BAB 8

58 9 12
                                    

Aku melangkah bosan ke arah kedai buku tersebut. Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam namun suasana di sekeliling masih riuh. Aku hela nafas lama. Kalau bukan aku dah kehabisan pen, memang taklah aku jejak langkah ke dalam kedai buku ni. Hoodie aku tarik menutup kepala sebelum bakul aku capai. Bahagian pen aku tuju.

Dan tanpa sengaja aku terlanggar bahu seseorang. "Oh, sorry." Perlahan aku bersuara sebelum aku melangkah pergi.

Zap!

Aku tersentak apabila aku rasa lengan kanan aku disauk dark belakang. Automatik tubuh aku berpaling dan wajah aku berubah.

Adam. Macam mana aku boleh berjumpa dengan Adam dekat sini. Wajah Adam juga berubah namun senyum lebar jelas terukir di bibir merahnya. "Fancy meeting you here."

Aku ketawa kecil mendengar ayat Adam sebelum aku lurutkan hoodie di atas kepala aku. Adam pandang aku atas bawah. "Lepas ni kau balik rumah terus ke?"

Aku angguk perlahan. "Yes. I need to finish my assignment by tonight." Geram betul aku dengan assignment ni. Baru masuk degree tapi otak aku dah separa cair buat assignment.

Adam angguk faham. Dia sengetkan kepalanya sebelum bakul yang aku pegang dia tarik. Aku tersentak. "Jom aku temankan kau beli barang. Aku tengah bosan ni."

Ayat Adam buatkan aku ketawa. "Kau umur berapa sebenarnya? Asyik free aje aku nampak." Kami melangkah beriringan ke arah rak yang berisi pen.

"22 years old. Not that old tho."

Aku angguk faham. 22 tahun. Tua 2 tahun dari aku hmm.

"Kau?"

Aku angkat wajah sebelum sengih lebar pada Adam. "20 years old."

Adam pincingkan matanya sambil memandang aku. Seakan tidak percaya. Heh. Aku dah biasa dengan pandangan tersebut. "Are you sure? You look young tho."

Aku ketawa kecil. "Aku tahu."

Dan kami berborak panjang sebelum melangkah keluar daripada kedai buku tersebut. Aku tunduk sopan pada Adam, berterima kasih padanya kerana menemani aku. Belum sempat kami berpisah, Adam bertanya satu soalan pada aku.

Dan soalan Adam buatkan aku hilang kata.

" Do you have a boyfriend?"

Kening aku berkerut. Kenapa soalan Adam ni spontan sangat. Aku pandang wajah Adam dengan pandangan pelik. Adam segera larikan pandangan dia daripada aku sebelum berdehem. Dia usap belakang lehernya dengan tangan kanan.

" Aku tak ada maksud tersirat pun. It just, bahaya kau keluar malam-malam berseorangan."

Aku angguk faham. Adam dan sifat baik dia. Aku geleng kepala aku sebelum senyum pahit. " I never have a boyfriend in my entire life."

Wajah Adam sedikit terkejut. Ya, nampak sangat dia tak percaya dengan ayat aku.

" Yes. Aku masih single selama 20 tahun dah Adam. Kenapa?" Aku peluk tubuh tak puas hati. " Kau?"

Dan jelas Adam terkejut dengan ayat aku. Wajahnya berubah dan jelas aku lihat pipinya yang merah.

" Single. "

Aku angguk faham.

" Hazel?"

Zap. Wajah Adam berubah. Dia berdehem perlahan sebelum pandangannya dilarikan. Aku lihat Adam seakan tidak selesa sebaik sahaja nama Hazel disebut. Ah, silapnya kerana menyebut nama Hazel. Baru sahaja aku ingin meminta maaf, Adam terlebih dahulu memotong ayat aku.

"She's my first love. Tapi itu cerita dulu sebab dia dah tinggalkan aku." Suara Adam sedikit menggeletar.

"Kau masih contact dia?"

Ada Dia Di Sisiku (On Hold)Where stories live. Discover now