BAB 4

89 15 8
                                    

Aku tarik nafas lega sebaik sahaja aku labuhkan duduk di atas kerusi di dalam library. Perlahan aku letakkan buku milik aku ke atas meja sebelum beg aku letak di atas kerusi sebelah aku. Perlahan aku sandarkan badan pada kerusi sebelum aku capai telefon di dalam poket.

Aplikasi Instagram aku buka sementara menunggu kawan aku, Aina. Dia yang ajak aku lepak library tadi tapi sebenarnya aku tengah lapar. Nak pergi kafe, aku malas. Biasa waktu petang macam ni aku memang lepak dekat kafe Sunflower namun sebaik sahaja aku teringat wajah Adam, niat aku nak pergi kafe terbantut.

Aku hempas kepala sendiri di atas meja.

Serabut. Lapar. Marah.

Hampir seminggu aku tak lepak kafe Sunflower sedangkan waktu dulu kafe tu memang wajib aku pergi. Kopi Latte di kafe tu memang kesukaan dia.

Dan seminggu tanpa kopi latte dari kafe kegemaran memang buat aku merana.

Ralit aku termenung, bunyi mesej masuk menarik perhatian aku. Perlahan kepala diangkat sebelum aku buka aplikasi Whatsapp. WhatsApp dari Aina. Dah kenapa dia WhatsApp aku ni?

Dan aku terngadah sebaik sahaja aku baca mesej Aina. Badan aku menggigil. Marah. Lapar. Semua bercampur.

Laju aku berdiri sebelum aku kemas balik barang aku. Sebaik sahaja selesai, aku melangkah keluar daripada library. Taman aku tuju. Sambil aku berjalan, nombor Aina aku dial.

Marah.

Dan Aina juga laju menjawab panggilan aku.

"Assalamualaikum."

Langkah kaki aku mati. Aku jawab soalan Aina sebelum aku peluk tubuh, tak puas hati.

"Boleh kau bagitahu aku kau ada dekat mana sekarang?"

Soalan aku dibalas ketawa kecil dari Aina. Aina, sumpah tak lawak. Kawan kau sekarang ni dahlah tengah kelaparan. Ada aku makan perempuan ni.

"Kafe Sunflower."

Dan aku beku. Nafas aku sedikit sesak sebelum aku tepuk dahi sendiri. Ya Allah Aina lupa ke yang aku memang dah tekad tak nak pergi kafe tu? Takkan dia nak ajak aku lepak sana?!

"Apa yang kau buat dekat sana Aina?" Suara aku sedikit keras. Kecewa dengan Aina yang seakan tidak faham akan perasaan aku. Takkan Aina tak perasaan yang dia cuba mengelak daripada beertembung dengan Adam?

"Makanlah. Buat apa lagi. Kau fatang sini sekarang Sha." Selamba Aina mengajak buatkan aku rasa nak hentak beg laptop aku ke kepala Aina. Nafa aku lepaskan. Cuba bertenang.

"Kau buat-buat tak faham atau kau memang tak faham akan keadaan aku Aina?"

Aina diam sebelum aku dengar Aina mengeluh perlahan. " Takkan sebab seorang lelaki kau nak mengelak daripada datang kafe ni Sha? Kau datang sini untuk makan, langsung takda kena mengena dengan dia. Kau sanggup tinggal makanan demi lelaki?"

Aku jeda. Lama.

Soalan daripada Aina buatkan aku terfikir. Betul juga apa yang dia katakan. Takkan aku nak mengelak selamanya. Lagipun aku yakin Adam takkan tegur aku walaupun aku pergi kafe tu.

"Aina."

"Yes?"

"Aku sampai dalam 10 minit. Kau tunggu aku dekat sana." Dan dengan itu aku matikan panggilan. Telefon sendiri aku pandang lama. Telefon aku sentiasa mengingatkan aku pada kejadian malam Adam hampir bunuh diri.

Aku kena move on. Aku rasa Adam pun begitu. Mungkin dia cuba lupakan perkara yang buatkan dia teringat pada kejadian dia hampir bunuh diri. Lagipun siapalah aku untuk Adam layan. Aku hanya perempuan hodoh yang tiada siap nak pandang.

Ada Dia Di Sisiku (On Hold)Where stories live. Discover now