"Cik."Dan bahu aku ditolak lembut. Aku cuba untuk buka kelopak mata sambil menguap kecil. Duduk aku betulkan sebelum aku angkat kepala, memandang orang yang dah kejutkan aku.
Wajah putih bersih seorang nurse perempuan menyapa mata aku. Nurse yang memakai nametag bernama Rose tersenyum manis pada aku. Lembut wajahnya buatkan aku balas senyumannya dengan mamai. Mata aku kerdipkan bertanya.
"Boyfriend cik dah sedar."
Zap. Tubuh aku tegak. Mata aku buntang.
"Boyfriend?"
"Encik Adam dah sedarkan diri."
Dan jelas mata aku bersinar. Aku tarik senyum lebar. Lega.
" Terima kasih banyak. "
Dan nurse bernama Rose tersebut senyum kecil sebelum dia lambaikan tangannya pada aku, meminta diri. Aku segera berdiri sebelum wad Adam aku tuju. Sempat aku capai beg kertas yang aku bawa dari rumah pagi tadi. Sebaik sahaja aku tolak pintu wad, mata aku jatuh pada Adam yang ralit duduk termenung.
Wajah lelaki tersebut aku lihat tegang.
Siapa sahaja yang gembira kan?
Aku berdehem perlahan, buatkan Adam toleh pada aku. Dan dia lempar wajah menyampah. Well, aku dah agak akan reaksi Adam pada aku.
Selamba aku melangkah ke arah Adam sebelum labuhkan duduk di kerusi yang terletak sebelah katil Adam. Adam hanya memerhati gerak geri aku dengan wajah tegang. Hampir aku letuskan ketawa namun aku tahan.
"Kenapa kau tolong aku semalam?" Garau suara Adam bertanya.
Aku angkat wajah aku sebelum wajah Adam aku teliti. Sedikit pucat. Namun tidak sepucat semalam. Aku lihat kali ini rambut ikal Adam sedikit kusut. Bed hair huh.
Aku peluk tubuh sebelum wajah Adam aku tentang. "Kalau kau ingat aku akan biarkan kau mati, kau silap."
Adam gigit bibir merahnya. Marah. Matanya tajam menikam wajah bosan aku. Sempat aku tangkap dia menyumpah aku perlahan.
"Kau tak nak bagitahu aku kenapa kau cuba bunuh diri?"
Diam.
Lama Adam diam buatkan aku mula bosan. Baru sahaja aku hendak berdiri, laju tangan kekar Adam sauk pergelangan tangan kanan aku. Menghalang aku daripada pergi. Aku pandang Adam dengan kening terangkat.
"What?"
Adam lepaskan keluhan lemah. Dia lepaskan pergelangan tangan aku sebelum dia jatuhkan kedua tangan di atas pehanya. Aku lihat dia sulam jarinya.
Gelisah.
Tapi kenapa?
"Adam?" Aku tak jadi untuk pergi. Duduk kembali dilabuhkan.
Dan Adam pekup wajahnya. Kuat. "Aku kena tinggal dengan girlfriend aku."
Damn. Sebab tu aje? Aku bukan main risau dia nak bunuh diri sebab apa? Padahal sebab ini sahaja. Adam tak sedar ke yang wajahnya kacak? Aku yakin ramai lagi perempuan nakkan dia.
Takkan hanya sebab seorang perempuan, dia cuba untuk buat keputusan bodoh. Entah kenapa perasaan suka aku pada Adam mula pudar. Tak, ianya berubah kepada simpati.
"Adam." Aku panggil lembut namanya namun langsung dia tak angkat wajahnya. Lama. Sebelum aku perasan bahunya yang sedikit menggeletar. Segera aku perhatikan wajahnya.
Dia menangis. Kerana seorang wanita. Dan ini buatkan aku muak.
Adam lembap.
"Adam. Kau fikir apa semalam sampai kau cuba bunuh diri?"
YOU ARE READING
Ada Dia Di Sisiku (On Hold)
Short StoryMenyelematkan seorang lelaki yang cuba membunuh diri bukanlah niat utama Sha, namun segalanya berubah sebaik sahaja dia sedar lelaki tersebut adalah lelaki yang disukainya. Kisah ini mengenai seorang wanita bernama Sha yang tertukar telefon bimbitny...