1

15.2K 691 17
                                    

11 tahun yang lalu...

Zameera membuka matanya perlahan-lahan. Bagai ada sesuatu yang menucuk di bahagian kepalanya membuatkan dia berasa pening kepala namun digagahkan jua untuk membuka mata.

Matanya meliar memerhatikan sekeliling. Kepalanya disarung dengan sehelai kain hitam membuatkan Zameera sukar untuk melihat dengan lebih jelas. Zameera cuba menggerakkan tangan dan kakinya namun gagal kerana kedua tangan dan kakinya diikat kuat.

Tiba tiba dia terdengar perbualan seseorang di luar pintu. Bahasa asing yang digunakan itu sukar untuk Zameera memahaminya. Tombol pintu itu dipusingkan lalu terpampanglah sosok tubuh beberapa orang lelaki. Dua orang lelaki berbadan tegap dan seorang lagi berbadan biasa tetapi masih lagi nampak segak dengan gayanya.

Kain hitam yang menutupi kepala Zameera di tarik dengan kasar. Akhirnya Zameera dapat melihat sekeliling ruang itu dengan jelas. Wajah lelaki dihadapannya ini dipandang dengan riak wajah kosong.

"Hello girl, how are you?" soal lelaki itu lembut. Tangannya mengusap lembut pipi Zameera. Zameera dengan pantas menjauhkan wajahnya dari tangan lelaki itu.

"Siapa kau ni? Kenapa kau bawa aku datang sini?" soal Zameera tenang. Lelaki itu hanya tersenyum sinis. Seram Zameera dibuatnya.

"Kau hanya ada dua pilihan, antara kau tinggalkan keluarga kau dan sertai aku atau keluarga kau akan dibunuh." jelas lelaki itu. Zameera terus berkerut kening.

"Apa kau merepek ni!" soal Zameera dengan suara yang sudah dinaikkan seoktaf. Lelaki dihadapannya itu hanya tertawa kecil.

"You had no choices." jawab lelaki itu pendek. Zameera mengetap giginya kuat.

"Kenapa kau bawa aku datang sini hah! Apa kau nak! Siapa kau!" soal Zameera geram. Mukanya sudah mula kemerahan. Lelaki itu terus mencengkam rahang Zameera dengan kuat sehingga Zameera merengus kesakitan.

"Kau dengar je cakap aku kalau kau masih nak keluarga kau hidup." jelas lelaki itu. Wajah Zameera dilepas dengan kasar.

"Aku tak percayakan kau." balas Zameera. Lelaki itu terus tersenyum sumbing. Lelaki itu menoleh ke arah seorang lelaki berbadan tegap di kanannya lalu kepala diangguk sedikit. Zameera hanya mampu memerhati. Lelaki berbadan tegap itu terus keluar dari ruangan itu. Wajah Zameera dipandang kembali.

"Let me introduce myself, my name is Zeke." jelas lelaki itu. Zameera hanya memandang wajah lelaki bernama Zeke itu dengan tajam.

Tiba-tiba lelaki berbadan tegap yang keluar sebentar tadi masuk kembali. Tetapi dia tidak keseorangan.

Seorang kanak kanak kecil dalam lingkungan 12 tahun ditolak dengan kasar ke tepi dinding. Kain hitam yang tersarung di kepalanya itu ditarik kasar.

"Zameer!" jerit Zameera kuat. Zameer, adik bongsu kepada Zameera itu terus memandang ke arah Zameera yang sedang terikat di atas kerusi.

"A-akak... ki-kita... dekat mana ni?" soal Zameer gugup. Riak wajahnya jelas dia sedang ketakutan. Zameera terus memandang wajah Zeke dengan mata yang memerah bak helang.

"Lepaskan dia! Dia takde kena mengena!" jerkah Zameera kuat. Lelaki itu hanya tersenyum kecil.

"Masih tak percaya lagi?" soal Zeke tenang. Zameera memandang wajah adiknya yang sedang menggigil kecil sambil berpeluk lutut.

"Zameer, kau tolong jaga ibu dan ayah untuk aku. Kau belajar elok-elok, banggakan ibu dengan ayah. Aku sayang kau." ujar Zameera. Air mata ditahan sebaik mungkin. Zeke sudah tersenyum senang.

"K-kau... nak pergi mana kak?" soal Zameer. Zeke terus memberi isyarat kepada anak buahnya untuk membawa Zameer keluar kembali. Lelaki itu mengangguk faham lalu terus menarik Zameer dengan kasar.

"Akak? Diorang nak bawa Zameer pergi mana?" soal Zameer lagi. Zameera hanya mampu memerhati sahaja.

"Aku minta maaf." pinta Zameera sebelum sosok tubuh Zameer hilang dari pandangan mata. Wajah Zeke dipandang tajam. Zeke hanya tersenyum sinis.

"Good girl," puji Zeke sambil mengusap lembut rambut Zameera. Zameera terus menjauhkan kepalanya dari tangan Zeke.

"Esok pagi, kita akan keluar dari tempat ni." sambung Zeke. Kaki diaturkan ke pintu keluar.

"Jangan ganggu keluarga aku." pesan Zameera berbaur amaran. Langkah Zeke terhenti lalu dia menoleh sedikit ke belakang sambil tersenyum nipis. Kaki terus melangkah keluar meninggalkan Zameera keseorangan di dalam bilik itu. Pintu dikunci dari luar.

Zameera mengeluh kecil. Air mata yang ditahan sejak tadi akhirnya tumpah jua.

"Meera minta maaf ibu, ayah,"

[C] Bodyguard's GirlWhere stories live. Discover now