Bab 8

40 4 1
                                    


Hannah dan abahnya duduk berteleku di sofa. Mereka berdua mendiamkan diri selepas Abah memberi permintaan kepada anaknya untuk datang melamar ke rumah bakal mak tirinya.

 Alamat itu sudah pun diberi kepada Hannah melalui whatsapp. Air mata yang mengalir di pipi cepat-cepat diseka sebelum abah ternampak. Dia cuba berlagak biasa.

"Hannah ok ke dengan keputusan ini?"


"Hannah ada pilihan ke? Kalau Hannah tak nak, abah mesti nak kahwin juga kan?", katanya dengan nada pedih.


Abah terdiam. Melihat abah diam, Hannah tak mampu berpura-pura lagi. Terus dia menghamburkan tangisan.


"Kalau mak ada lagi, mesti Hannah tak payah hadapi situasi ini lagi", Hannah menangis teresak-esak.


"Sebenarnya bukan itu sahaja abah nak panggil kamu berbincang. Ada benda yang abah nak bagitahu. Abah Cuma tunggu masa yang sesuai untuk beritahu."


"Apa dia lagi?", Hannah mula rasa tak sedap hati.


"Mak kamu sebenarnya ada lagi..."


Jantung Hannah bagai terhenti berdegup.


"Kami dah berpisah lama dah selepas beberapa bulan kamu dilahirkan."


Hannah bangun dari duduk. Dia tidak peduli apa alasan ibu bapanya bercerai, apa yang berada di mindanya hanya ingin berjumpa dengan mak. Maknya masih hidup!


"Selama ini Hannah ingat mak dah tak ada walaupun abah tak pernah cakap dia dah meninggal. Mak kat mana sekarang? Hannah nak jumpa dia."


"Tak boleh", abahnya menggeleng.


"Kenapa?!", Hannah mula rasa ingin memberontak.


Hannah mundar mandir ke kiri dan kanan. Dia meramas rambutnya. Air mata semakin lebat mencucuri pipi.


"Abah tak benarkan. Kalau tak kamu akan menyesal nanti."


Nasihat bapanya tak mampu diterima akalnya. Dia memandang kea rah abah dengan mata yang basah.


"Jadi, berikan alasan kenapa Hannah tak boleh jumpa mak sendiri?"


Abah menggenggam tangannya dengan kuat. Perasaan menyesal mula menjalar dalam diri. Dirinya kini mula berada dalam dilemma yang besar. Sama ada mahu meluahkan kebenaran atau masih mahu disimpan.


Hannah mendengus dalam keadaan tak percaya. Masih lagi mahu biarkan dia tertanya-tanya membuatkan kesabaran Hannah mula menghilang. Cukuplah selama 25 tahun tersimpan rahsia!


"Hannah masuk bilik dulu", dia terus melangkah ke arah biliknya. Tanpa abah ketahui, Hannah sedang merancang sesuatu.


Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
Datangnya Bersama MatahariTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang