Bab 15

49 4 1
                                    


"Cepatlah angkat, Imad...", Nursya merungut perlahan.


Namun penantiannya hanya sia-sia. Imad tak mahu mengangkat panggilannya. Nursya mengeluh. Dia hanya mampu pasrah. Memang patut pun dia diperlakukan sebegitu rupa setelah apa yang Nursya lakukan padanya ketika kali terakhir mereka bersua muka. Selepas bertahun-tahun menyepi, ini kali pertama Nursya ingin bercakap dengannya.


'Jadi bukan aku seorang sahaja yang mempunyai mak yang bermasalah. Ternyata Imad juga ada bapa yang perangai lebih kurang sama macam mama.'


Nursya agak terkejut dengan berita tentang Imad yang viral di seluruh Malaysia. Tujuan dia menelefon Imad hanyalah sekadar untuk bertanya khabar, walaupun dia tahu kenapa Imad tak mahu bercakap dengannya.


Bukankah itu sahaja kepakaran sebenar Nursya? Menolak dan berkelakuan dingin dengan orang yang dia sebenarnya kasihi namun hanya disebabkan orang itu tidak membawa apa-apa manfaat padanya dia sanggup memperlekehkan orang yang benar-benar ikhlas dengannya.Dan Imad bukanlah orang pertama dia menolak jauh dari hidupnya.


Hani.Hannah.


'Kenapa dengan aku ni? Macam mana aku mahu hapuskan keegoan aku ni?'


Sebenarnya, ia lebih kepada... bagaimana dia mahu mengelak ibunya dari masuk campur urusan hidupnya. Kerana itulah sebab sebenar yang mempengaruhi setiap keputusannya.


"Putus dengan Imad sekarang. Mama tak suka dia. Awak tak sesuai dengan dia. Dia bukan menantu ideal mama."


"Jangan kawan dengan Hani dan Hannah tu. Awak cuma boleh bergaul dengan orang istimewa dan setaraf dengan awak. Mereka berdua tu bukan."


"Kawan dengan Hannah sekejap je. Kita boleh gunakan dia untuk mencapai matlamat dan tujuan kita untuk membangunkan syarikat penerbitan kita."


"Hannah pukul awak? Lepas tu awak lawan balik tak? Tengok, sebab tu mama kata jangan kawan dengan diorang. Diorang sebenarnya dah lama dengki dengan awak. Sebab tu kena dengar cakap mak!"


Nursya menggenggam telefonnya sekuat hati. Pemandangan bandar Kuala Lumpur pada waktu malam di sebalik tingkap ofisnya semakin kabur akibat air matanya yang bertakung menunggu masa untuk tumpah. Cuba melawan perasaan bersalah yang dipendamnya selama bertahun-tahun.


Pintu pejabatnya dibuka oleh Puan Anita. Cepat-cepat Nursya mengesat air mata yang laju menuruni pipi dan teruskan merenung tingkap dan bereaksi seolah tiada apa-apa yang berlaku. Dia menegakkan badan dan berdiri lurus membelakangi Puan Anita.


Puan Anita tersenyum nipis dan mendekati Nursya. Beliau mengusap kepala anaknya dan berdiri di sebelah. Turut memandang pemandangan malam bandar.


"Awak tengok tak berita pasal Imad tadi? Nasib baik dia tak jadi nak kahwin dengan awak. Rupa-rupanya memang anak derhaka", Puan Anita tergelak sinis.


Ringan sahaja mulut Nursya ingin membalas sindiran ibunya namun dia sedaya upaya ditahan. Dia khuatir sekiranya dia berbuat demikian, Puan Anita dapat menghidu sesuatu darinya. Yang sebenarnya Nursya menyukai Imad.

Datangnya Bersama MatahariTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang