BAB 1

183 16 14
                                    

"People should fall in love while closing their eyes. "

----

" Aku benci perempuan macam kau."

Kedu. Kaku. Tubuh aku seakan hilang fungsi apabila mendengar ayat daripada lelaki di hadapan aku. Lelaki tersebut pandang aku atas bawah dengan pandangan sinis sebelum bibir merahnya ukir senyum tajam. Kaki dilangkah merapati tubuh aku sebelum dia rapatkan wajah kami.

Cukup rapat sehingga hidung aku menangkap bau dia.

Sitrus.

"Kau ingat dengan muka macam kau, aku boleh suka dekat kau? " Dia bertanya dengan nada perlahan. Amat lembut suara garaunya namun kedengaran tajam. Sinis.

"Jangan mimpilah Sha." Dan dia ketawa sinis di hujung ayat sebelum tubuhnya dijarakkan daripada tubuh aku. Rambut perangnya di dahi dia sebak ke belakang sebelum dia peluk tubuh.

Seakan menyampah dengan kehadiran aku di hadapan dia.

Aku ketap kuat bibir aku. Tangan kanan aku yang menggenggam tali tote bag aku kuatkan pegangan. Cuba menahan rasa malu yang menebal.

Tak, aku tak marah dia sebab tolak perasaan aku.

Aku marah dia sebab dia jatuhkan maruah aku depan orang lain.

"Aniq, aku rasa dah cukup."

Suara garau kawan lelaki tak guna di hadapan aku bergema. Shahril, kawan baik Aniq segera menyauk lengan Aniq sebelum dia pandang tajam wajah kawannya. Sesekali pandangannya jatuh pada wajah aku dengan satu reaksi yang amat aku benci.

Kasihan.

Tak, aku tak perlukan kasihan daripada kawan lelaki depan aku. Damn. Macam mana aku boleh minat lelaki tak guna ni.

"Kau ingat pesanan aku Sha, aku takkan pernah suka pada kau." Angkuh si Aniq bersuara sebelum bibir merahnya ukir senyum sinis pada aku. Dia cuba untuk tepuk bahu kanan aku namun laju aku menolak. Dia angkat kening kanan pada aku, seakan terkejut namun aku tahu dia hanya berlakon.

Macam dia tak kenal perangai aku macam mana.

"Sassy huh?" Dan ketawa sinis Aniq sekali lagi bergema. Dia angkat kening kanan dia pada aku. Mengejek aku dengan wajahnya buatkan aku hampir angkat penumbuk.

Sejahat mana pun aku, aku takkan pernah jatuhkan maruah orang lain.

"Tak sangka perempuan baik macam kau boleh suka dekat aku. Ingatkan kau ni alim sangat."

" Aniq!" Serentak suara Shahril dan aku bergema. Ini buatkan kami sekali lagi jadi tumpuan di dalam kafe kerana tafi si Aniq sudah buat hal dengan tumpahkan airnya di atas skirt aku. Memang aku marah namun aku bukan jenis cepat melenting. Manusia depan aku ni memang nak mencabar amarah aku.

"Stop, Aniq! Kau akan menyesal lepas ni." Shahril sauk bahu Aniq sebelum dia cuba pusingkan tubuh Aniq namun lelaki itu masih beku. Senyum sinis masih belum luntur.

"Kuat juga kau. Langsung tak marah aku." Dan dengan itu Aniq mengikut langkah Shahril ke arah pintu kafe. Aku ketap kuat gigi aku sambil memandang kelibat Aniq dan Shahril dari belakang. Hampir aku terduduk kerana terlalu marah namun aku yakin makin Aniq suka bila dia lihat aku marah.

Lelaki itu hanya ingin menguji kesabarannya.

Shit. Memang aku akan menyesal sampai mati pernah minat lelaki tak guna macam Aniq. Paling aku geram ialah macam mana dia boleh tahu yang aku minat dia. Aku tahu ada orang lain yang bagitahu dia. Tak mungkin senang-senang lelaki lembap tu tahu.

Ada Dia Di Sisiku (On Hold)Where stories live. Discover now