Bab 17

30 2 0
                                    


Hani tersandar keletihan ke kerusi kereta. Hannah merenung simpati kepada Hani. Habis sembab matanya dan hidungnya membengkak. Setelah beberapa minit menyepi Hani bersuara.


"Sebelum aku pergi ke London dulu, aku ada duduk kat kampung aku sekejap kat Negeri Sembilan. Masa tu kita baru tingkatan empat. Aku tak sempat nak bagitahu kau yang aku dah nak pindah sekolah. Tapi aku tak teringat sebab perhatian aku teralih dengan seorang budak kampung. Anak ketua kampung iaitu dia, Syafiq."


Hani menuding jari ke rumah itu.


"Dia lah sebenarnya punca aku jadi macam ni."


"Macam mana tu?"


9 tahun yang lalu

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

9 tahun yang lalu...


Hani meninjau pemandangan Kampung Pantai di luar jendela kereta. Banyak perumahan tradisional di sekitar dusun-dusun, ada juga di antara rumah yang mempunyai atap berupa 'tanduk kerbau' Minangkabau yang mana merupakan simbol unik bagi Negeri Sembilan.


Kedudukan Kampung Pantai terletak lebih kurang sepuluh kilometer dari Seremban melalui Laluan Persekutuan 86 menghala ke arah Jelebu. Hani yang ketika itu berumur 16 tahun tersenyum apabila destinasi sudah semakin menghampiri lokasi kampung halamannya namun dia mulai pelik apabila bapanya Encik Yahya melencong ke arah lain.


"Daddy, bukan kampung kita kat lorong ni ke?"


Encik Yahya hanya mendiamkan diri.


"Kita pergi kebun durian jap. Nenda ada pesan suruh beli durian last minit",ibunya Puan Rania menjawab bagi pihak suaminya.


Puan Rania menjeling tepi ke arah Encik Yahya.


"Awak ni anak tanya pun tak nak jawab. Kita ada anak sorang ni je."


Hani menyandar kasar ke kereta dan berpeluk tubuh sambil mendengus tanda protes. Balik bercuti bersama keluarga sumpah membosankan.


Kemarahannya pantas lenyap tatkala matanya menjamu pemandangan sebuah villa kayu yang terletak di atas bukit semasa keretanya melalui jalan menuju ke kebun durian.


'Rumah ni dah banyak kali tengok pun tetap rasa terpukau.'


Datangnya Bersama MatahariTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang