Bab 3

84 6 1
                                    


Tuan Hassan dan Zulkarnain berjalan dengan pantas menuju ke arah kepala meja dan mula mengambil tempat masing-masing.


"Maaf ya semua orang sebab mengambil masa yang lama. Baiklah, tanpa membuang masa mari kita mulakan agenda kita hari ni. Zulkarnain."


Zulkarnain cepat faham arahan bosnya. Dia bangun dari tempat duduk, membuka suis slideshow dan mulakan pembentangan.


"Hari ini saya ingin melaporkan prestasi MoonBook Enterprise dan MoonEntertainment. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya kedua-dua industri buku dan industri muzik kita sudah dapat pencapaian yang tinggi setelah bertahun-tahun kita meletakkan usaha yang berterusan. Tahniah semua."


Semua yang hadir bertepuk tangan tak ketinggalan juga  yang bersorak.


"Kita punya produk sama ada buku atau lagu ditargetkan untuk semua lapisan umur tapi menurut laporan, telah terbukti bahawa lebih ramai pembaca dan pendengar di kalangan remaja berbanding dewasa."


"Eh, kenapa? Orang dewasa tak suka ke kami punya?", Soal Azam mewakili pihak staf MoonEntertainment dan MoonBook Enterprise.


"Untuk MoonBook Enterprise, orang dewasa lebih minat cerita cinta atau watak lelaki yang mempunyai karisma tinggi."


"Oh...", semua angguk faham dan mencebik kerana mereka tahu mereka bukan penulis yang macam tu. Cerita cinta yang menghanyutkan bukanlah pilihan untuk MoonBook Enterprise.Tuan Hassan tersenyum melihat gelagat anak buahnya.


"MoonEntertainment pula lagu-lagu kita ni tak menepati cita rasa pendengar dewasa yang tak lebih dari umur 40 tahun ke atas. Kedua-dua industri kita ni semuanya menepati cita rasa dan jiwa remaja sebenarnya. Benda ni sangat baguslah kerana kita menjadi sumber untuk mereka yang dahagakan ilmu, mencari identiti mereka, mengenali diri mereka yang sebenar, mencari potensi mereka dan kita juga yang menjadikan mereka untuk bersiap sedia menghadapi alam dewasa nanti. Ini menunjukkan remaja bukanlah generasi bermasalah seperti yang masyarakat sangkakan. Oleh itu, mulai sekarang kita mahu gunakan pendekatan remaja dengan lebih rapat kerana remaja adalah masa depan negara."


"Jadi macam mana kita nak capai objektif ni?", soalan Hannah menarik perhatian semua orang.


"Baik. Langkah pertama kita kena buat adalah buat lawatan sekolah menengah dan kampus di seluruh Malaysia. Maka ini adalah jadual yang saya nak serahkan untuk semua penulis dan ahli muzik yang lain. Setiap seorang ada jadualnya sendiri jadi mungkin akan ada gandingan dengan sesama kamu atau kamu seorang sahaja."


Zulkarnain menghulurkan beberapa helai kertas untuk semua orang. Hannah meneliti jadual lawatannya yang sudah disiapkan untuk sepanjang tahun. Padatnya!


Terasa Muslim semakin mendekat dengan dirinya, Hannah menurunkan kertas dan memandang Muslim. Muslim menunjukkan tarikh dengan jari telunjuknya di mana hanya mereka berdua sahaja ada lawatan di sekolah.


Hannah hampir ketawa dan mereka berdua bertukar senyuman sebelum kedua-duanya mula fokus di hadapan.

Datangnya Bersama MatahariTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang