Bab 9

37 4 3
                                    

Bunyi deringan loceng dari telefon berjaya membuatkan Hannah terbangun. Dalam keadaan matanya kuyu mencari telefon, dia memeriksa jam di telefon. Sudah pukul 5.30 pagi. Dia mengeluh. Terasa sekejap sangat masa tidurnya.


Hannah bangun dari katil dan segera menunaikan solat subuh setelah azan berkumandang. Dalam pukul 7 pagi ketika Hannah sedang membuat kopi di dapur di Writers Retreat, Adelia masuk ke dapur. Dia terperanjat melihat Hannah sedang berdiri di dapur.


"Eh, Adelia tidur kat sini juga ke?"


"Ya, Kak Hannah pun tidur sini? Tak dengar pula Kak Hannah masuk"


"Akak masuk pukul 1 pagi semalam. Maklumlah, deadline nak dekat", sengihnya.


"Betul, kak... samalah dengan saya ini. Entah bila boleh siap."


Hannah tergelak kecil. Adelia kembali ke biliknya selepas membancuh teh. Dia mengintai di sebalik tingkap dapur yang terletaknya rumah Musicians Retreat yang masih belum ada penghuni. Rumahnya lebih kepada tempat untuk bilik komposer. Nasib baik biliknya kedap bunyi. Tak adalah bising sangat dan menggangu konsentrasinya ketika sedang menulis.


Hannah menghirup nescafe panas. Bunyi notifikasi di telefonnya membuatkan dia terhenti dan membuka mesej yang diterima.


Kamu tak tidur sini ke semalam?


Hannah mengeluh. Dia pantas menjawab pertanyaan abahnya.


Tak, mulai sekarang Hannah tak tidur kat rumah. Kena duduk kat writers retreat sebab tarikh deadline makin dekat.


Hatinya kembali panas membara apabila teringat kejadian semalam. Dia mula stress apabila memikirkan dirinya ditugaskan untuk berjumpa dengan bakal isteri abah. Bila masa yang sesuai dia patut pergi? Atau patutkah dia hanya buat tak tahu saja?


Hannah meluru ke arah peti sejuk. Lidahnya terasa ingin memakan makanan manis. Baru teringat yang dia ada beli aiskrim Wall's Selection Hersheys. Perisa kegemarannya sepanjang zaman. Malangnya, apabila dibuka sebalang aiskrim tiba-tiba hilang. Hannah jadi pelik sendiri.Apabila terdengar Azam mula masuk ke ruang tamu, cepat-cepat Hannah menyapanya dari dapur.


"Azam, semalam ada orang makan aiskrim ke yang ada kat peti sejuk?"


"Semalam? Ada! Muslim yang makan sampai habis! Pelahap betul dia itu. Tadi aku baru jumpa dia kat parking. Kejap lagi dia sampai," Azam membuka pintu keluar dari dapur dan pergi terus ke Musician Retreat.


Hannah tak mampu membendung kemarahannya. Sikit lagi nak meletup. Dia paling pantang apabila makanan yang dia dah lama mengidam tak dapat dimakan lebih-lebih sebab ada orang habiskan. Jangan main-main bab makanan!


Hannah berdiri membelakangi Muslim yang mula masuk dapur sambil mengacau kopi dengan sudu teh. Muslim yang melihat belakang Hannah senyum dengan gembira.


"Hannah? Hannah Hannah Hannah Hannah!", Muslim memanggilnya berkali-kali sehingga dia menyahut.


Datangnya Bersama MatahariTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang