"Puas hati?', Hannah mengerling tajam ke arah Hani sambil mengenakan tali pinggang keledar.
"Beban aku dah hilang sikit sebanyak 40%"
"Banyaklah kau punya 40%. Kau jangan buat lagi tau? Jangan malukan diri sendiri!"
"Malu tu letak tepi. Yang penting aku tak nampak dah bayangan dia. Benarlah seperti yang aku syak. Mak dia ada kena mengena dengan semua ni. Aku tak sangka makcik senah yang muka manis tu belakang-belakang ada kutuk aku kat anak dia. Yang mana sudah menjelaskan kenapa dulu mak dia ada juga letak status whatsapp seolah-olah perli dengan aku. Macam mana pula cara aku bersembang tu macam aku ni kurang ajar dengan orang tua? Nasib baik lah tak jadi kahwin dengan dia. Aku tak tahu pula dia ni anak mak."
Hannah mula memandu keluar dari kawasan rumah.
"Dia mesti ada tanya dekat mak bapak dia pasal kau. Takkanlah nak diam, bila tiba-tiba ada orang ajak kahwin dan dia dah setuju. Dia mesti minta nasihat mak bapak dulu. Lepas mak bapak dia kata nak anak menantu sekian-sekian...dia berubah fikiran, tolak kau dan blok terus."
"Tapi dia pernah cakap yang dia belum bagitahu mak bapak dia lagi."
Hannah memandang sekilas ke arah Hani.
"Hani... si ustaz selebriti tu terang-terang blok kau lepas janji taknak blok. Apa bezanya dengan situasi mak bapak dia tu?"
"Huh, dasar penipu!"
"Ada kerja ke?", Makcik Hijanah bertanyakan kepada Syafiq yang memakai stokin dan kasut pada waktu petang yang hening di hujung tangga. Makcik Hijanah pula ralit membaca sebuah jurnal di bangku yang terletak di tengah-tengah taman.
"Joging sekejap dah lama sangat tak beriadah. Berat badan pun dah naik", Syafiq bingkas bangun dan mula meregangkan otot.
"Berdasarkan cerita kamu tadi, padahal boleh je awak tolak dia dengan alasan yang dia ni masih bawah umur. Tapi awak dah tanya-tanya ibu bapa awak dan kalau tak disebabkan penolakan ibu bapa, kamu akan terima Hani, kan? Kamu sebenarnya sangat sayang dia kan?"
Terkaku sekejap Syafiq. Dia cuba senyum menghilangkan rasa kekok.
"Perasaan tak penting sebab ia datang dan pergi. Yang penting sekali restu ibu bapa. Mak dan ayah saya tahu mana yang terbaik untuk saya. Lagipun saya tak suka perempuan yang terlebih emosi"
Makcik Hijanah tergelak kecil. Dia menutup jurnal itu dan memandang Syafiq.
"Perempuan seusia itu, muda pula tu dan atas faktor hormon jaranglah jumpa yang tidak beremosi. Lebih-lebih lagi dengan orang yang dia sayang. Sebagai seorang pendakwah, kamu semestinya tahu fitrah perempuan ini macam mana. Disebabkan itulah lelaki jadi pemimpin dan jarang letak emosi di depan. Kamu juga kena ada sifat empati sedikit terhadap Hani, dia datang dari keluarga yang berpecah belah sebab itu bila kamu menolak dia dengan cara itu ia sangat mengancam dia punya keyakinan diri. Sedangkan kamu ada keluarga yang normal. Hani sebenarnya tak silap pilih kamu, kamu pun tak silap pilih dia. Tapi kamu terlalu menghukum dia sehingga tak tahu apa yang kamu nak sebenarnya. Nak puaskan hati orang tua kamu sampai lupa yang kesolehan kamu belum tentu kekal sebab kamu insan biasa. Kalau kamu fokus pada 'menjadi', kamu tak perlu risau walaupun kamu tak kenal Hani 100%. Ini kerana, perkahwinan itu sendiri ialah sebahagian daripada proses 'menjadi' bukan 'mencari'."
Dalam dengar tak dengar Syafiq mengangguk ringkas dan berjalan keluar rumah.
"Nasihat yang baik, makcik. Terima kasih"
Makcik Hijanah menggeleng perlahan.
"Budak-budak zaman sekarang...", gumamnya perlahan.
Din yang kononnya sedang membelek dedaun dan bunga di taman rumah padahal sedang memasang telinga tentang perbualan Makcik Hijanah dan Syafiq tersenyum lucu.
"Untuk seseorang yang dah lama mendara, pandai juga bagi nasihat perkahwinan dekat orang...aduh!", Din menggosok bahunya yang terasa pedih. Baru menyedari yang ada seketul batu kecil di tepi kakinya.
"Sakitlah maksu!", Din mencebik berura-ura ingin menangis.
"Padan muka. Siapa suruh ejek orang. Lagipun apa bezanya dengan kamu yang membujang sampai sekarang?"
Din membuat muka cemberut dan duduk berhadapan Makcik Hijanah. Makcik Hijanah tiba-tiba sahaja diam merenung satu lembaran dalam jurnal. Din membeliakkan mata. Dia mula perasan yang itu bukan sebarang jurnal.
"Maksu kenapa baca buku itu dekat luar? Depan Syafiq pula tu! Kan itu benda sulit."
"Relaks. Syafiq takkan perasan apa yang maksu baca. Yang penting sekarang ni...", Makcik Hijanah memusingkan buku untuk tatapan Din.
"Maksu tak sangka yang mereka berenam ni saling berkaitan. Yang jadi masalah sekarang, mereka adalah transmitter utama kita tapi tengoklah diorang ni bermusuhan sesama sendiri. Lebih-lebih lagi yang ni... Hannah, Hani, Nursya. Hani juga bermusuhan dengan Syafiq. Imad pernah terlepas cakap dekat maksu yang Nursya adalah bekas teman wanitanya yang mana hubungan mereka berakhir dengan agak teruk. Macam mana kita nak selesaikan masalah umat Islam kita kalau diorang ni semua dalam keadaan tak stabil?"
Jurnal itu kelihatan usang namun masih terpelihara hasil kepandaian Makcik Hijanah menjaga buku itu. Din meneliti satu muka surat itu yang memaparkan wajah Hannah, Muslim, Hani, Syafiq, Imad dan Nursya dalam satu muka surat. Paling mengejutkan ia adalah jurnal yang sudah wujud sejak abad ke-11!
Ingin mengetahui siapakah Makcik Hijanah dan anak saudaranya Din? Teruskan membaca jika ingin mengetahui jawapannya!
KAMU SEDANG MEMBACA
Datangnya Bersama Matahari
Ficção GeralSambungan buku Selamat Bermimpi Bulan. Ini sangat aneh, aku sangat mencintaimu Aku ingin memberikan segalanya padamu Dan juga menjalani hidup untukmu Namun semakin aku melakukannya Aku tidak boleh menangani badai di hatiku - Muslim Alam semesta tela...