Bab 11

33 4 1
                                    

Hani berasa tidak senang hari ini sejak terjadi perbalahan antara dia dan Hannah. Dia hanya merenung biasannya di cermin dan membiarkan rambutnya didandan oleh pendandan rambut.

Apakah dia sememangnya tak layak untuk berkawan dengan orang yang lebih baik, lebih beragama darinya? Dia tak percaya bahawa Hannah juga sanggup menghakimi penampilan dan kepercayaannya kepada agama.

Memori pahit 8 tahun yang lalu kembali melukai hatinya yang mengingatkannya pada seseorang.

 Jurusolek mencalit gincu berwarna merah terang di bibirnya. Hari ini, dia mempunyai jadual yang padat iaitu penggambaran untuk jenama alat solek yang terkenal.

Dia segara menoleh ke belakang apabila terlihat dua orang staf lelaki masuk ke bilik persalinannya.

"Awak, boleh tak tolong saya belikan makanan? Saya laparlah."

"Boleh je. Nak makan apa?"

"Saya nak makan makanan yang rasa dia nyam nyam nyam nyam."

"Hah?", dua orang staf itu terperanjat.

"Nyam nyam nyam"

Dua orang staf lelaki itu memandang sama sendiri. Mereka berbincang dalam isyarat mata sebelum kedua-dua mengangkat bahu.

"Bagi je dia makanan apa-apa. Dia tengah lapar, sebab itu dia buat hal", manager kepada Hani yang muncul dari belakang berbisik perlahan kepada staf itu.

Mereka berdua mengangguk faham dan mengangkat kaki keluar.

Perut yang lapar Berjaya diisi. Hani dapat melakukan kerjanya dengan baik sekali. Berbagai gaya lentokan digayakan oleh Hani sambil memegang gincu. Sekejap muka ceria, kemudian bertukar dingin mengikut arahan pengarah dan fotografer.

Masa rehat. Hani menarik nafas lega. Juru dandan segera berlari anak menuju ke Hani mengipas Hani yang mula berpeluh kepanasan akibat lampu studio yang panas. Mekap di muka ditanggalkan dan akan digantikan dengan yang baru untuk sesi penggambaran yang seterusnya. Hani teguh berdiri sambil peluhnya dilap kemudian ternampak susuk tubuh seseorang yang sudah lama tidak berjumpa berjalan masuk ke studio. Keningnya berkerut kehairanan.

Pengarah yang bekerja bersama Hani tadi datang kepadanya memperkenalkan Nursya. Hani dan Nursya kelihatan terkejut melihat sesama sendiri.

"Hani, inilah pelakon baru yang I ceritakan itu."

"Oh ya, ke? You tak bagitahu pula namanya apa," Hani memandang sinis kepada Nursya."Ya lah, sebab I tak ingat. You nama apa entah?"

"Nursya," Nursya menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Hani dan dibalas dingin olehnya.

"Bila nak start?", Hani buat-buat bertanya padahal dirinya tidak mahu mengambil peduli pun.

"Soon enough. Hari ini datang sebab ada benda untuk dibincangkan."

Telefon sutradara Abdul Ghani berbunyi.

"You all bersembanglah dulu, ada orang call."

Selepas Abdul Ghani beredar, Hani mengisyaratkan juru dandan untuk meninggalkan mereka berdua. Nursya memandang Hani atas bawah dengan pandangan sinis.

"Apa pandang-pandang? Berani kau muncul balik depan aku?," Hani terus melancarkan serangan.

"Aku tak sangka pula yang suatu hari kau akan buka tudung. Aku pakai tudung tak tutup dada pun sekurang-kurangnya aku tak buka terus. Sepertinya kau pula jadi hipokrit macam yang kau selalu panggil aku dulu"

Datangnya Bersama MatahariTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang