'Membunuh. Membunuh adalah sesuatu perkara yang biasa dilakukan oleh seorang manusia yang diberi gelaran, Mafia. Baginya, membunuh itu hanyalah hal yang kecil. Hanya orang yang benar-benar mahir di dalam dunia Mafia ini sahaja mampu membunuh tanpa dikesan oleh mana-mana pihak berkuasa.'
Radzif berkerut dahi. Terkedu.
Tidak pernah dia mengetahui sisi gelap seorang mafia. Kehadiran Zameera di dalam hidupnya membuatkan dirinya meronta-ronta, ingin mencungkil rahsia yang dijaga rapi oleh Zameera.
Pelik.
Bagaimana seorang wanita, sanggup menjadi bodyguard?
Malahan Zameera cukup handal menggunakan senjata berbahaya. Dari mana dia belajar semua itu? Dirinya sendiri pun melihat senjata sahaja sudah kecut perut.
Halaman sebelah dibaca. Tekun sekali Radzif membaca setiap bait-bait tulisan di dalam buku itu sehingga dia tidak sedar, siang mula melabuhkan tirai.
'Seorang Mafia akan membunuh sesiapa sahaja yang mengkhianati mereka. Walaupun keluarga sendiri. Bagi mereka, bunuh itu adalah salah satu jalan penyelesaian yang paling berkesan dalam dunia selain daripada berunding. Hidup seorang Mafia, penuh dengan musuh. Tidak kira di mana mereka berada, pasti akan ada mata-mata memerhatikan mereka dari jauh.'
Memori kejadian tembak-menembak yang berlaku di Melaka kelmarin bertandang kembali di dalam fikiran Radzif. Radzif menggosok belakang tengkuknya perlahan. Tubuhnya menggigil. Perasaan takut kembali menjentik tangkai hatinya.
Kejadian Zameera menembak kereta yang mengejar mereka itu berlegar-legar di dalam fikiran Radzif. Radzif terus menutup buku itu lalu dengan laju dia melangkah masuk ke dalam bilik air. Pili air dibuka lalu mukanya dibasuh.
Air liur ditelan dengan payah.
Pili air ditutup perlahan-lahan.
Wajah Zameera yang dingin dan tiada riak bertandang di mindanya.
Wajah itu,
wajah yang menyimpan segala tanda tanya yang bermain di fikiran Radzif.
Radzif mengeluh perlahan.
Mengapa dia bersusah payah memikirkan semua ini?
Zameera itu bukan siapa-siapa baginya. Mengapa dia harus menyerabutkan kepala otaknya dengan segala persoalan ini? Tentang Zameera?
Lamunannya terhenti apabila telefon pintarnya berdering. Radzif terus berjalan keluar dari bilik air mendekati telefonnya. Panggilan itu diangkat.
"Hello," sapa Radzif.
Senyap.
Radzif berkerut kening.
"Hello? Siapa ni?" soal Radzif lagi. Namun masih sama, tiada sambutan.
Radzif menggeleng kecil lalu panggilan dimatikan. Nombor yang menelefonnya tadi dipandang.
Panggilan tidak dikenali.
Apa tujuan panggilan itu dibuat?
Scammer?
Atau secret admirer?
Radzif menggeleng kecil lalu telefon diletak kembali di atas katil. Kaki diatur ke pintu keluar. Baru sahaja tangan menyentuh tombol pintu, telefonnya berdering lagi. Radzif mengeluh kasar.
Dengan langkah yang malas, dia mencapai kembali telefon pintarnya. Panggilan dijawab.
"Nak apa kau ni? Nak main-main bukan dengan aku lah!" marah Radzif. Darahnya membuak-buak menahan marah.
Namun masih tiada sambutan dari panggilan itu. Baru sahaja Radzif ingin mematikan panggilan, ada satu suara menyapanya.
"Beware. Aku sentiasa perhatikan kau." balas orang di sana lalu panggilan ditamatkan. Radzif bingung. Cuba mentafsir kata-kata orang itu.
"W-what... Aku ada secret admirer ke?" soal Radzif pada diri sendiri.
-----------------------------------------------------------------
"Sir," tegur Adrian sambil menuam ais di hidungnya. Mike yang sedang leka memandang luar tingkap itu menoleh memandang Adrian dan Zayn.
Kening sebelah dijongketkan.
"Kita orang dah buat apa yang sir suruh. Dia tak cedera." Jelas Adrian. Mike mengangguk kecil lalu menghalau Adrian dan Zayn keluar kembali dari dalam biliknya. Mereka hanya menuruti.
Nombor yang didailnya tadi di pandang. Perlahan-lahan bibirnya menguntum senyuman sinis.
Tok tok tok...
Pintu biliknya diketuk. Mike menyimpan kembali telefon itu ke dalam laci. Pintu dibuka dari luar. Wajah Zameera menghiasi matanya. Terkaku Mike seketika.
"Kau buat apa?" soal Zameera tenang. Mike terkebil-kebil memandang Zameera. Air liur ditelan payah.
"Apahal kau ni? Nampak hantu ke?" soal Zameera lagi. Laju Mike menggeleng.
"K-kau... Baru sampai ke...?" gugup Mike bertanya. Zameera berkerut kening.
"Ya..." balas Zameera pelik. Mata Mike ditenung dalam.
Mike berdehem kecil.
"Ada apa kau datang sini?" soal Mike. Cuba berlagak tenang walhal di dalam hati sudah berdegup kencang. Setiap kali berhadapan dengan Zameera, perasaan inilah yang sentiasa muncul. Dengan susah payah dia cuba menyembunyikan perasaannya.
"Tak ada apa, aku cuma bosan. Hari ni balik awal. Aku tak tahu nak pergi mana, aku datang sini." jelas Zameera panjang lebar. Dengan Mike sahaja dia banyak bercakap. Jika dengan orang lain, bagaikan ada emas di dalam mulutnya.
"Tadi, aku kena serang." pendek sahaja Zameera berkata. Mike sudah tidak senang duduk. Adakah Zameera terserempak dengan dua bedebah itu?
"Ha?" soal Mike penuh dengan kepalsuan. Berlagak seperti tidak tahu apa yang telah berlaku pada Zameera.
"Kau pekak dah ke? Rasanya dah boleh ambil kad O.K.U kot." sindir Zameera. Mike mencebik kecil. Tangannya tidak henti memutarkan sebatang pen.
"Aku tak tahu dia orang dari mana. Aku terlupa nak tanya siapa hantar dia orang." jelas Zameera. Mike melepaskan keluhan lega. Zameera berkerut kening.
Bukan dia tidak sedar akan kelakuan Mike. Sejak beberapa hari ini, kelakuan Mike sungguh pelik. Sering menghilangkan diri.
Bagai ada sesuatu yang disembunyikan oleh Mike.
"Kau okay je ke ni? Motor okay? Nak aku hantar motor baharu ke?" soal Mike prihatin. Zameera terdiam sejenak.
"Ha hantar je lah, aku rasa lepas ni aku pakai banyak motor." balas Zameera. Mike mengangguk perlahan tanda mengerti.
"Aku balik dulu, nak rest." jelas Zameera. Mike mengangguk faham. Dia turut menghantar Zameera sehingga ke pintu keluar.
"Jumpa nanti." ujar Mike. Zameera menoleh memandang Mike. Namun di saat dia menoleh, dia terperasan sesuatu di tepi meja Mike.
Wajah Mike dipandang kembali lalu Zameera mengangguk kecil. Zameera terus berjalan meninggalkan Mike di belakang.
Mike hanya menghantar pemergian Zameera sehingga hilang dari pandangan matanya. Keluhan kecil dilepaskan.
Bibirnya menguntum senyuman sinis lalu bawah bibir digigit. Kepala digeleng lalu Mike menutup kembali pintu biliknya.
Kerusi yang diduduki oleh Zameera sebentar tadi disentuh lalu diusap perlahan permukaan kerusi tersebut.
Dihidu bauan yang ditinggalkan oleh Zameera.
Tubuh dilabuhkan di atas kerusi tersebut. Kaki dilunjurkan di atas meja. Bibirnya tidak lekang menguntum senyuman sinis.
Nafas ditarik dalam-dalam.
"Ahh... I really miss you dear. Can't wait to make you be my girl." gumamnya perlahan.
Jangan lupa doakan untuk saudara kita di Palestine mereka perlukan sokongan dan doa daripada kita. Semoga Allah lindungi mereka amiinn
YOU ARE READING
[C] Bodyguard's Girl
Romance(Beautiful cover by @peanurts-) HIGHEST RANKING🎖 #1 on Cold (9, 18 June 2021) #1 on Psycho (14, 16 June 2021) #1 on Badgirl (18, 20 June, 17 July 2021) #1 on Mafiagirl (26 June 2021) #1 on Heartless (17, 22 July 2021) #1 on Story (30 July 2021) #1...