Bab 20

29 2 0
                                    

Di hujung tangga, Hani memerhati Ethan dalam diam. Lelaki itu menghulurkan bantuan kepada Hani dengan menyapu sisa kaca dan hablur halus di lantai. Blazernya digantung tempat gantungan dengan lengan bajunya dilipat sehingga ke siku.


Hani mengetap bibir dan matanya bergenangan air mata. Sebaik sahaja Tuan Yahya dan isteri baharunya beredar, Puan Rania mengunci dirinya dalam bilik. Kini, hanya tinggal Hani dan Ethan berdua di ruang tamu.


Ethan menarik nafas lega apabila kerjanya siap. Terasa diperhatikan dia menoleh ke belakang dan mengukir senyuman ke arah Hani.


"You're okay?"


Hani mengangkat bahu. Dia tersenyum pahit dan berjalan lemah longlai menuju ke Ethan. Cuaca musim luruh kini sudah semakin sejuk sehingga ke tulang hitam. Hanya seunggun api yang mampu menerangi dan memanaskan rumah dingin itu.


Mereka berdua melayan perasaan dengan merenung api yang marak. Seluruh rumah sudah ditutup lampu pada waktu malam kecuali api tersebut. Tangisan yang ditahan akhirnya terhambur jua.


Mata coklat Ethan cepat melirik risau kepada Hani. Namun dalam sekelip mata, Hani menelan kembali kesedihan itu dan berhenti menangis. Wajahnya beriak biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.


Ethan kehairanan. Dia berasa tidak berpuas hati melihat keadaan Hani.


"Cry it out..."


"No!", suara Hani meninggi. Dia menarik nafas dalam-dalam, mula menyesali akan perbuatannya menengking Ethan.


"No...", dia berbisik.


"I'm fully aware of my current situation. My family is falling apart. Keeping a positive mind is the best I can do right now."


Mulut Ethan ingin membantah namun dia memilih untuk berdiam diri. Dengan fikiran Hani yang sedang tidak stabil adalah lebih baik untuk tidak berkata apa-apa.


Isu Tuan Yahya berkahwin dengan isterinya yang kedua bukanlah satu-satunya punca Puan Rania mengamuk

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Isu Tuan Yahya berkahwin dengan isterinya yang kedua bukanlah satu-satunya punca Puan Rania mengamuk. Puan Rania merasakan hanya dia seorang yang berjuang mempertahankan rumah tangganya tanpa kehadiran suami di sisi disebabkan sentiasa menghilang serta menyibukkan diri dengan urusan tabligh sehingga Tuan Yahya lupa akan tanggungjawabnya membayar nafkah isteri dan anaknya lebih-lebih lagi Puan Rania yang sudah berbulan-bulan tidak terima nafkah batin.

Datangnya Bersama MatahariTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang