Bilik mesyuarat di tingkat 6. Hannah menolak pintu dan menarik nafas lega. Nasib baik belum mula lagi. Kelihatan beberapa orang penulis yang Hannah kenal sedang duduk bersantai di tempat duduk masing-masing. Tiga orang perempuan dan dua orang lelaki mendongak kepala mendengar kelibat Hannah masuk ke bilik. Mereka saling bertukar senyuman.Hannah menutup pintu dan menuju ke tempat duduk di sebelah seorang penulis perempuan. Adelia nama yang dipilih sebagai nama penulis. Mungkin itu adalah nama sebenar, mungkin juga bukan. Semua yang berada di dalam bilik ini menghadap telefon masing-masing dan sekali sekala mereka berbicara sesama sendiri membuatkan Hannah terkebil-kebil sendirian.
Patutkah aku buat benda yang sama? Nak main telefon ke tidak?
"Bila mesyuarat akan bermula?", Hannah berbisik perlahan ke arah Adelia.
"15 minit lagi kot. Sebab kami pun baru je sampai."Hannah mengangguk faham. Di sebelah Adelia terdapat dua orang lagi penulis perempuan yang membuat hal sendiri iaitu Khamilah dan Mia. Hanya dua orang penulis lelaki di dalam syarikat MoonBook yang kini duduk berhadapan dengan Hannah, Naufal dan Haidar. Naufal mempunyai kekuatan untuk menghasilkan novel thriller sehingga boleh meremang bulu roma apabila membaca karyanya manakala Haidar berbakat tinggi dalam menghasilkan cerita yang lawak. Lawak dan punchlinenya sangat menjadi. Karya dari dua penulis ini yang Hannah lebih gemar membaca berbanding rakan sekerjanya yang lain. Mungkin kena dengan seleranya. Tetapi dia tiada rasa untuk memulakan perbualan dengan sesiapa. Dia mahu menjamu mata di sekeliling bilik mesyuarat.Nampak gayanya semua penulis berada di bilik mesyuarat on-time. Namun kelibat staf di bawah Moon Entertainment seperti Muslim masih belum munculkan diri. CEO pun lagikan entah bila mahu menunjukkan diri.
5 saat berlalu Hannah dikejutkan dengan bunyi pintu yang terbuka dari luar. Hannah cepat menoleh untuk melihat siapa yang masuk. Seperti yang disangka, Muslim dan kawannya yang lain mula menghadirkan diri. Boleh tahan hyperactive Muslim ini. Suasana bilik mesyuarat yang senyap sunyi bertukar menjadi bising tatakala mereka mula masuk bilik. 3 orang lelaki yang bersama dengan Muslim mengambil tempat duduk di sebelah Naufal dan Haidar tetapi Muslim mengambil tempat duduk di sebelah Hannah kerana tempat duduk kosong yang lain disediakan khas untuk orang yang berjawatan tinggi.Hannah memegang kedua-dua tangannya menahan rasa gementar. Tiba-tiba teringat mimpinya tentang Muslim membuatkan Hannah lagi tidak keruan.
"Eh, hai. Kita jumpa lagi!,"Muslim yang baru perasan akan kehadiran Hannah menyapanya.Hannah mengukir senyuman dengan kekok,
"Hai..."
Muslim memerhati wajah Hannah yang ketika itu sedang memandang ke hadapan. Tiba-tiba lidahnya kelu untuk memulakan perbualan. Muslim jadi pelik dengan perangai sendiri, tak pernah lagi dirinya menjadi begitu. Terasa dirinya diperhatikan, Hannah memandang hairan ke arah Muslim. Mereka berdua memandang sesama sendiri sementara yang lain sedang rancak berbual. Beberapa saat kemudian Hannah melarikan anak mata ke arah lain.
Hannah ternampak Adelia, Khamilah dan Mia yang duduk di sebelahnya berbisik sesama sendiri dan seperti kagum melihat Muslim yang duduk tidak jauh dari mereka. Tahulah Muslim lelaki yang paling ada rupa dalam bilik mesyuarat ini.Muslim dan kawan-kawan yang lain riuh berkongsi cerita.
Sementara penulis lain dengan kerja mereka, Hannah seorang sahaja penulis yang nampak berminat mendengar cerita geng staf MoonEntertainment. Sesekali selokaan mereka diselangi dengan gelak ketawa Hannah. Muslim tersenyum melihat Hannah yang ketawa. Walaupun wanita itu nampak pendiam tanpa disangka dia seorang yang mudah terhibur.
Bosan menunggu Big Boss yang masih belum kunjung tiba, Muslim bersama 3 kawannya -Fawwaz, Azam dan Johar bersepakat bermain permainan online iaitu Player Unknown's Battleground Mobile (PUBG). Hannah ralit memerhati Muslim bermain game di telefonnya. Muslim mendekatkan tangannya yang memegang telefon untuk memudahkan Hannah melihat. Hannah mengesot mendekati Muslim sedikit.Mereka berempat bermain PUBG dalam satu pasukan. Muslim merenung pelik ke arah avatar milik Johar.
KAMU SEDANG MEMBACA
Datangnya Bersama Matahari
General FictionSambungan buku Selamat Bermimpi Bulan. Ini sangat aneh, aku sangat mencintaimu Aku ingin memberikan segalanya padamu Dan juga menjalani hidup untukmu Namun semakin aku melakukannya Aku tidak boleh menangani badai di hatiku - Muslim Alam semesta tela...