Maka, termeterailah perjanjian antara Tuan Yahya dan Puan Rania iaitu sekiranya Puan Rania inginkan penceraian, Puan Rania mesti menyerahkan hak penjagaan anak perempuan mereka di bawah Tuan Yahya sehingga Hani habis tempoh pembelajarannya di London. Mahu tidak mahu, Puan Rania terpaksa akur dengan perjanjian tersebut kerana baginya selain dari penceraian, semuanya boleh diatur antaranya, pemberian kad kredit pada Hani tanpa pengetahuan Tuan Yahya.
"Ini kad kredit. Jangan bagitahu daddy yang mama bagi ok? Spend wisely. Jangan membazir. Mama tak rasa daddy akan belanja anak mama ni cukup. Sebelum ni pun mama yang selalu belanja keperluan Hani. Tambah-tambah lagi Aunt Helen tengah mengandung. Daddy mesti lebihkan belanja pada mereka dari Hani."
Ada getaran pada suara Puan Rania apabila menyebut perkataan 'mengandung'. Hani memegang kad kredit itu dengan separuh hati. Matanya sudah sepenuhnya hilang sinar dan hanya mampu merenung kosong tanpa memandang wajah ibunya.
"Hey, my sweet honey...", Puan Rania mengangkat wajah Hani.
"Be strong okay? Maafkan mama sebab buat Hani lalui semua ini. Mama betul-betul minta maaf! Setahun sahaja lagi, lepas tu we can live together like we did before", dia terus merangkul erat Hani dengan tangisan yang menggila.
Ketika Puan Rania hilang dari pemandangan di lapangan terbang, lantas Hani berpaling ke belakang lalu mendekati mak baharunya dan mencerlung tajam ke arah Aunt Helen, perutnya yang mulai sarat, dan juga bapanya.
"Bring my childhood back. It was mine at first."
Tuan Yahya ingin mengajari anaknya yang bermulut lancang namun ditahan oleh isteri barunya supaya bersabar.
Agak sukar bagi Hani untuk menyesuaikan diri hidup tanpa Puan Rania di sisi. Serba serbi rasa tak lengkap dan canggung walaupun sudah sebulan ibu bapanya bercerai.
Sejak peristiwa hitam itu, bayangan Syafiq lebih kuat mendominasi fikiran Hani. Seolah-olah seperti semakin teruk mentalitinya, semakin kuat keinginannya untuk menemui Syafiq.
Disebabkan kemurungan dan keterdesakannya yang kian memuncak, dia mula buat sesuatu yang agak...gila.
Hani menghubungi Syafiq hanya sekadar untuk bertanya khabar dan mahu mengajak bersembang di ruangan sembang melalui Whatsapp. Walaupun Syafiq mengambil masa yang sangat lama untuk membalas balik biarpun kelihatan online, Hani tidak mempedulikan petanda itu bahawa jejaka itu tidak berminat untuk berinteraksi dengan dia. Apa yang dia lebih risaukan adalah obsesinya terhadap Syafiq tidak berkurangan langsung. Dia sedar yang semua ini patut dihentikan! Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk menghentikan perasaan ini walaupun dengan harga yang tinggi.
Dari situ dia mula terfikir.
Apa yang berada di minda saat ini, dia mahu Syafiq melukakan hatinya sedalam-dalamnya sehingga mampu membuatkan dia lupa kemelut sebenar yang dihadapi iaitu penceraian ibu bapanya dan pada masa yang sama dapat menimbulkan kebencian yang mendalam terhadap Syafiq sehingga hilang rasa cinta.
Tetapi mengapa Syafiq? Kerana dia mencintai Syafiq dan hanya Syafiq yang mampu membunuh jiwanya hanya dengan sebuah penolakan cintanya. Ya, dia tidak menyedari bahawa harga sebuah penyesalan adalah terlalu tinggi sehingga dirinya takkan kembali seperti yang asal.
Itu dia. Peperangan sudah bermula. Hani tersenyum senang buat pertama kalinya sejak kes penceraian Puan Rania dan Tuan Yahya. Mesej yang dihantar untuk Syafiq ditelitinya buat kali terakhir sebelum dia mematikan telefon pintarnya dan tidak akan membukanya dalam 24 jam kerana belum bersedia lagi untuk mengetahui respon dari Syafiq.
Mesej yang mengandungi kata-kata cinta angau tahap gaban. Isi kandungan mesej itu mengatakan yang dia tidak mengharapkan apa-apa dari Syafiq dan mohon untuk membloknya di Whatsapp sekiranya dia tidak berperasaan yang sama. Hani pasti yang ayat-ayat jiwang itu sahaja sudah cukup membuatkan Syafiq geli gelemen dan blok terus tanpa berfikir dua kali. Dari situ, Hani akan bebas dari perasaan suka, cinta dan angau terhadap Syafiq. Itulah tindakan terlebih berakah oleh Hani. Maka, dia pun sambung lena diulit mimpi.
Malam itu...dia bermimpi. Amat ngeri bagi Hani.
KAMU SEDANG MEMBACA
Datangnya Bersama Matahari
General FictionSambungan buku Selamat Bermimpi Bulan. Ini sangat aneh, aku sangat mencintaimu Aku ingin memberikan segalanya padamu Dan juga menjalani hidup untukmu Namun semakin aku melakukannya Aku tidak boleh menangani badai di hatiku - Muslim Alam semesta tela...