Bab 16

49 3 4
                                    

Hani sedang sibuk syuting peragaan salah satu fesyen jenama terkenal di Malaysia. Seperti itu lah rutin hariannya setiap hari, pasti ada sahaja tawaran syuting iklan mengenai pelbagai kategori. Nasib baik dirinya masih lagi ada sifat malu untuk tidak menerima tawaran untuk peragaan baju dalam. Tak sanggup rasanya!


"It's a wrap! Thank you, Hani! You're doing a great job...", fotografer lelaki itu menepuk tangan diikuti oleh semua staf di studio itu.


Hani tersenyum gembira bercampur lega. Dia pantas menanggalkan jaket kulit, hanya baju t-shirt putih dipakai di tubuh. Managernya, Leah mendekati Hani dan menuding jari telunjuknya ke arah seseorang yang tercegat di belakang lampu studio.


"You kenal tak tu siapa? Dari tadi lagi dia macam tunggu you."


"Mana? Eh, kenallah. Kawan I  tu!"


Hani terus mencampak jaket ke tangan Leah dan berlari mendapatkan Hannah.


"Hani... aku nak minta maaf...Ugh!"


Terkejut Hannah apabila tubuhnya terus ditarik ke dalam pelukan. Dia hanya tergelak besar dan membalas pelukan Hani.


Hani meleraikan pelukan dan memegang bahu Hannah.


"Lama ke kau tunggu? Kenapa tak bagitahu? Sorry tau? Aku kalau syuting memang tak nampak orang belakang sebab silau dengan lampu ni."


"Adalah dalam sejam. Tak apalah. Seronok juga tengok kau posing sakan. Memandangkan kau dah banyak bekerja keras, ni aku hadiahkan cheese tart untuk kau."


Hani terjerit kesukaan dan mengambil sekotak cheese tart dari tangan Hannah. Hannah sudah masak dengan perangai Hani yang masih tak berubah sejak zaman sekolah.


Mereka berdua melepak di salah satu kafe berdekatan. Dua sahabat ini betul-betul terlupa yang mereka baru sahaja ada persengketaan yang hebat beberapa minggu lepas. Namun, itu bukanlah penghalang untuk mereka berbaik semula.


Perbualan hampir setengah jam selepas makan berubah ke arah topik mengenai Nursya.


"Weh, kau tahu tak Nursya sekarang dah start berlakon drama?",Hani mulakan gosip.


"Tak. Drama apa?"


"Tajuk apa entah. Tapi drama tu adaptasi novel mak dia. Katanya, mak dia buat watak heroin tu berdasarkan karakter Nursya sendiri. Aku syak memang dia yang rekomen kat produser pasal anak dia. Dia punya level syok sendiri tu fuh! Mak dengan anak sama naik je."


Hannah tersengih diikuti dengan hilaian ketawa Hani.


"Cakap pasal mak,kan... aku baru teringat nak bagitahu kau. Bila kau tak sibuk, boleh tak kau teman aku jumpa bakal mak tiri aku?"


Hani mendekatkan diri ke meja. Seperti tak percaya apa yang baru sahaja didengari.


"Oooo...akhirnya dah terbuka juga hati seorang Hannah untuk terima orang baru. Boleh je."

Datangnya Bersama MatahariTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang