49

3.9K 290 21
                                    

Radzif membuka matanya perlahan-lahan. Berkerut keningnya apabila dia terasa sengal di seluruh badan. Air liur ditelan kesat.

'Apahal aku rasa haus gila ni?' getus Radzif di dalam hati. Kepala ditoleh memandang sebelah kanan.

Iqram yang sedang leka dengan telefon pintarnya itu diperhati.

"I-Iqram...," panggil Radzif perlahan. Iqram yang terdengar seperti ada orang memanggil namanya itu terus memandang.

"Zay?" panggil Iqram. Radzif hanya mampu memandang sepi. Iqram terus mendekati Radzif.

"Zay? Kau okey ke ni? Aku panggil doktor kejap," jelas Iqram lalu dia terus melangkah keluar dari bilik wad Radzif. Radzif hanya mampu memerhati.

Dua orang nurse dan seorang doktor iaitu Doktor Syed melangkah masuk ke dalam wad Radzif.

Tahap kesihatan Radzif diperiksa oleh Doktor Syed.

"Alhamdulilah kau dah stable." jelas Doktor Syed.

"Dah berapa lama aku dekat sini?" soal Radzif. Doktor Syed menuangkan segelas air putih lalu dihulurkan kepada Radzif.

"Around 1 month half?" jelas Doktor Syed. Radzif yang sedang meneguk air kosong itu terus tersedak.
Doktor Syed terus menggosok belakang badan Radzif perlahan.

"Kot ya pun kalau haus minum lah elok-elok." ujar Doktor Syed. Radzif mengelap bibirnya yang basah lalu dia terus menepis tangan Doktor Syed yang menggosok belakang badannya perlahan.

"Kau biar betul? 1 bulan setengah aku dalam ni?" soal Radzif tidak percaya.

"Ya lah apahal pula si Syed tu nak menipu? Aku yang bawa kau datang sini." celah Iqram yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam wad Radzif. Radzif terus menoleh memandang Iqram.

"Kau bawa aku datang sini? Kenapa?" soal Radzif lagi. Iqram terus memandang Doktor Syed.

"Eh Yed, kau tak check betul-betul ke si Zay ni?" soal Iqram pada Doktor Syed seraya melangkah mendekati katil Radzif. Radzif memandang Doktor Syed dan Iqram silih ganti.

"Aku dah check betul-betul lah, dia stable." jelas Doktor Syed.

"Kau kena check balik ni, aku rasa dia hilang ingatan." ujar Iqram. Doktor Syed terus memandang Radzif.

"Kau ingat nama kau?" soal Doktor Syed pada Radzif. Radzif berkerut kening.

"Soalan apa kau tanya aku ni? Aku tahulah nama aku," balas Radzif. Doktor Syed memincing mata memandang Radzif.

"Apa? Betul lah aku ingat! Nama aku Ismail bin Mail." jelas Radzif. Iqram terus memandang Radzif tidak percaya. Kedua pipi Radzif disentuh lalu ditarik menghadapnya.

"Weh, nama kau bukan Ismail bin Mail. Nama kau Radzif Zayden, RADZIF ZAYDEN!" jelas Iqram bersungguh-sungguh. Radzif terus menepis kasar tangan Iqram.

"Aku tahulah! Aku saja je yang kau nak gelabah lebih apahal?" soal Radzif geram. Doktor Syed terus memukul belakang kepala Radzif.

"Aduh...! Kau kenapa!" marah Radzif seraya menggosok belakang kepalanya perlahan. Doktor Syed terus tersengih kambing.

"Tak ada, aku just nak check kau okey ke tak. Aku tengok dalam drama, kalau orang lupa ingatan kita kena pukul kepala dia." jelas Doktor Syed sambil tersengih seperti kerang busuk. Radzif terus memandang Doktor Syed tajam.

"Eh kau ni harap je Doktor tapi tak boleh pakai." cemuh Radzif. Iqram turut menggeleng kepala. Radzif terus memandang Iqram. Iqram terus berhenti menggeleng kepalanya lalu belakang tengkuk digaru perlahan.

"Papa aku mana?" soal Radzif kepada Iqram dan Doktor Syed.

"Oh papa kau aku belum call lagi. Aku call jap." ujar Doktor Syed lalu dia terus melangkah keluar dari wad Radzif. Radzif dan Iqram hanya menghantar pemergian Doktor Syed dengan pandangan.

"Weh," panggil Radzif. Iqram terus menoleh memandang Radzif. Kening diangkat sebelah.

"Zameera?" soal Radzif. Riak wajah Iqram terus berubah.

-----------------------------------------------------------------

Zameera melangkah keluar dari dalam rumah. Zameer yang sedang mengangkat kotak itu keluar dari but kereta didekati.

"Banyak lagi ke barang tu?" soal Zameera. Zameer menoleh sekilas.

"Tak adalah, ni last. Lepas tu tak ada lagi lah." jelas Zameer. Zameera mengangguk faham. But kereta ditutup lalu mereka berdua terus melangkah masuk ke dalam rumah.

"Ada lagi ke barang?" soal Puan Zahidah sebaik sahaja retina matanya menyapa sosok tubuh Zameera dan Zameer.

"Tak ada ibu." balas Zameer. Kotak yang dipikul itu diletakkan di atas lantai perlahan-lahan.

"Bilik kau tingkat 2, bilik ibu tingkat 3." jelas Zameera. Zameer mengangguk faham.

"Ha kita makan dululah, esok baru kita sambung kemas. Ibu dah masak tu." arah Puan Zahidah lalu langkah diatur menuju ke dapur. Zameera dan Zameer hanya menurut arahan Puan Zahidah.

"Aku start masuk office bila?" soal Zameer sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung.

"Amboi kau tak menyabar nak masuk office nampak? Mentang-mentang lah jawatan tinggi. Ingat sikit aku ni bos kau." ujar Zameera. Zameer hanya mengguling anak matanya ke atas.

"Mana ada kau ni." balas Zameer. Zameera hanya mencebik kecil.

"Next week lah. Rumah tak siap kemas lagi." jelas Zameera. Zameer mengangguk faham lalu mereka terus menjamu selera.

[C] Bodyguard's GirlWhere stories live. Discover now