Radzif menyarung baju kemejanya ke badan. Butang baju dibutangkan satu-persatu lalu baju kemeja di tuck in ke dalam seluar. Seusai itu, Radzif melilitkan tali pinggang ke pinggangnya. Tie dicapai lalu Radzif mengikat tie nya ke leher.
Kot hitam yang tergantung itu dicapai lalu disarungkan ke tubuhnya. Jam tangan di atas meja di ambil dan dipakai.
Sempat dia mengambil beg bimbit di atas katil lalu kakinya laju melangkah keluar dari bilik menuruni anak tangga.
"Awal bangun?" sapa Dato' Razif di meja makan. Radzif tersengih kecil.
"Mana ada, biasa je." balas Radzif seraya melabuhkan punggungnya. Dato' Razif menggeleng sambil tersenyum.
"Papa dah inform dekat PA papa, nanti dia bagitahu semua pasal tender tu." jelas Dato' Razif. Radzif yang sedang menghirup air teh panas itu mengangguk perlahan.
"Zay gerak dululah pa, nak prepare. First time handle tender besar." ujar Radzif seraya tersengih. Dato' Razif mengangguk lalu Radzif terus mengucup tangan Dato' Razif lembut.
Radzif terus melangkah ke pintu keluar. Kasut disarung ke kakinya lalu dia terus mendekati kereta. Tubuhnya menerobos masuk ke dalam kereta dan enjin kereta dihidupkan.
Sambil dia memanaskan enjin kereta, telefon pintar ditarik keluar dari dalam poket seluar.
Nombor telefon Zameer didail. Namun panggilannya tidak dijawab.
Radzif berkerut kening.
'Mana kau orang semua pergi ni?' getus Radzif lalu dia terus mencampak telefon pintarnya ke seat sebelah. Handbrake kereta diturunkan lalu dia terus menekan pedal minyak kereta. Keretanya mula bergerak keluar dari halaman rumah.
-----------------------------------------------------------------
"Welcome back boss!" sapa sofia, merangkap sebagai PA Radzif. Radzif tersenyum kecil.
"Wah boss, ceria semacam je. Ada apa-apa ke?" soal Sofia seraya tersenyum senget. Radzif berkerut kening. Perlahan-lahan bibirnya menguntum senyuman.
"Awak tak perlu nak soal macam-macam. Awak tolong ambil segala barang-barang saya, bawa masuk ke dalam bilik di tingkat 20." jelas Radzif lalu dia terus melangkah keluar dari meja Sofia. Sofia mengangguk faham lalu dia menuruti segala arahan Radzif.
"Selamat kembali Encik Radzif. Saya Saidatul, PA yang ditugaskan untuk urus tender ini bersama-sama dengan Encik." sapa Saidatul. Dia berjalan mengiringi Radzif ke pejabat baharunya.
Radzif terus melangkah masuk ke dalam pejabat itu lalu dia melabuhkan punggungnya. Ruang sekeliling diperhati.
"Ni, sedikit informasi tentang tender itu." jelas Saidatul lalu dia meletakkan file hitam di atas meja. Radzif bertindak mencapai file itu lalu setiap halaman dibaca dengan teliti. Perlahan-lahan dia mengangguk.
"Petang ni lepas lunch, kita ada appointment dengan CEO syarikat-"
"Okey-okey, saya faham," celah Radzif. Perlahan-lahan Saidatul mengetup mulutnya.
"Awak boleh keluar sekarang. Nanti kalau saya nak apa-apa, saya panggil." ujar Radzif. Saidatul mengangguk faham lalu dia terus berpaling menuju ke pintu keluar.
Radzif memandang Saidatul yang sedang melangkah keluar itu sekilas lalu dia terus berpaling memandang ke luar tingkap.
Jam tangan di pandang seketika.
Radzif terus mengeluh perlahan. File itu dicapai kembali lalu dia membaca setiap bait-bait tulisan di dalam file tersebut.
"Zeirs Empire, the biggest company in Rome, Italy." gumam Radzif perlahan.
YOU ARE READING
[C] Bodyguard's Girl
Romance(Beautiful cover by @peanurts-) HIGHEST RANKING🎖 #1 on Cold (9, 18 June 2021) #1 on Psycho (14, 16 June 2021) #1 on Badgirl (18, 20 June, 17 July 2021) #1 on Mafiagirl (26 June 2021) #1 on Heartless (17, 22 July 2021) #1 on Story (30 July 2021) #1...