukan salah. Namun, dia tidak dapat masuk campur. Itu urusan keluarga Riana, bukan dia. Dan Ridzwan juga bersalah dalam hal ini.
"Is it wrong for a mother to meet her children? "
Tap.
Ridzwan hempas kuat tangannya di atas laptop. Ah, ayat Riana hampir buatkan dia marah.
"No, it's not. " Ridzwan Cuba senyum walaupun dia yakin senyumannya kini kelihatan sedikit senget. Dia cuba menahan amarah.
Riana tidak terkesan dengan tindakan Ridzwan malahan dengan selamba dia sambung berbual. "Jadi kenapa dia tak nak terima kenyataan bahawa akak ibu mereka. "
Jeda. Lama. Riana angkat wajahnya sebelum Ridzwan yang menunduk memndang lama laptop dia renung. Agak pelik kenapa adiknya tiba-tiba sahaja diam. Baru sahaja Riana ingin berdiri, tindakannya terhenti sebaik sahaja Ridzwan mendongak.
Wajah beku Ridzwan buatkan Riana sedikit gerun.
"Do you remember how our mother abandoned us? " suara beku Ridzwan bergema di bilik tersebut.
Wajah Riana berubah. Hanya mendengar ayat Ridzwan buatkan darahnya menggelegak. Macam mana dia boleh lupa ibu seteruk itu. Meninggalkan dia dan Ridzwan yang masih lagi bayi. Dia cukup benci akan memori tersebut.
"Macam mana akak boleh lupa. " Riana berdecit marah.
Krekk. Ridzwan berdiri tegak sebelum dia mengemas laptop dan buku-buku di atas meja sebelum dimasukkan ke dalam beg laptopnya. Perlahan Ridzwan melangkah ke arah pintu bilik tanpa menghiraukan pandangan Riana yang jelas keliru dengan tindakannya. Sebaik sahaja tangan kana Ridzwan memegang tombol pintu, dia kaku untuk sesaat. Bibir digigit, cuba mengambil kekuatan untuk bersuara.
"And right now, you are acting like our mother. " kasar ayat Ridzwan.
"Ridz! " Riana menjerit marah. Tidak dia sangka adiknya akan samakan dia dengan ibu kandung mereka yang dia benci. "Ridz tahu yang kakak benci dengan ibu kita. " nada suara Riana jelas kedengaran dia marah. Teramat marah.
Ridzwan pejam matanya. "Yes, you are kakak. I can see her in you. "
"You know damn well why I leave them. Sebab akak nak besarkan Ridz,"
Shit. Sabar Ridz hilang. Dan inilah sebab kenapa dia benci bercakap dengan kakaknya. Kakaknya terlalu degil.
Bam!
Ayat Riana mati. Dia kedu. Tindakan Ridzwan menumbuk pintu buatkan lidah Riana kelu. Ridzwan jarang marah dan setiap kali adiknya marah, Riana mengaku dia takut. Kerana semenjak kecil adiknya sering mengikut kata-katanya.
"Stop using me as your excuse. I'm tired of it. " beku Ridzwan bersuara sebelum pintu ditolak. Ridzwan melangkah keluar dari biliknya meninggalkan Riana yang masih lagi terpinga-pinga.
YOU ARE READING
Ada Dia Di Sisiku (On Hold)
Short StoryMenyelematkan seorang lelaki yang cuba membunuh diri bukanlah niat utama Sha, namun segalanya berubah sebaik sahaja dia sedar lelaki tersebut adalah lelaki yang disukainya. Kisah ini mengenai seorang wanita bernama Sha yang tertukar telefon bimbitny...