Zameera menyarung kasut butnya lalu pintu rumah di kunci. Langkah diatur ke lif. Butang lif ditekan lalu terbuka. Zameera terus melangkah masuk ke dalam perut lif.
Sampai sahaja di lobi, Zameera terus berjalan menuju ke tempat parkir dimana terletak motor berkuasa tingginya di situ. Zameera tidak menunggu lama, terus sahaja enjin motor dihidupkan lalu dibiarkan beberapa minit bagi memanaskan enjin.
Sedang Zameera membelek motornya, dapat dia rasa seperti diperhatikan oleh seseorang. Zameera terus menoleh ke belakang.
Yang dia nampak adalah sosok tubuh seseorang di atas motor berkuasa tinggi itu memandang ke arahnya. Seperti sedang menunggu untuk melakukan sesuatu.
Orang itu diperhatikan seketika lalu Zameera memandang ke arah motornya kembali. Perasaan tertanya-tanya mula bertandang ke dalam hatinya. Zameera mengeluarkan telefon pintarnya lalu mesej dia dan Dato' Razif dibuka.
Dato' Razif
Uncle, hari ni saya masuk lambat sikit ya
Ada hal.Maklum Zameera.
Zameera tidak menunggu lama terus sahaja menyarung helmetnya lalu enjin motor dipulas.
Orang itu juga turut memulas kuat enjin motornya sehingga berbunyi kuat enjin motornya. Zameera menoleh seketika lalu terus memandu laju keluar dari perkarangan lobi.
Orang itu juga turut mengejarnya. Zameera berdecit kecil lalu membelah jalan raya. Namun sampai sahaja di tengah jalan raya, ada dua buah motor berkuasa tinggi mengiringi Zameera.
Zameera menjeling dua buah motor disebelahnya lalu memandang cermin sisi motor. Motor yang mengejarnya dari rumah itu masih berada di belakang.
'Apa lagi ni...' getus Zameera dalam hati. Zameera mula membongkokkan badannya sedikit lalu enjin motor dipulas kuat. Had kelajuan motor ditambah dan meninggalkan 3 buah motor yang mengejarnya. 3 buah motor itu turut menambah kelajuan motor mereka.
Zameera memotong semua kenderaan yang berada di atas jalan raya. Dia memandu secara berbahaya bagi meloloskan diri daripada 3 buah motor tersebut.
-----------------------------------------------------------------
Dato' Razif melabuhkan punggungnya di atas kerusi meja makan. Pinggan yang disediakan oleh Cik Ita itu diisi dengan bihun goreng. Telefon pintar dikeluarkan dari poket seluar.
Pesanan Zameera dibaca dari notification lalu dibuka. Dato' Razif menaipkan pesanan lalu dihantar.
"Morning pa." tegur Radzif sebaik sahaja tubuh dilabuhkan ke atas kerusi.
"Morning. Zay, hari ni Zay pergi kerja sendiri." jelas Dato' Razif. Radzif yang baru sahaja ingin menyuakan bihun goreng ke dalam mulutnya itu terhenti. Ternganga mulutnya.
"Eh, Meera mana?" soal Radzif lalu menyambung menyuakan bihun ke dalam mulutnya.
"Meera masuk lambat sikit hari ni. Dia bagitahu papa tadi." jelas Dato' Razif. Radzif terus meletakkan sudunya.
"Aik? Dia tak bagitahu Zay pun." ujar Radzif seraya membuka aplikasi WhatsApps. Benar,
Zameera tidak memaklumkan kepadanya.
Radzif menyimpan kembali telefon pintarnya ke dalam kocek seluar.
"Tak sempat la tu. Urgent sangat agaknya." balas Dato' Razif. Radzif mengeluh perlahan.
"Aih, baru datang lambat dah mengeluh. Kalau dia berhenti kerja agaknya macam mana la ya." usik Dato' Razif. Radzif terus berkerut kening.
"Apa papa ni? Mengarut je. Dah lah, Zay pergi dulu nanti lambat pula sampai sana." ujar Radzif lalu tangan Dato' Razif dicapai dan dikucup lembut. Langkah terus diatur ke keretanya. Tubuh dimasukkan ke dalam perut kereta. Enjin dihidupkan.
Radzif terdiam sejenak.
"Apahal dia tak bagitahu aku eh? Urgent sangat ke sampai tak sempat nak bagitahu?" omel Radzif seorang diri lalu mengeluh perlahan. Radzif terus memandu meninggalkan perkarangan rumahnya.
YOU ARE READING
[C] Bodyguard's Girl
Romance(Beautiful cover by @peanurts-) HIGHEST RANKING🎖 #1 on Cold (9, 18 June 2021) #1 on Psycho (14, 16 June 2021) #1 on Badgirl (18, 20 June, 17 July 2021) #1 on Mafiagirl (26 June 2021) #1 on Heartless (17, 22 July 2021) #1 on Story (30 July 2021) #1...