27

3.8K 327 19
                                    

Radzif tidak henti-henti memandang jamnya. Jam sudah menunjukkan pukul 3 petang namun Zameera masih tidak datang ke office nya. Radzif mengeluh perlahan.

"Haih... Mana kau ni? Kata datang lambat. Nampak gaya macam tak datang terus je." omel Radzif lalu menyambung melakukan kerjanya. Tidak fokus dia hendak melakukan kerjanya kerana setiap 3 minit, dia akan mengerling ke arah jam.

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk oleh seseorang. Radzif memandang pintu itu laju.

Namun bukan orang yang dia tunggu membuka pintu biliknya.

"Sorry bos kacau." ujar P.A Radzif. Radzif mengeluh kecil.

"Hmm... Nak apa?" soal Radzif lalu memandang ke arah kertas kerjanya kembali.

"Bos lupa nak sign ni. Esok nak kena submit." jelas P.A nya. Radzif menyambut fail itu lalu menandatangan. Fail itu dihulur kembali.

"Okay bos thank you." ujar PA lalu terus melangkah ke pintu keluar.

"Kejap," ujar Radzif. PA nya terus menoleh memandang Radzif.

"Zameera belum sampai ke?" soal Radzif. PA nya menggaru kepala perlahan.

"Emm rasanya, belum lagi kot bos." balas PA Radzif. Radzif mengangguk perlahan lalu PA nya dihalau keluar.

Kerusi dipusingkan menghadap luar tingkap.

"Mana kau ni?" getus Radzif lalu melepaskan keluhan berat.

Radzif mencapai telefon bimbit di atas meja lalu nombor Iqram di dail. Dia memerlukan Iqram.

"Haloo brotha," jawab Iqram di dalam panggilan.

"Ha hello," balas Radzif pula.

"Lama lu olang manyak sepi woo. Apa mau?" soal Iqram. Radzif berkerut kening.

Telefon dijauhkan dari telinga dan skrin telefon dipandang. Nak kata salah nombor, betul la ni nombor sahabatnya.

"Hello??" panggil Iqram di dalam panggilan. Radzif terus melekapkan telefon pintarnya ke telinga kembali.

"Ha ya, aku tak salah orang kan? Betul kan ni Iqram?" soal Radzif.

"Betul la bodo habis kau ingat siapa setan?" jawab Iqram. Radzif tertawa kecil.

"Tak adalah, aku ingatkan cina mabuk mana lah tadi." ujar Radzif.

"Kepala otak kau la. Ada apa call ni? Macam la aku tak tahu, mesti ada benda nak minta tolong." jelas Iqram.

Radzif memusingkan kerusinya sambil tersenyum senget.

"Aduh nampak sangat eh?" soal Radzif.

"Em macam la aku baru kenal kau hari ni. Dah masak dengan perangai kau." jawab Iqram. Radzif terus tertawa.

"Alah kau pun bukannya ada kerja. Alang-alang aku bagilah kerja sikit. Takdelah asyik enjoy je kan." ujar Radzif.

"Eh lu nak perli-perli pulak. Nak aku tolong ke tak ni?" ugut Iqram.

"Ha tolong-tolong hehe..." ujar Radzif seraya menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Ha apa mau?" soal Iqram.

"Ehem... Begini ceritanya..."







"Oi! Mananya?"

"Eh! Sorry-sorry. Termengelamun pula." jelas Radzif seraya tersengih kambing.

"Okey aku sambung. Begini ceritanya, kau ingat lagi tak bodyguard aku tu? Zameera?"

"Oh awek aku tu? Ha ingat-ingat."

"Oi oi mulut tu baik sikit eh. Sejak bila dia jadi awek kau?" soal Radzif.

"Alah lama dah kau je yang tak tahu." balas Iqram

"Ah diamlah kau. Back to our topic, aku nak kau track alamat rumah dia boleh?" soal Radzif sambil jarinya mengetuk-ngetuk meja.

"Track alamat rumah? Kau nak buat apa dekat rumah bakal bini aku ni?" soal Iqram.

"Aku nak rogol dia." jawab Radzif selamba.

"Eh kau...! Jangan macam-macam der. Ajak aku sekali la." ujar Iqram.

"Bodoh ke kau ni? Takkan la aku nak buat benda terkutuk tu? Agak-agaklah." jelas Radzif seraya tersenyum.

"Err... Saya bodoh ke abang bodoh? Kau yang cakap kau nak rogol dia. Aku pun nak la join sekaki." jelas Iqram.

"Kepala otak kau la. Boleh ke tak boleh ni? Nanti dah jumpa send je dekat WhatsApp." jelas Radzif.

"Ha okay-okay." balas Iqram.

"Alright aku ciao dulu ada kerja. Apa-apahal roger." ujar Radzif lalu panggilan ditamatkan. Telefon pintarnya diletakkan di atas meja kembali. Pandangan dialihkan memandang jam dinding. Radzif mengeluh perlahan. Kerjanya disambung kembali.

-----------------------------------------------------------------

Zameera berjalan menuju ke apartment nya. Sepanjang perjalananya, dia masih tidak henti memikirkan tentang Mike. Sukar untuk dia menerima kenyataan yang pahit ini.

Helmet yang dipeluk itu ditepuk perlahan. Namun tiba-tiba dia mendesah kecil.

Luka yang sudah kering dilengan itu disentuh perlahan. Zameera mengeluh kecil lalu memandang ke hadapan.

Hampir satu jam dia berjalan, akhirnya bangunan apartment nya kelihatan. Zameera melepaskan keluhan kecil. Dengan langkah yang malas, dia melintasi pondok security guard.

Kad khas yang disediakan oleh bangunan apartment nya itu dikeluarkan dari poket seluar lalu di tapkan beberapa saat pada butang lif. Pintu lif terus terbuka secara automatik.

Zameera terus melangkah masuk ke dalam perut lif. Butang nombor 17 ditekan lalu pintu lif terus tertutup.

Zameera menyandarkan badannya ke dinding lif. Kepala didongakkan memandang atas. Mata dipejam rapat. Nafas ditarik dalam-dalam lalu dilepaskan perlahan-lahan.

Ting...

Pintu lif terus terbuka. Zameera membuka matanya dan menelan air liur nya dengan payah lalu kaki diatur keluar dari perut lif.

Namun baru beberapa langkah, tiba-tiba pandangannya menjadi kabur. Zameera cuba membuka matanya luas namun kepalanya mula berdenyut.

Zameera menyambung langkahnya dengan terhuyu-hayang. Kepala digelengkan berkali-kali. Tangannya mula naik menyentuh kepala.

Zameera cuba menahan diri dari tidak rebah dengan memaut tangan di dinding. Namun disaat 3 langkah dari rumahnya, Zameera tidak mampu menahan kesakitannya lalu terus rebah jatuh ke atas lantai.

[C] Bodyguard's GirlWhere stories live. Discover now