Apabila Hannah membuka mata, dia ditempatkan di sebuah hutan yang tenang dan cantik. Dirinya kini sedang duduk di salah satu dahan pokok besar yang sudah lama tumbang di atas tanah. Suhunya yang sejuk dan nyaman ditambah pula dengan kehijauan alam semula jadi membuatkan Hannah lebih selesa untuk berada di sini buat masa yang lama.
Hannah memejam mata dan menghayati bunyi alam. Bunyi kicauan burung memecah kesunyian di hutan itu. Angin yang sepoi-sepoi bahasa menyapa pipi gebu Hannah. Tiba-tiba bunyi derap kaki seseorang mematikan lamunan Hannah. Dia membuka mata dan mencari gerangan seseorang di situ.
Serentak dengan itu, suara sekumpulan manusia mengalunkan bunyi koir kedengaran. Bunyinya suara itu Hannah dapat mendengarnya yang datang dari langit. Hannah menajamkan mata ke arah susuk tubuh di hadapannya yang semakin jelas menunjukkan diri. Seorang lelaki perlahan-lahan mendekati Hannah dengan keluar di tempat persembunyian di sebalik batang pokok. Suara orang bersyair yang datang dari langit mengejutkan Hannah.
Matahari dan bulan beredar menurut perhitungan.
Hari ini matahari dan bulan akhirnya bertemu jua.
Maha suci Allah yang menjadikan gugusan bintang-bintang
Dan Dia juga menjadikan padanya matahari dan bulan yang bersinar
Sehingga hari kita melalui beberapa malam dan bintang
Kita boleh bertemu lagi...
Hannah terpana seketika melihat lelaki di hadapannya. Lelaki itu mengenakan baju tuksedo tanpa tali leher yang serba serbi berwarna putih. Terus Hannah mengenali wajah itu. Anehnya, dia tak tahu bagaimana dia boleh mengenali yang lelaki di hadapannya bukan Islam sebaliknya, seorang manusia biasa yang bernama Muslim. Mungkin disebabkan aura manusia dan aura roh agama kelihatan berlainan pada mata kasar Hannah. Dia mengikut rasa hati dan hati tak pernah menipunya.
Hannah bangun dari duduk dan mendekati Muslim. Muslim tunduk memandangnya. Mereka hanya merenung sama sendiri tanpa berkata apa-apa. Hanya berbicara melalui hati. Dan dari perbicaraan itu, mereka berdua akui yang mereka rasa gembira dapat bertemu lagi.
Tiba-tiba keadaan seolah-olah semakin mendung. Angin bertiup kencang membuatkan dedaun pokok saling berlanggaran. Kunang-kunang yang entah datang dari mana mengeluarkan bunyi getaran sayapnya dan bercahaya kuning.
Hannah dan Muslim menoleh kearah langit dan ternyata bulan dan matahari semakin mendekati antara satu sama lain. Pasti mereka saling merindui setelah sekian lama berpisah. Bulan semakin dekat dengan matahari sehingga terbentuknya cincin emas. Hannah masih terpukau dengan fenomena gerhana matahari. Sedang dia ralit merenung, satu tangan besar melindungi mata Hannah dari melihat gerhana matahari. Hannah menoleh ke arah Muslim balik. Muslim memberi pandangan yang penuh makna ke arah Hannah, dia berbuat begitu kerana merenung matahari dengan lama tak elok untuk matanya.Tiada kata-kata yang boleh menjelaskan bagaimana cantik dan tampannya mereka berdua yang dikelilingi oleh cahaya kunang-kunang dan sinaran gerhana matahari.
KAMU SEDANG MEMBACA
Datangnya Bersama Matahari
General FictionSambungan buku Selamat Bermimpi Bulan. Ini sangat aneh, aku sangat mencintaimu Aku ingin memberikan segalanya padamu Dan juga menjalani hidup untukmu Namun semakin aku melakukannya Aku tidak boleh menangani badai di hatiku - Muslim Alam semesta tela...