Dua minggu kemudian...
Hani mematikan panggilan telefon dari pihak Westminster School selepas mereka berbual selama beberapa saat. Dia bergegas mendapatkan Puan Rania di dapur.
"Mama, Hani dah diterima masuk ke Westmisnter!"
"Alhamdulillah...",Puan Rania memanjatkan kesyukuran.
Hani tidak menyangka yang dia akan diterima baik oleh sekolah itu, kerana dirinya berasa yang dia telah menjawab ujian kemasukan sekolah dengan agak teruk.
Dia telah mengambil ujian tiga subjek iaitu Matematik, Kimia dan Fizik. Ia merupakan peperiksaan yang agak sukar setanding dengan ujian di pengajian Oxford.
Subjek matematik mempunyai 20 soalan yang agak sama dengan soalan General Certificate of Secondary Education (GCSE) tetapi soalan di penghujungnya semakin sukar untuk dijawab.Soalan untuk subjek kimia dia dapat menjawab dengan agak baik kerana hanya berdasarkan pengetahuan am tentang formula kimia yang mana Hani telah menggunakan peluang yang ada untuk mengingati setiap darinya sebelum menduduki peperiksaan.
Namun dia menghadapi cabaran yang besar apabila menjawab soalan ujian fizik. Baginya itulah subjek paling sukar buat dirinya terutama apabila melibatkan topik kuasa eletrik. Tambahan pula, dia kehabisan masa untuk menjawab termasuk calon peperiksaan yang lain. Kepalanya kerap menoleh ke projektor besar di hadapan yang memaparkan masa yang sedang berlalu. Situasinya berasa amat tegang sehingga dia hilang selera untuk menjamah biskut yang disediakan oleh pihak sekolah semasa waktu rehat.
Belum lagi diceritakan bagaimana kekok dan kelam kabutnya seorang Hani apabila ditemubual oleh pihak sekolah Winstmenster. Tetapi, dia sempat mencuri pandang ke arah markah yang dicoret atas kertas peperiksaan fizik miliknya. Matanya hampir terbeliak melihat dia hanya mampu mencapai 35 daripada 100 markah.
Namun, selepas habis ditemu bual, baru dia mendapati bahawa keputusan markahnya itu daripada 50 markah. 30 per 50... Eh, boleh tahan juga lah kan?
Seminggu kemudian tanpa disangka, dia diterima masuk ke tempat pengajiannya yang terletak beberapa minit dari kediamannya. Ibunya akan menjadi peneman Hani ketika dia pergi dan kembali dari sekolah.
"Oh, ya. Mana papa? Dah lama tak nampak dia balik?"
Puan Rania yang membelakangi Hani menyorok wajah dukanya sambil tangan asyik mengacau nasi goreng. Dia berpaling memandang wajah polos anaknya dengan senyuman palsu terukir di bibir.
"Papa kebelakangan ni banyak ikut persatuan tabligh. Jadi makan masa beberapa bulan jugalah untuk dia balik. Tak sangka kan di tengah kota London pun ada tabligh tu?"Puan Rania mencedok nasi goreng ke pinggan kosong dan beri kepada Hani.
Hani yang tidak menyedari akan raut wajah ibunya terus menyambut pinggan dengan senyuman ceria. Dia juga menolong Puan Rania menyediakan hidangan di meja makan walaupun hanya mereka beruda sahaja yang akan menjamah sarapan nanti.
KAMU SEDANG MEMBACA
Datangnya Bersama Matahari
Genel KurguSambungan buku Selamat Bermimpi Bulan. Ini sangat aneh, aku sangat mencintaimu Aku ingin memberikan segalanya padamu Dan juga menjalani hidup untukmu Namun semakin aku melakukannya Aku tidak boleh menangani badai di hatiku - Muslim Alam semesta tela...