Zameera menekan loceng rumah Radzif lalu pintu terbuka secara automatik. Seperti biasa, Cik Ita akan menyambut kedatangannya lalu Cik Ita akan meninggalkan Zameera di ruang tamu.
Rumah ini bagaikan rumahnya sendiri.
"Cik Ita, Zay mana?" Tegur Zameera di meja makan. Cik Ita yang sedang ralit membasuh pinggan mangkuk itu menoleh sekilas.
"Rasanya Zay dekat atas lagi kut. Meera pergilah tengok." ujar Cik Ita. Zameera mengangguk perlahan. Langkah terus diatur menaiki anak tangga satu persatu.
Sampai di tingkat 3, Zameera mengetuk pintu bilik Radzif. Selang beberapa saat, pintu bilik dibuka oleh Radzif. Zameera berkerut kening.
"Apahal kau tak siap lagi ni?" soal Zameera. Radzif memandang ke arah bilik Dato' Razif lalu dia terus menarik tangan Zameera masuk ke dalam biliknya. Pintu bilik ditutup rapat.
Zameera terkedu.
Riak tenang dipamerkan oleh Zameera.
"Apahal kau ni?" soal Zameera. Radzif meletakkan jari telunjuknya di bibir Zameera. Juling mata Zameera memandang jari Radzif di bibirnya.
"Shh! Nanti papa dengar. Slow sikit suara tu." ujar Radzif. Zameera berkerut dahi lalu tangan Radzif ditepis kasar.
"Bila kau nak siap ni? Dah pukul berapa dah." soal Zameera. Radzif pamerkan riak wajah bosan. Langkahnya diatur ke birai katil. Punggung dilabuhkan di atas katil. Zameera hanya memerhatikan gerak-geri Radzif.
"Malaslah aku nak masuk office hari ni. Takde mood." jelas Radzif. Kedua tangannya ditongkat ke sisi. Zameera mengeluh perlahan. Kaki diatur ke pintu keluar.
"Eh eh! Nak pergi mana?" soal Radzif. Zameera berhenti melangkah lalu menoleh memandang Radzif.
"Baliklah. Kau tak nak masuk office." ujar Zameera lalu langkah disambung ke pintu keluar. Radzif tergamam.
Dengan laju, Radzif turun dari katil menghalang Zameera daripada terus keluar dari biliknya. Bukan ini yang dirancangkan olehnya.
"Eh eh siapa suruh kau balik ni? Aku ni bos kau tahu tak?" soal Radzif sambil memegang tombol pintu.
"Apa masalah kau ni? Bukan kau yang bayar aku. Papa kau." balas Zameera. Radzif terus mengunci tombol pintu tersebut.
Zameera berkerut kening sambil memandang tombol pintu yang dikunci oleh Radzif.
"No! Kau tak boleh balik kalau aku tak izinkan kau balik. Duduk sini dengan aku." arah Radzif. Zameera menoleh memandang Radzif semula.
Apa semua ini?
"Kau ni dah kenapa?" soal Zameera bosan. Pelik pelik sahajalah perangai.
"Aku-"
"Zay? Tak siap lagi ke?" soal Dato' Razif di luar bilik. Radzif dan Zameera terus memandang antara satu sama lain.
Radzif merapatkan wajahnya ke telinga Zameera.
"Kau jangan jawab apa-apa, biar aku je yang jawab." pesan Radzif lalu tombol pintu dipusingkan. Zameera mengangkat kedua keningnya tanda tidak mengerti namun dia hanya menuruti sahaja. Malas nak layan.
"Eh kenapa tak siap lagi ni Zay? Meera?" soal Dato' Razif kepada Radzif. Zameera dan Radzif dipandang silih ganti.
"Uhuk uhuk! Pa... Zay demam lagilah," ujar Radzif sambil batuk yang dibuat-buat.
"Zay tak laratlah nak masuk office hari ni. Meera boleh teman dan jaga Zay." sambung Radzif lagi. Zameera yang berada di sebelah itu terus memandang Radzif.
YOU ARE READING
[C] Bodyguard's Girl
Romance(Beautiful cover by @peanurts-) HIGHEST RANKING🎖 #1 on Cold (9, 18 June 2021) #1 on Psycho (14, 16 June 2021) #1 on Badgirl (18, 20 June, 17 July 2021) #1 on Mafiagirl (26 June 2021) #1 on Heartless (17, 22 July 2021) #1 on Story (30 July 2021) #1...