Bab 14

27 3 1
                                    


Ramlah Mahmud...Ramlah Mahmud...Ramlah Mahmud...Ramlah Mahmud...


Hannah mengulang nama itu berulang kali dalam kepala sambil terbaring di katil. Bukannya dia tak pernah mengenali nama mak kandungnya, namun sejak akhir-akhir ni nama itu seperti pernah didengari dari mulut seseorang.


Tapi siapa?


Seingatnya, abah tak pernah menyebut nama itu.


Sudah berhari-hari dia melayari internet mencari nama mak kandungnya tapi ada beribu nama Ramlah Mahmud di media sosial. Mana satu maknya? Mana nak cari gambar lama maknya yang bernama Ramlah Mahmud ini?


Hannah dikejutkan dengan notifikasi dari telefonnya. Dia mencapai telefon di sebelahnya dan melihat gerangan siapakah yang mengganggunya malam-malam begini.


Ternyata Muslim yang menghantar sebuah link kepadanya.


Salam, sori tau ganggu. Kalau sudi dengarlah lagu yang saya baru compose di akaun soundcloud saya. Saya tak pasti sama ada lagu ni menepati taste awak ke tak, tapi saya harap awak suka <3


Hannah tersenyum senget. Dia lantas membuka link soundcloud itu dan mendengarkannya. Lagu jenis ritma perlahan rupanya. Suka! Suka!


Dia mendengar playlist lagu Muslim sambil bermain Facebook. Jarinya terhenti apabila ternampak sebuah post panjang yang memberi kesedaran tentang ajaran agama baru iaitu New Age Movement. Lebih menakutkan ia adalah gerakan mengislamisasikan amalan spiritual agama asing ke amalan Muslim. Baru-baru ini pihak JAIS menahan seorang wanita bangsa melayu juga seorang ahli motivasi terkenal yang dikenali sebagai Amy. Dialah orang pertama yang menyebarkan ajaran ini secara halus dalam setiap kem motivasinya iaitu Women Empowerment sehingga rahsianya terbocor. Dia juga ternyata ahli feminis.


New Age Movement adalah sebuah gerakan yang bersifat sinkretisme iaitu memetik elemen-elemen dalam ajaran agama khususnya melibatkan amalan spiritual dan eksoterik lalu diadun menjadi sebuah bentuk amalan di atas nama program motivasi untuk meningkatkan potensi dalaman, Law of Attraction, Feeling are Prayer, Self Empowerment, Stifin, menjemput rezeki dan juga menghindari elemen negatif di sekeliling.


"Uish.. Bahayanya dia ni", Hannah bergumam perlahan.


Hannah melihat foto Amy dalam post tersebut. Dah tua dah rupanya. Kurus kering dan tinggi lampai tapi rambut masih lebat dan panjang seperti rambut orang muda. Mungkin disebabkan dia selalu mengamalkan metaphysical Law of Attraction dia masih nampak menarik dan cantik seperti model majalah. Tapi Hannah tak mampu merenung wajah wanita itu lama-lama. Rasa sangat tak selesa. Kenapa? Hannah pun tak tahu.


Dia kembali membaca posting Facebook yang lain.


Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
Datangnya Bersama MatahariTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang