Zameera memandu laju memotong semua kenderaan yang berada di atas jalan raya. 3 buah motor yang mengejarnya tidak putus asa. Zameera mengambil lane kiri lalu masuk ke satu jalan sunyi.
Dia tidak boleh libatkan mana-mana pihak yang tidak bersalah di dalam masalahnya. Di saat dia cuba menyeluk ke jalan-jalan sunyi, salah satu motor tersebut melepaskan tembakan kepadanya.
Nasib Zameera baik kerana tembakan yang dilepaskan tidak mengena padanya. Hampir sahaja dia terbabas di saat tembakan itu dilepaskan. Zameera terus menoleh kebelakang.
3 buah motor itu cuba mendekati Zameera. Zameera berdecit kecil. Had kelajuan di tambah lagi. Namun nasib tidak menyebelahi Zameera kali ini. Menyesal dia memilih lorong ini.
Jalan mati.
Zameera tidak mempunyai pilihan lain selain daripada menghadap mereka. Enjin motor dimatikan.
"Hahahaha... You can't run away from us." ujar salah seorang dari mereka. Penuh sinis. Zameera memejamkan matanya sesaat lalu nafas ditarik dalam-dalam. Kepala ditolehkan sedikit memandang mereka.
"Heh! She's such a coward. I thought she's strong." ujar kawannya. Zameera tersenyum sinis di sebalik helmet.
"Hey b*tch! What you gonna do now? Kau tak akan dapat lari. Now choose, follow us or fight." ujar salah seorang dari mereka.
Zameera terus turun dari motornya. Badan dipusing menghadap mereka.
"Kalau boleh cakap melayu, cakap melayu je lah." tenang sahaja Zameera membalas. Ketiga-tiga mereka terus meletuskan tawa. Zameera tersenyum nipis disebalik helmet.
"Weh dude! She's mocking us hahahaha." ujar salah seorang. Mereka bertiga masih tidak henti tertawa. Zameera mengeluh perlahan. Langkah diatur mendekati mereka. Mereka terus terhenti tertawa.
"Done laughing? I wonder, what is so funny? Mind to share?" ujar Zameera seraya mendekati mereka. Mereka bertiga terus memandang antara satu sama lain.
"You guys want to know something? I choose, fight." jelas Zameera lalu terus menyerang salah seorang dari mereka.
Dua lelaki itu bertindak menyerang Zameera kembali. Kedudukan Zameera berada di tengah-tengah antara 3 lelaki itu.
"Show us what you got girl." ujar salah seorang dari mereka. Zameera tersenyum sinis. Matanya memerhati 3 orang lelaki ini silih ganti.
Mereka bertiga memandang antara satu sama lain lalu mengangguk. Mereka bertiga menyerang Zameera serentak. Can you imagine? 3 lawan 1?
Zameera melawan mereka menggunakan seluruh kudratnya. Namun hendak dibandingkan kudratnya dengan 3 orang lelaki, Zameera tidak mampu.
Tangan dan kakinya tidak henti-henti melawan segala pergerakan yang diberikan oleh 3 orang lelaki itu. Sedang dia bergelut, salah seorang dari lelaki itu mengeluarkan sebilah pisau.
Laju tangannya menghayun pisau itu ke arah Zameera. Zameera dengan pantas mengelak namun di saat dia berusaha untuk mengelak, bilah pisau itu terkena lengannya dan cecair pekat mula mengalir dari kesan luka tersebut. Zameera berdecit perlahan.
Terundur Zameera ke belakang. Kesan luka itu ditutup dengan tangan kanan. Pedih siot. Zameera menarik keluar pistol dari belakang bajunya lalu pistol diacukan ke arah mereka.
Salah seorang dari mereka juga turut mengacukan pistol ke arah Zameera. Zameera buntu. Dia sudah tidak mampu untuk berlawan lagi. Dia harus meloloskan diri.
Dua das tembakan di lepaskan pada salah seorang dari mereka dan salah seorang dari mereka tercedera. Di saat mereka sibuk menguruskan kawannya, Zameera mengambil peluang ini untuk meloloskan diri.
YOU ARE READING
[C] Bodyguard's Girl
Romance(Beautiful cover by @peanurts-) HIGHEST RANKING🎖 #1 on Cold (9, 18 June 2021) #1 on Psycho (14, 16 June 2021) #1 on Badgirl (18, 20 June, 17 July 2021) #1 on Mafiagirl (26 June 2021) #1 on Heartless (17, 22 July 2021) #1 on Story (30 July 2021) #1...