BAB 16

64 6 28
                                    

Dada Aina berdegup laju. Tubuhnya yang sedikit menggeletar dia abaikan. Fokusnya masih lagi kepada cerita Sha sebentar tadi. Dia tidak sangka kawannya pernah alami perkara begitu. Mata Aina panas.

Bersalah.

Berdosa.

Itu apa yang Aina rasakan sekarang. Macam mana dia boleh buat perkara tersebut pada Sha sebelum ni? Dan Aina pegang dadanya yang mula berdegup laju sebelum kepala disandar pada stereng kereta.

She fucked up. And she realized it.

Damn. Perasaan bersalah Aina yang menebal buatkan dia berdosa pada Sha. Dan kini dia sedar bahawa masalah yang dihadapinya hanyalah sekecil kuman. Hanya kerana dengki dia sanggup buat perkara tersebut pada Sha?

Dia boleh bayang wajah kecewa Sha sekiranya dia tahu akan perkara ni.

-----------

"Aku balik dulu ya." Adam senyum nipis pada Rykarl yang tegak berdiri di hadapan pintu utama. Wajah Rykarl teramat pucat dan itu buatkan dia risau namun si lelaki degil untuk menghantarnya sehingga ke pintu.

Rykarl angguk perlahan sebelum dia terbatuk kecil. Pipinya sedikit merah akibat demam.

Baru sahaja Adam memalingkan badannya untuk melangkah, namanya dipanggil oleh Rykarl. Langkah kaki Adam berhenti namun dia tidak menoleh.

"Terima kasih."

Lemah suara Rykarl.

Kedua kening Adam berkerut dan akhirnya dia toleh. Anak mata hitam pekatnya bertembung dengan anak mata coklat cair si lelaki. Wajah Rykarl sedikit kelam. Seakan wajah orang yang sedang menahan tangis. Makin Adam keliru dibuatnya.

Dapat dia lihat Rykarl mengepal kedua tangannya.

"Untuk apa?" perlahan Adam bertanya. Dia sedikit keliru. Buat apa Rykarl berterima kasih padanya sedangkan dia langsung tidak membantu apa-apa.

Soalan Adam buatkan Rykarl hela nafasnya perlahan sebelum wajah dipaling dari Adam.

"Terima kasih sebab tolong aku dan.."bibir Rykarl ketap kuat.

"Terima kasih sebab kau ada di sisi kakak aku. Aku tak mampu untuk sentiasa ada di sisi dia jadi aku berterima kasih sebab kau sanggup dengar cerita Sha dan.." Haih. Rykarl mengeluh lemah sebelum anak mata Adam dia cari.

"Terima kasih sebab kau tak lari dari dia. Ada sebab kenapa Sha tak suka berkawan dengan orang. Setiap kali mereka dengar akan kisah silam aku dan Sha, mereka selalu menjauhkan diri dari Sha. Jadi tindakan kau untuk stay dengan Sha memang aku hargai."

Adam sedikit terkedu. Penjelasan panjang lebar dari Rykarl buatkan dia sedikit segan.

Adam senyum lebar sebelum dia melangkah mendekati Rykarl. Tangan kanan diangkat sebelum dia usap kepala Rykarl lembut.

Kedu. Rykarl hilang kata. Dia pandang Adam dengan mata yang bulat.

"Listen here, aku dah anggap kau dan Sha macam kawan aku sendiri. Lagipun, kau ni adik yang baik pada Sha. Jangan lupa tu."

Mata Rykarl panas. Tindakan Adam buatkan dia teringat akan seseorang.

Dia yang telah lama meninggalkan dia dan Sha.

Arfwan.

Ah, akhirnya dia faham kenapa Sha boleh suka dan minat pada lelaki di hadapannya. Sikap Adam hampir sama dengan Arfwan sewaktu mereka masih rapat. Baik. Penyayang. Tapi sedikit tegas. Straight forward. 

"Terima kasih."Rykarl senyum nipis pada Adam.

-----------

"How about Raysha? Is she okay?" Shahril bertanya perlahan sebelum duduk dilabuhkan di sebelah Aina. Aina tersentak dan bahunya sedikit terjungkit. Perlahan kepala ditoleh ke arah kiri sebelum matanya jatuh pada wajah Shahril.

Ada Dia Di Sisiku (On Hold)Where stories live. Discover now