Muslim dan Imad bersalaman dengan tok imam dan bilal setelah melakukan solat Isyak berjemaah. Tok imam memandang senang kea rah dua pemuda ini.
"Alhamdulillah, sekarang ini jarang benar tengok anak muda datang ke masjid. Harap kekalkan begini ya."
Muslim dan Imad hanya tersengih.
"Terima kasih, saya datang pun sebab ada hal. Kalau tak, selalunya saya solat kat rumah je," kata-kata Muslim diiringi anggukan Imad.
"Tak apa. Cuba jinakkan diri supaya sentiasa datang ke masjid. Barulah lelaki sejati," senyum tok imam dengan lebar.
"Baik, Tok Imam. Kami pergi dulu. Assalamualaikum..."
"Waalaikumussalam. Hati-hati bawa kereta di jalan raya."
Tok siak menutup suis lampu surau serta pintu. Muslim dan Imad pula menyarungkan selipar dan berjalan kea rah kereta masing-masing.
Imad tersenyum melihat kereta Mercedes Benz G65 berwarna perak milik Muslim. Kedua-duanya memiliki jenama kereta yang sama meskipun bentuk yang berlainan.
"Cantik kereta," Imad menunjuk kea rah kereta Muslim.
Muslim tergelak kecil dan mula membuka pintu kereta, "Beli hasil duit yang saya kumpul sejak saya debut jadi penyanyi dulu. Tapi second hand je ni."
"Ok lah tu..."
Mereka berdua masuk ke kereta masing-masing dan mula membawa kereta menuju ke destinasi.
Hampir sampai ke kawasan perumahan di Taman Ixora, Imad memerhati sekeliling lorong yang gelap gelita. Nampak gayanya tak dipasang lampu jalan kat sini tapi tak apa, sebab tibanya di alamat rumah, kawasan kejiranan terang benderang dengan lampu rumah.
Muslim menekan brek dan berhenti betul-betul di hadapan rumah sewa itu. Imad mematikan enjin kereta di belakang kereta Muslim. Mereka berdua serentak keluar dari kereta dan memerhati kea rah rumah Semi-D itu. Kedua jejaka itu memandang dengan penuh takjub. Dari luar reka bentuk rumah ini nampak selesa dan menarik. Rumah itu dihiasi dengan lampu rumah yang menyerlahkan warna hijau zaitun. Muslim menekan loceng dua kali. Beberapa saat menunggu, seorang pemuda lelaki membuka pintu kayu jati dan menjenguk seketika kea rah tetamu yang datang.
"Assalamualaikum...", Imad dan Muslim memberi salam secara serentak.
"Waalaikumussalam, Abang Muslim kan? Yang nak tengok rumah itu?"
"Ya, saya", Muslim tak jemu memberi senyuman.
"Sekejap ya, saya nak buka pagar sekejap."
Pagar rumah automatik dengan stail minimalis dibuka melalui suis.
"Jemput masuk."
KAMU SEDANG MEMBACA
Datangnya Bersama Matahari
Ficción GeneralSambungan buku Selamat Bermimpi Bulan. Ini sangat aneh, aku sangat mencintaimu Aku ingin memberikan segalanya padamu Dan juga menjalani hidup untukmu Namun semakin aku melakukannya Aku tidak boleh menangani badai di hatiku - Muslim Alam semesta tela...